MyRAKAN

05 Mei 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU ATIKAH

Sabtu lepas, 3 Mei 2014...aku sekeluarga berkesempatan untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku di kota tinggi...memang satu perjalanan yang jauh dan mencabar..mana tak mencabar, bawak sekali budak kecik umor dua bulan...dengan perjalanan yang mengambil masa 5 hingga 6 jam.

Kami sekeluarga sampai rumah pengantin jumaat lagi..niat dihati nak menyebok je..tapi tiba-tiba hari kejadian dapat pulak tag buat kerja huhuhu
Jadinya memang terpaksalah buat-buat kerja hehehe...aku cuma amik part runner cawan je, amik cawan bersih dah letak-letak atas meja...bile xde cawan yang dah basuh..duduk makan cendol hehe.

Macam biasalah, bila dah majlis sebelah perempuan...tawar menawar pembahagian tol diantara pihak perempuan yang biasa terdiri daripada sanak saudara pengantin dan wakil rombongan pengantin lelaki...tujuan tak lain dan tak bukan hanyalah sebagai langkah pertama salam perkenalan disamping mengeratkan silaturahim diantara kedua-dua pihak..jumlah tol atau duit dalam sampul adalah mengikut kemampuan pengantin lelaki yang kebiasaannya tidak akan didedahkan bagi menjaga nama baik dan air muka pihak pengantin.
Salah satu daripada tiga rundingan Tol
Pengantin potong kek
Candid table
 SELAMAT PENGANTIN BARU
KEPADA SEPUPU AKU
ATIKAH DAN SUAMI
SEMOGA KEKAL BAHAGIA SELAMANYA

p/s: cam biasa nak gambar lagi, klik SINI :) tapi sorry sangat-sangat sebab gambar memang tak banyak sebab tak bawak kamera..lagipun kena merewang heehehe

Tiada ulasan: