MyRAKAN

17 Oktober 2011

LEPAK PASANG STIKER

Agak lama dah rasanya tak tengok orang tampal stiker PPEOC..mungkin sebab aku jarang join lepak-lepak kedai kopi kot. memang tak terkejar aktiviti diorang ni..dah macam cendawan tumbuh..tiap-tiap hari, tiap-tiap minggu mesti ada je aktiviti..sehinggakan aku terpaksa menghampakan beberapa member yang ajak lepak ngeteh di malam hari kerana mengutamakan official event...

Semalam lepas sekian lama, kerja-kerja lama muncul kembali. tampal stiker sorang member baru..azhar dan shahrul dari putrajaya..memang dah kenalah tu sebab aku pun duk putrajaya..maka kata sepakat di buat jumpe di dapurmass jam 5.00 petang...

Dan dan nak tampal je ujan pun turun..maka back up plan lokasi seterusnya parking kat umah aku..memang cantiklah sebab walaupun baru kul 6.30 petang tapi lampu dah idup..jadi takdelah kami kegelapan...

Diharapkanlah pada azhar dan shahrul agar itu bukan pertemuan terakhir kita..boleh lah kita berjumpe lagi di aktiviti-aktiviti kelab di masa lain...lepas pasang stiker borak-borak kat basement parking tu sambil berdiri sampai ke jam 8.00 malam..dan semuanye balik lah tido.

 p/s; sorry gambar pakai hpone je...

1 ulasan:

Baiz Mamat berkata...

hakhak.aku jadi patung...