MyRAKAN

17 April 2012

MENGANTOK...

Hari ni macam semalam jugak..kursus. satu hari penuh ok..takde masa nak gi jalan-jalan. kalau ade pun nak gi mana je..duk kat bilik tidor lah hahaha....

Pas lunch tadi macam biasalah ikut jadual...dengar ceramah. kali ni penceramah jemputan..NGO lah katakan. ceramah kali ini dalam bahasa orang putih ok..jadi sape-sape ade kamus tu sila-sila lah kuarkan. tapi takpe sangat..bukanlah tak paham 100 peratus..boleh lah dapat skit-skit input..sedang sedap-sedap dengar coleteh orang melayu cakap omputih..tiba-tiba...

"semua diam je ni..ngantuk. biasalah lepas lunch"

Situ aku dah ubah suara jadi melayu hehe..kalau ikut kan kompom-kompom cakap omputih..tapi aku paham le maksud dia..ok berbalik ingatan dia tu...memang biasa dengar, masa-masa ceramah ni. tapi bagi aku lah..bukan sebab lepas lunch atau lepas makan nasi lemak 3 pinggan buat kita mengantuk..mungkin itu salah satu sebabnye tapi tidaklah 100 peratus sebabnya. dan sebahagian sebabnya adalah kerana ceramah ko MEMBOSANKAN..setakat bagi ceramah baca nota kat projektor tu..aku pun leh baca sendiri kat bilik sambil baring-baring...

Cubalah paham..dan kaji kenapa time ko bagi ceramah semua orang monyok je..kadang tu ada yang terlampau bagi tumpuan sepenuhnya sampai tak sempat nak borak-borak ngan kawan sebelah. jadi ko dah paham takdelah nak salah kan orang lain..salahkan pinggan mangkuk, nasi lemak dan lain-lain lagi. bolehlah ko sambung belajar kat universiti dalam bidang berkaitan..

p/s; masih kursus lagi..so takde gambar hehe

Tiada ulasan: