MyRAKAN

31 Oktober 2014

SPONSER FAMILYDAY CENTRAL 2014

Salam bahgia,
Lama gila dah aku menyepikan...sebenarnya banyak story aku nak cerita kat korang ni (bajet ada orang baca lah kannn) tapi tu lah tiba-tiba tahap kebizian melanda...dengan kerja kat opis yang tiba-tiba melambak, kat rumah memang idak lah nak bukak PC...macam tak cukup masa dah..kalau pun ada masa aku bukak nanti mulalah si abang terhegeh-hegeh nak tengok cerita dia kat tiubkau.

OK kali ni nak story sikitlah sambungan dari cerita FAMILYDAY PPEOC bulan lepas tu...ini adalah antara para-para sponser yang telah menyokong event kali ini...terima kasih banyak-banyak ok


PAKAD
RAWANG CREW
PUTRAJAYA CREW
SHAH ALAM GROUP (SAG)
SUNGAI BULOH CREW (SB CREW)

dan terima kasih kat semua crew-crew PPEOC terutama tukang karot familyday ini....memang HEVOC dan ENJOY.

24 Oktober 2014

SELIPAR OHH SELIPAR

Hamikk ko! tak sempat nak bagi salam hehehehe

Salam bahgia,
Cerita sembahyang jumaat tadi...tapi ini bukan cerita pasal khutbah hari ini okey...apa kejadahnya imam nak bagi khutbah pasal selipaa jepun...baik cerita pasal hijrah ke arah kebaikan sempena tahun baru keesokkan hari, betul tak??

OK berbalik kepada topik hangat hari ini...macam biasalah kan, pegi masjid pakai selipaa jepun ni je..tapi takdelah jepun sangat..agak-agak lawa sikitlah hehe...

Macam biasa memang tiap kali hari jumaat aku akan pegi masjid yang sama...melainkan hari cuti atau buang tebiat...lunch pun kat situ je...senang tak pikir-pikir nak ke mana, nak makan ape hahaha. lokasi letak selipaa pun biasa aku letak dekat area yang sama dengan harapan senanglah nak cari nanti..takdelah terpinga-pinga mana aku letak selipaa tadi hahaha

Tapi hari ini!!...ini bukanlah pertama kali..banyak kali dah macam ni..tempat lain pun pernah terjadi jugak dek kerana orang-orang yang tak paham bahasa dan buat harta orang macam harta sendiri... ok fine, dia pinjam selipaa kita amik air sembahyang...kita pun dapat pahala. Okey! aku takde masalah kalau orang tu pinjam nak amik air sembahyang ke, nak g tandas ke, nak angkat kain jemuran ke...TAPI silalah letak kembali ditempatnya kat mana ko amik tadi...ini tak, letak nunnnn..........................................................................................................................jauh dari tempat asal nye...punyelah jenuh aku terpusing-pusing cari selipaa, dengan keadaan orang ramai keluar dari masjid...memang kena maki hamun je lah kalau aku tau sape yang pakai tu.

OKey habis kat sini...besok pun kita dah sambut maalhijrah, tahun baru...jadi mungkin berazam nak buat selipaa aku macam gambar kat atas tu kot bila parking kat masjid atau surau hehehehe

Salam MaalHijrah semua...
jangan lupa doa akhir tahun dan awal tahun..
sekian wassalamu

23 Oktober 2014

SERVIS #VERVX

Salam bahgia,
Semalam sempat jugak aku pegi hantar kereta untuk di service...milage dah 100k lebih dah. aku memang dah lama guna minyak verv ni...sejak bile tak ingat pulak..tapi memang dah lama lah hehehe. tapi yang ATF ngan coolant tu baru je nak try cuba test.

Sebab apa aku guna verv...pertamanya sebab harga dia jauh lebih murah dengan siap FREE penapis minyak lagi dengan merchandise bulanan tapi biasanya stiker lah ehehe tapi kalau korang pengguna minyak fully akan dapat merchandise berupa barangan...memang untunglah kan tapi tengok poket jugak hehehe

Sebab keduanya adalah kerana membantu kelab PPEOC aku tu mendapatkan sumber pendapatan... setiap minyak yang terjual oleh ahli 5% akan dimasukkan ke akaun kelab...dapatlah kita guna untuk tampung aktiviti-aktiviti.

Ketiganya sebab malas nak pikir nak guna minyak ape wahahaha...

Ohhh ya tempat aku servis keta..test tempat baru pulak...dekat dengan rumah aku kat taman bunga raya.
Bengkel dia ni tepi jalan je..memang senang sangat nak cari..kedai menjual sparepart pun dia ada...so stok in shaa allah semua ada...mungkin jenama je lah takut tak sama ngan selera kita..tapi rugi elaiment balacing dia tak buat huhuhuhu