Baru-baru ini, buat pertama kalinya sonaku dicuci sehingga ke enjin..sebenarnya selama aku membawa kereta sejak zaman iswara lagi dalam tahun 2003...tak pernah lagi aku membasuh enjin kereta aku...inilah first time
Bukan ape aku tengok enjin keta aku ni macam dah teruk sangat kotornya...mungkin sebab musim hujan kan...dan lagi persona ni bawah dia takde penutup...hari tu kat fb ada jugak nampak orang jual penutup bawah tu..tapi wat tak tau je sebab tak tau kepentingannya...sekarang ni baru dapat..disamping mengurangkan geseran di bahagian bawah ketika melalui jalan berbonggol atau tidak rata...boleh juga mengurangkan kekotoran naik ke enjin semasa kita melalui atau melanggar lopak air.
Inilah dia hasilnya..walaupun tidak nampak kilatnya tapi ok lah dari sebelum basuh tu...memang teruk sangat sampai tak terkata hehehe. Tempat aku basuh ni masjid tanah..depan balai bomba jalan nak ke sungai udang..jauh kan wahahaha tu je masa yang aku ada...nak kata tempat ni bagus takde pun..aku pun takde buat survey pun mane-mane kedai...main terjah je. yang penting sonaku sihat walafiat.
Sebelum pegi basuh enjin ni aku service keta dulu..macam biasa service dengan VervX..memang berbaloi-baloi :)
Service untuk 85 ribu tapi aku bantai buat elaiment, balancing dan rotate tayar...gara-gara mengesan bunyi-bunyi yang mengganggu aku..kira cubaan kedualah ni selepas gagal semasa di Zordaq motosport bangi..sekarang ni pun tetap ada..tapi kesan dia dah berubah..stop bila aku bawak laju lebih dari 100 km/j dan masa membelok ke kiri..ermmmm rasa-rasa macam aku tau puncanya..so tunggu next service nanti...cariooo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan