Salam Semua...
Tahun ni aku rasa sekejap je raya. sekarang ni pun dah raya ke-7. rasa cam "entah tak tau aku". Dah lah aku cuti lambat..hari isnin masih keje lagi. balik-balik opis hari ni pun takde orang keje lagi..
Tahun ni macam raya-raya yang lepas..balik umah mertua dulu. raya pertama pusing-pusing sekitar masjid tanah sampai ke malam..maklumlah sok pagi-pagi nak ke batu pahat plak beraya blah mertua wife aku plak.
Raya kedua pagi-pagi gerak ke batu pahat..walaupun kampung aku segamat. jumpe mak pak serta adik-adik kat sana..pusing-pusing sekitar batu pahat sampailah malam jugak...
Raya ketiga pagi-pagi tu lepak umah je..rehat-rehat ilangkan penat lelah. tapi motif sebenarnya kosongkan perut hehe. petangnya baru bergerak kembali ke labis tuk beraya. kali ni takdelah sampai malam cuma sampai magrib je..tu pun kerana malam tu adik mak aku nak datang umah. kalau tak mau sampai ke larut malam lagi ler...
Raya keempat lepas sembahyang jumaat aku bergerak balik putrajaya..tempat tumpah rezeki aku. sampai-sampai umah pun malam jugak. jalan takdelah jem sangat tapi cuma berhenti lama..siap makan marrybrown tu hehe..
Raya kelima...keluarga mertua aku sampai. dekat-dekat tengahari sambung beraya kat gombak..pastu ke rawang..pastu balik umah sampai ke malam jugak...
Raya keenam...pagi tu rehat-rehat dok umah tengok tv. dekat-dekat tengahari bawak keluarga mertua gi jalan-jalan kat sekitar putrajaya termasuklah alamanda ngan masjid besi. balik kemas barang-barang terus ke nilai 3 tuk shopping raya..balik sampai umah pun malam jugak.
Raya ketujuh..pagi-pagi dah kena bangun tuk pegi keje. tak kan dah lupe jalan ke opis kot Hahaha. harap-harap janganlah hari ini aku sampai ke umah malam jugak Hehe..
Memang raya tahun ni aku rasa sangat singkat sekali. tiap hari beraya sampai ke malam..macam banyak sangat je umah yang aku pegi..tapi tulah bak orang kata setahun sekali. tahun ni pulak citer kat tv best-best belaka..memang banyak rancangan yang tertinggal. saat-saat beginilah aku mengharapkan siaran ulangan dari astro walaupun sebelum-sebelum ni ramai orang komplein kata astro asik ulang-ulang citer yang sama je..
p/s; hari ini kat opis aku masih ramai sambung cuti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan