MyRAKAN

28 September 2011

KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA

Ahhhh agak lama dah tak jenguk belog ini..agak busy dengan sambutan hari raya kot Hahaha..tapi bukan itulah..sibuk dengan kerja..biasalah dah nama pun makan gaji kann

Semalam sempat jugak aku ngan wife ngan zaqwan jengah-jengah kedai rakyat 1Malaysia yang diilhamkan oleh PM kita. memang murahlah dari barang-barang jenama lain. kat situ ade jual macam-macam barang keperluan macam beras, susu, milo, kopi, rempah-rempah, pampers, sabun dan lain-lain lagi lah..tapi takdelah banyak macam 7eleven...

Selalu baca kat surat khabar, dengar kat tv je pasal kedai 1malaysia ni..tapi lepas dah jenguk dalam tu memang murah sesangat..kualiti pun alhamdulillah tidak mengecewakan. aku dah cuba susu ngan kopi yang aku beli..sedap enak dan berkrim gitu. tak caya cubalah...

Ini antara barang-barang yang aku beli..semua dibungkus dengan jenama 1malaysia. Oh ya tempatnya dekat bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Putrajaya. Aku pun tak tau bila buka..lalu-lalu tengok dah ada...

p/s; saya mesti pilih...

Tiada ulasan: