MyRAKAN

13 November 2014

AGAIN: HILANGNYA SATU KEPERCAYAAN

Salam bahgia,
Aku ni memang jenis yang susah nak tak percaya kat orang...semua aku anggap baik je..bukan ape, tak nak pening kepala sebenarnya...aku ni bila dah hilang kepercayaan kat seseorang..adalah sesuatu yang besar yang dia telah buat kat aku samada dibelakang atau terang-terangan..memang aku akan berfikir panjang..apa aku nak buat dengan dia ni? macam mana kalau dia tegur aku? ajak aku lepak-lepak ke...atau kemana-mana? apa alasan aku nak bagi ni huhuhuhu

Memang pening kann...tapi kebiasaannya aku akan cuba buat macam takde apa-apa yang berlaku dan cuba untuk menjauhkan diri dari dia...tu je.

Hari ni wife cuti kerana menjaga zaheera yang entah tiba-tiba demam...badan panas sangat...pagi pulak aku ada seminar abang sayang adik cinta anjuran JAWI Putrajaya...tiba-tiba masa take 5 tu aku baru tengok hpone...ada dua SMS dari wife...intenit aku off sebab nak jimat hayat bateri..aku pun terus call...risaulah ada ape-apa emergency...kot-kot demam zaheera makin parah...

Sekali aku call...wife bagitau jiran baru sebelah rumah tu basuh baju guna air dari rumah kami...huhuhu macam tak percaya kan...aku ni lagi tak terpikir pun perkara macam ni akan terjadi. Jiran aku ni dia baru je duduk menyewa kat situ..tak sampai sebulan pun...nama dia pun aku tak sempat temuramah lagi...masing-masing sibuk bekerja...pegi pagi balik lewat petang dah.

Kebetulan tuhan nak tunjuk..kalau zaheera tak demam dan wife tak cuti memang sampai kesudah kami tak tau menahu...sebelum ni pun memang ada macam sabun kat kepala paip tu...kepala paip tu pun aku rasa macam dah longgar..jadi air menitis tak henti dan yang paling parah bil air aku bulan ini meningkat...ITUPUN SAYA TAK SYAK APA-APA! bodoh ke aku ni...sentiasa pikir semua orang baik...tak akan melakukan perkara-perkara luar kawalan.

Tapi lepas ni mungkin aku akan lebih berhati-hati...tapi ngan jiran yang satu tu je lah hehehe...selama ini memang aku amik ringan kat semua perkara...THAT MY KELEMAHAN (cakap omputih plak)...

p/s: tadi ceramah kazim alias memang terbaekk..first time dengar live..jakun kan aku hehehe

11 November 2014

JPJ vs KEMALANGAN & KEMATIAN JALAN RAYA

 
 Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,
diharapkan maklum balas oleh admin FB JPJ ini tidak terlewat untuk memberi sedikit pencerahan terhadap video dan kenyataan-kenyataan yang sedang tersebar melalui media sosial terhadap JPJ.
Saya akan bawa pembaca ke suatu bentuk persoalan dan jawapan pencerahan terhadap tomahan yang dilemparkan kepada JPJ.

1) Apa punca kuasa yang ada pada JPJ?
JPJ merupakan sebuah AGENSI PENGUATKUASA JALAN RAYA DI MALAYSIA. Kuasa yang diberikan kepada agensi JPJ termaktub di bawah AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang mana secara umumnya JPJ berkuasa utk menjalankan penguatkuasaan terhadap pemandu, kenderaan dan jalan raya.
Sebab itu JPJ tidak boleh mendakwa penjual aksesori cermin gelap dan nombor plat. Namun begitu, walaupun penguatkuasaan tak boleh diambil keatas kedai aksesori tetapi JPJ tidak biarkan sahaja. JPJ telah turun ke kedai2 ni untuk sebarkan garis panduan yang ditetapkan oleh undang-undang.

2) Apa matlamat JPJ sebenarnya?
Saya percaya semua sedia maklum melalui video yang disebarkan. Semua tahu JPJ bermatlamat untuk MENGURANGKAN KADAR KEMALANGAN DAN KEMATIAN DI ATAS JALAN RAYA.
Mungkin perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci atau 'rephrase' kenyataan Ketua Pengarah JPJ bahawa, kematian di atas jalan raya merupakan pembunuh nombor 3 di Malaysia. Menurut statistik pada tahun 2013, sebanyak 6,915 kematian dicatatkan. Daripada jumlah tersebut satu kajian telah dibuat dan mendapati sekiranya tiada langkah penguatkuasaan diambil terhadap pengguna jalan raya maka unjuran kes kematian pada tahun 2020 akan mencecah kepada 10,716 kematian.
Melihat kepada jangkaan tersebut JPJ sebagai agensi yang bertanggungjawab perlu lakukan sesuatu. Oleh itu, Ketua Pengarah JPJ dengan penuh iltizam bersama2 dengan anggota JPJ telah tekad untuk memastikan jumlah kadar kematian ini perlu dikurangkan. Penunjuk Prestasi indeks (KPI) telah dijadikan kayu ukur kepada semua warga JPJ untuk mencapai matlamat murni Ketua Pengarah tersebut.
KPI yang telah ditetapkan pada tahun 2020 adalah pengurangan jumlah kadar kematian di jalan raya sebanyak 50%. Makna kata, daripada jumlah unjuran yang dijangka iaitu 10,716 kematian pada tahun 2020, JPJ perlu memastikan kadar kematian tersebut tidak melebihi 50% (atau 5,358 kes kematian). 

3) Kenapa tidak KPI jumlah kematian dikurangkan sehingga 100%?
JPJ sentiasa realistik dalam isu penguatkuasaan, kerana perlu diketahui bahawa jumlah kenderaan baharu sentiasa meningkat saban tahun, malah purata hampir 600,000 pemandu baharu bakal didaftarkan setiap tahun. Justeru itu KPI tersebut adalah sesuatu yang rasional seiring dengan matlamat antarabangsa untuk menjadi negera maju pada tahun 2020 nisbah kematian dijalan raya sebanyak 2:10,000 kenderaan.

4) Penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan (no plat) boleh menyebabkan kemalangan dan kematian ke?
Saya cukup bersetuju bahawa plat no kenderaan tidak langsung menjadi punca kemalangan. Tapi anda semua juga perlu bersetuju bahawa plat no kenderaan merupakan medium KAWALAN KESELAMATAN kepada 7 KESALAHAN UTAMA yang menjadi punca atau penyebab kemalangan dan kematian:
-tali pinggang/topi keladar
-telepon bimbit
-potong garisan berkembar
-langgar lampu isyarat
-potong garisan
-lorong kecemasan
-had laju

Langkah PENCEGAHAN/KAWALAN/PENGUATKUASAAN ke atas 7 Kesalahan Utama ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan (melalui spesifikasi no plat kenderaan yang ditetapkan) dapat dikenal pasti.
Contoh kesalahan had laju tidak dapat dicegah sekiranya no plat 'fancy' digunakan. Contoh lain pula laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam untuk kesalahan langgar lari akan menjadi sukar sekiranya pengadu tidak menyatakan no plat kenderaan. (Alasan yang selalu diterima ialah plat no kurang jelas).

5) Penguatkuasaan Lampu HID dan strobe light pula apa kaitannya?
Sebagai pengguna bagi kedua2 item ini anda mungkin anggap ianya sesuatu 'keperluan' (mudah dilihat/ nak nampak cantik) kenderaan anda tapi perlu diingatkan bahawa daripada uji kaji yang dibuat pengguna kedua2 item ini boleh menyilaukan mata pengguna jalan raya yang lain serta kebarangkalian untuk gagal mengawal kenderaan dan terbabas akan berlaku. Mengambil kira faktor untuk memastikan SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA SELAMAT, JPJ perlu menguatkuasakan item2 ini.

6) Penguatkuasaan cermin gelap adalah undang-undang lapuk?
Kita semua perlu bersetuju bahawa mentaliti rakyat Malaysia masih di kelas ketiga (lain dengan negara maju yang membenarkan penggunaan cermin gelap). Mengambil kira perkara ini, seperti isu no plat kenderaan, penguatkuasaan cermin gelap juga merupakan medium bagi KAWALAN KESELAMATAN.
Contoh, sekiranya pemandu bagi kenderaan yang menggunakan cermin gelap ini tidak memakai tali pinggang keladar atau menggunakan telepon bimbit semasa memandu, anggota penguatkuasa sukar untuk melaksanakan tindakan pencegahan terhadap kesalahan tersebut sedangkan kesalahan yang dilakukan ini boleh menjadi punca berlakunya kemalangan.
Untuk makluman semua, peraturan penggunaan cermin gelap dibuat adalah berdasarkan kepada input dan pandangan daripada beberapa agensi yang berkepentingan seperti PDRM, MIROS, JKJR, SPAD, MOT, dan beberapa agensi penguatkuasaan yang lain. Mereka terlibat atas alasan membawa matlamat agensi masing2. Masihkah anda ingat kes Noor Suzaily Mukhtar yang dirogol di dalam bas bercermin gelap. Kesemua ini telah diambil kira dalam mencapai satu keputusan yang relevan untuk kesejahteraan bersama. 

Kesimpulannya, keselamatan jalan raya sebenarnya isu sejagat yang memerlukan perhatian dan tindakan secara bersepadu oleh kita semua rakyat Malaysia. Selaku agensi yang bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan di atas jalan raya, kami memohon jasa baik dan kerjasama daripada semua untuk kita bersatu padu dalam menangani isu kemalangan dan kematian di atas jalan raya.
Diharapkan penjelasan ini dapat memberi sedikit sebanyak perkongsian untuk semua.


SUMBER DARI FB JPJ

03 November 2014

KUAR MULUT RIMAU, MASUK MULUT BUAYA

Salam bahgia,
Sabtu lepas, oleh kerana wife ajak pegi nilai 3 sebab nak beli barang skit...jadi dah alang-alang nak lah jugak repair cermin tingkap yang dah macam nak jatuh tu...
Sampai kedai pertama, aku terus suruh mekanik tu tengokkan cermin tingkap yang nak gugur di medan perang tu...dia pun belek-belek...test turun naik turun naik cermin tingkap tu...dan terus bagitau aku mungkin motor dia dah rosak...kena tukar. Aku tanpa segan silu terus tanya macam orang banyak duit...

Aku: "berapa harga??"
Mekanik: "RM90"

Mak ai terkejut aku murah bebeno..terus tanya yang tu tak ori kan...aku nak harga yang ori punye. dia pun bagitau RM280...aku terus kompomkan, ok amik yang ori tu...

Mekanik: "yg ni pun okey jugak maa"
Aku: "tak mau lah...saya nak yang ori"
Mekanik: "ori takde stok" cakap lah awal-awal kan senang
Aku: "ok takpe lah"...terus aku bla

Sampai kedai kedua dan ketiga jalan cerita sama...dia tanya aku apa rosak...aku ni mane lah tau..belasah je lah

Aku: "mungkin motor dia kot"
Kedai ke-2: "maaf bang...mekanik kita takde hari ni"
Kedai ke-3: "takde stok"
Last-last tak jadi apa pun...beli je barang yang nak dihajati tu dan balik...terasa hampa jugak.

Lepas tu semalam...oleh kerana kegagalan kat nilai tu, aku telah pegi ke kedai sparepart dekat rumah aku...kot-kot dia boleh tolong tengokkan dan kalau ada barang boleh terus betulkan...aku dah bosan tak boleh bukak tingkap ni huhuhu

Sampai kedai sparepart tu terus jumpa owner dia..."bang...boleh tengokkan cermin tingkap kereta saya tu..macam nak jatuh dah".... "boleh..tapi tunggu lambat skit boleh..nak siapkan kereta ni dulu"...aku ok je, malas nak gi jauh-jauh dah
Lepas puas aku menunggu akhirnya giliran kereta aku..."bang..ni rosak kat sini"..sambil dia tunjuk kat aku tempat besi palang-palang dalam pintu tu...aku pun tanya, "bukan masalah motor dia ke bang"..."motor dia okey lagi..cuma skru kat sini longgar", penerangan panjang lebar dari abang mekanik tu.
Inilah dia besi palang-palang yang aku maksudkan tu...akhirnya dia pun just betulkan kedudukan cermin tingkap dan ketatkan semula skru-skru yang longgar....SELESAI....tak perlu sampai tukar motor power window yang harga sampai RM200++...cuma bayar upah repair RM20 sahaja...alhamdulillah nasib tak tukar kat nilai hari tu.

Pagi ni aku hampir-hampir eksiden...dek kerana ada kereta tu dok main juluq-juluq nak tukar lorong..last-last langgar kereta aku. Bukan main pening fikirkan nasib pagi ni..memang spoil betul..aku pulak malas nak berenti sebab dah lambat satu hal...kenderaan lain pun banyak..jalan kat putrajaya ni bukan ada bahu jalan kalau kita nak berenti kat tepi...garisan tepi ngam-ngam sou dengan devaider.

Sampai opis terus check teruk ke keta aku ni..berdebar-debar jugaklah jantung berdegup hehehe...tengok-tengok takde ape-ape calar pun...alhamdulillah, syukur. Lepas tu tengahari nak keluar beli barang tengok sekali lagi sebab memang tak puas hati...rasa masa berlanggar tu macam kuat je berdentum...tengok-tengok sekali spotrim aku yang bercalar huhuhuhu
Wahhhhhh...takpelah sikit je pun...cuba memujuk jugak hati...tapi memang mujurlah tak kena body kereta..takdelah macam ralat sangat.

Ohhh ya bengkel tempat aku betulkan tingkap cermin tu terletak di TAMAN BUNGA RAYA, BANDAR BARU SALAK TINGGI...tepi jalan besar tu je...AGS & RZ AUTO SERVICES nama kedai tu...ala tempat aku SERVIS KERETA hari tu hehehe.