MyRAKAN

29 September 2011

MAJLIS KAWEN ACEK DAN IQBAL

Hari raya tahun ni memang agak sibuk dan sikit keletihan..open house pun tak sempat nak pegi..mana tak nyer sibuk dengan perkahwinan adik ipar aku...yang sebenarnya dah lama tapi kerana keletihan dan kebizian kerja2 di opis membuatkan aku lama tak jenguk jenguk belog ini.

Dibawah ini gambar masa nikah 16 September 2011 di kompom kompomlah umah pengantin pompuan kan kat masjid tanah melaka.

 Dan malamnye pulak pra bersanding...Hahha pandai pandai je aku bagi nama pra bersanding hehe


Keesokan harinya barulah majlis bersanding yang betul Hehehe

Minggu depannya pulak 25 September 2011 pegi gelang patah johor untuk majlis perkahwinan dia di pihak lelaki. yang ni pun tambah tambah letih..kuar umah kul 8.30 pagi balik sampai umah dekat jam 10 malam..mane tidaknya sempat lagi singgah ayer itam shopping barang barang tembikar...

Oh ya..kat gelang patah tu majlis dua pasang pengantin..jadi memang meriahlah orang tak putus putus memenuhkan dewan..jadi lepas makan tu paham paham lah ekk jangan buat macam lepak kat kedai mamak...beberapa gambar interframe Hahaha tumpang glamer pengantin


SELAMAT PENGANTIN BARU 
BUAT NORA AKMA SUHANA DAN AHMAD IQBAL 
SEMOGA BERKEKALAN KE AKHIR HAYAT 
DAN CEPAT CEPAT DAPATKAN ZAQWAN KAWAN HEHE...

p/s; belum kawen orang tanya "bila nk makan nasi minyak"..bile dah kawen orang akan tanya "berapa dah anak??" bile dah ada anak orang tanya gak "anak ko sekolah bape A" memang susah nak puaskan hati semua orang

Tiada ulasan: