MyRAKAN

01 April 2015

CARA MENYEMAK STATUS GST

Salam bahgia,
Hari ini meriah sungguh dengan status rakan-rakan di mukabuku...kebanyakkannya bercerita berkenaan GST. rasa ada bagus jugak kalau kerajaan umumkan hari ini sebagai HARI GST.

Sama ada kita faham apa itu GST atau tidak...yang penting kita perlu tahu..tidak semua peruncit atau syarikat yang boleh mengenakan GST kepada pengguna. Mereka perlu mendaftar di JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA.

Syarikat yang berdaftar dengan pihak Kastam DiRaja Malaysia boleh mengenakan GST kepada pelanggan untuk barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan, selagi barangan atau perkhidmatan tersebut tidak berkadar sifar, dikecualikan atau diberikan pelepasan GST. Sebagai pelanggan atau pengguna, kita boleh memastikan kita hanya membayar GST kepada syarikat yang berdaftar dan mempunyai kebenaran untuk mengenakan GST.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN GST SESEBUAH SYARIKAT?

Kita boleh melawat laman web Taxpayer Access Point (TAP) yang disediakan oleh Kastam DiRaja Malaysia di https://gst.customs.gov.my/TAP/
Untuk versi Bahasa Melayu, klik pada “Bahasa Melayu” di sebelah kanan:
Laman Web Taxpayer Access Point dalam Bahasa Melayu:
Klik pada “Carian Status GST” di sebelah bawah kanan untuk memulakan semakan.
Kita boleh menyemak status pendaftaran dengan memasukkan samada Nama Perniagaan, No. Pendaftaran Perniagaan atau No. GST.

Klik pada butang “Nama Perniagaan” dan masukkan nama syarikat tersebut.
Atau klik pada butang “No. Pendaftaran Perniagaan” dan masukkan nombor dalam ruang yang disediakan, tanpa simbol.
Atau klik pada butang “No. GST” dan masukkan nombor dalam ruang yang disediakan.
Apabila GST dilaksanakan, semua invois yang dikeluarkan oleh syarikat yang berdaftar dengan GST mestilah mempunyai Nombor GST syarikat tersebut. Untuk memastikan kesahihan nombor dan pendaftaran tersebut, kita boleh menyemak dengan memasukkan Nombor GST syarikat tersebut. Pastikan nombor GST dan Nama Syarikat yang ditunjukkan adalah sepadan dengan invois yang dikeluarkan.

Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST.

Jika tiada padanan syarikat tersebut dalam sistem, ini bermakna syarikat tersebut tidak boleh mengenakan GST terhadap pelanggan. Sebagai pengguna, kita harus membuat aduan kepada pihak KPDNKK agar tindakan boleh diambil terhadap syarikat tersebut.  

Sila layari laman WEB RASMI GST untuk maklumat lanjut.

Tiada ulasan: