MyRAKAN

16 September 2014

PANTANG LEPA

Selamat Hari Malaysia,
Sekarang ni zaheera dah pandai meniarap...habis satu rumah dijelajah...yang paling tak boleh leka setiap benda dia jumpa mesti nak masuk mulut...tu yang barang kecik kecik semua kena simpan betul betul lagi lagi mainan si abang

Belum lagi dapat kaki...tapi dah pantang pintu terbuka...mesti berkejaran lari ke arah pintu...nampak gaya suka berjalan budak ni...tak reti dok umah sama macam si zaqwan

Ikutkan memang bagus budak aktif macam ni kan sebab sel sel otaknya sedang berkembang haha

15 September 2014

#THROWBACK: KEJOHANAN FUTSAL

Salam bahgia,
Tengah dok kemas-kemas barang nak pindah rumah..terjumpa pulak barang rare ni..KEJOHANAN FUTSAL PPEOC...bila ingat-ingat memang tragis lah...tapi alhamdulillah berbaloi-baloi

Putra Cheras Jaya...nama kumpulan yang telah diberi hasil gabungan ahli dari putrajaya, cheras dan petaling jaya...ahli kumpulan semua tangkap muat punye...tak tau kelebihan masing-masing..ada yang baru kenal pun..so takdelah target tinggi sampai jadi JUARA kan hehe...dah lah ahli semua main kutip-kutip je...lepas tu sampai masa nak main..sorang sorang tarik diri kerana ada urusan masing-masing yang tidak dapat dielakkan sampailah yang tinggal 4 orang pemain sahaja..tidak temasuk aku..sebab aku memang tak boleh mainlah cuma berlagak macam pengurus wahahaha

Kalau dah macam tu rupanya kompom tak boleh pegi mana bukan...perlawanan pertama berakhir dengan bangga sekali..begitu jugak perlawanan kedua ketiga dan seterusnya sampailah ke perlawanan penentuan juara...tanpa di duga inilah hasilnye JOHON KESELURUHAN.

Terbaru LIGA FUTSAL PPEOC dalam tahun lepas 2013..sekali lagi putrajaya yang diwakili team putrakids menjuarai liga tersebut...kali ini memang aku tak terlibat secara lansung..just sebagai supporter belakang tabir sahaja...lagipun aku bukan pandai pun bab-bab bola ni...nak rancang strategi pun aku tak tau..baik bagi je kat orang yang arif lah kan

Banyaklah aktiviti-aktiviti dalam PPEOC ini yang meninggalkan kesan mendalam kat aku...banyak juga perkara aku belajar sejak terjebak dengan PPEOC...dari hal-hal berkaitan kereta, sukan, konvoi, panjat bukit dan macam-macam lagi lah...kalau korang nak tau korang kena join, tak kiralah kelab apa pun..tapi bila dah join tu kenalah ikut sekali aktiviti yang dianjurkan bukan setakat look n see sahaja...deM!!

02 September 2014

EPISOD BARU

Salam bahgia,
Bermula hari ini bermulalah satu lagi episod baru dalam hidup aku dan ahli keluarga aku...mana tidaknya..kalau selalu boleh bangun jam 6.30 pagi dan masih sempat lagi untuk pusing-pusing satu putrajaya hantar zaheera ke pengasuh, hantar zaqwan ke taska dan hantar wife ke opis...Tapi mulai hari ini dan hari-hari berikutnya 6.30 pagi tu mesti dah ada dalam kereta untuk ke tempat-tempat yang aku sebutkan di atas...

Alhamdulillah...hari ini satu permulaan yang baik walaupun zaqwan tu nangis-nangis jugaklah sebab aku paksa dia bangun dan mandi...tapi sekejap je...selesai mandikan dia terus senyap dan boleh borak-borak dah..dah nama pun budak-budak kan.

Ini adalah kerana aku telah pun berpindah ke VILLA IDAMAN...cehh nama tak boleh bla kan hehehe bagi seronok-seronok je. kawasan tu sekarang memang dah banyak rumah-rumah yang terbina dan kebanyakan orang yang duduk di situ adalah orang-orang yang bekerja di putrajaya...jadi memang terpaksalah keluar awal bagi mengelakkan jem! kuar 6.30 pagi pun kat trafiklight simpang empat nak ke dengkil tu dah que panjang..sampai dua kali hijau jugaklah baru dapat lepas..in shaa allah kalau prestasi berterusan baik bulan depan tukar WP pulak...boleh balik awal hehehe

p/s: gambar tu gambar lama ok...masa belum pindah lagi hehehe