MyRAKAN

28 Jun 2011

PEROKOK

Rasanya semua orang memang dah sedia maklum ASAP rokok ni amat merbahaya..bukan merbahaya pada penghisap je pada orang-orang disekeliling dia jugak. kalau diikutkan orang yang menghidu asap rokok ni jauh lebih berisiko dari orang yang menghisap rokok..betul tak fakta aku ni kalau salah tolong perbetulkan..

walaupun kerajaan telah mewartakan banyak tempat-tempat tumpuan ramai sebagai kawasan larangan merokok tapi aku tengok ramai juga orang tanpa segan silu dan takut menghisap rokok ditempat-tempat tersebut. dimanakah keberkesanannya dan dimanakah pemantauannya dan siapakah yang dipertanggungjawabkan untuk menegur atau menganbil tindakan ke atas orang-orang ini..adakah pihak polis, tentera atau doktor?

kawasan masjid dan kawasan restoran adalah salah satu kawasan yang diwartakan..kenapa ade diletakkan lagi tempat habuk rokok tu! ohh ya takut orang buang habuk rokok sepah-sepah atas lantai? nape tak tegur je orang-orang yang nak isap rokok tu...gambar ni aku amik kat selera putra putrajaya.

ada jugak sesetengah tempat sediakan bilik merokok yang aku rasa cukup selesa..dengan econnye dan siap dengan tempat keluar asap sama ada tingkap terbuka atau corong asap (yang ni ada ke hehe). pada aku napa nak sediakan semua tu..napelah tak sediakan bilik kecil yang tiada lubang tuk asap tu keluar..biar asap berkumpul..biar bilik tu penuh dengan asap..biar semua perokok-perokok tu rasa dan tau macam mana orang lain yang terpaksa hidu asap rokok dia...

memanglah selalu perokok-perokok ni cakap..golongan diorang nilah penyumbang kewangan kepada kerajaan..tiap tahun harga rokok naik. tapi kena ingat jugak kerana rokok jugaklah antara penyumbang penyakit dan kematian sama ada dikalangan perokok sendiri atau orang-orang disekelilingnya...

macam tu wat ape tanam tembakau..wat ape jual rokok..kan senang kalau haramkan penjualan terus. macam-macam lagi lah alasan. masing-masing memang TAK NAK kalah..jadi berjayalah kempem kerajaan

p/s; sekadar luahan aku sahaja..

24 Jun 2011

BILA SI SUAMI BERBLOG.. SI ISTERI ?

salam semua...
macam biasa join segmen ben ashaari...tapi kali ini lain skit sebab tuk para-para suami sahaja hehe..kalau si para-para suami nak join jugak boleh klik je SINI..memang tak rugi punye

bila si suami berbelog..si isteri bacalah...hehe. ok terus ke segmen ini...

luangkan masa ngan keluarga..luangkanlah mane yang boleh luangkan. berbelit-belit kan..aku pun tak paham hehe..ok sebenarnya aku berbelo ni masa kat opis je..time-time takde keje. bosan-bosan dari aku melayari internet yang entah ape-ape website baik aku berbelogging. dapat timba pengetahuan dan curi skit-skit pengalaman orang..disamping tu dapat berkongsi-kongsi cerita dan bertukar-tukar pengalaman dan idea...jadi masa aku berbelog ni opis hour jelah dari jam 8 pagi sampai 5 petang..isnin hingga jumaat. sabtu ahad dan cuti umum aku pun cuti.

oleh kerana kat rumah aku tak berbelogging maka banyak lah masa ngan keluarga..isteri dan anak-anak..opss anak baru sorang jadi anak sahaja hehe. kalau cuti pun macam tu memang fulltime lah ngan keluarga..dan kadang-kadang bagi masa jugaklah ngan kawan-kawan.

alhamdulillah setakat ni isteri aku memang sporting, boleh bertolak ansur dengan minat aku dan yang paling penting kepercayaan yang diberikan kepada aku. bukan nak bangga dirilah tapi aku memang bangga ngan isteri saya. kita sama-samalah "give and take" orang kata kan. dia sporting kita pun kenalah sporting ngan dia jugak tak adillah kalau nak kongkong dia aje duk umah jaga anak..camtu jugaklah kepercayaan dan minat dia..

p/s; cukuplah panjang-panjang nanti merapu je lebih hehe

23 Jun 2011

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Salam bro ben..salam semua
kali ni makin mengganas nampaknya segmen ben ashaari..walauapepun aku nk jugak cube join..kalau korang nak join jugak klik je SINI..memang best

aku memang dah lama nak HACK belog dia ni..bukan ape..belog dia best sangat. kalau korang terjah belog dia mesti tak boring..entry dia pun buat aku tertarik, tak jemu-jemu kalau baca banyak kali...tapi geram tu pun ada jugak..trafik belog dia memang jem gile..jeles i tau hehe..

tunggulah...akan ku pergi bertapa di gunung ledang menuntut cara-cara nak HACK MENGEHACK belogger..

p/s; ermmmmm tungguuuuuuuu......