MyRAKAN

07 Julai 2014

SURAT BERANTAI

Salam bahgia,
Sekarang ni memang dah menjadi trend kot, forwed mesej-mesej yang tidak tentu halanya..kadang yang dok menghantar tu pun bukan baca kot...mana taknya benda dah terlepas pun dia dok forwed jugak..memang mengong kan...

Satu lagi trend sekarang...mesej tu mesti tertulis kawan aku, kawan kawan aku, kawan kakak aku, kawan kepada kawan kawan aku dan yang seumpama..dah macam cerita apa tu namanya aku pun tak ingat..ala cerita yang yassin pelat tu...man laksa tak silap aku hehehe...lepas tu jalan ceritanya mesti secara umum..shopping mall, supermarket, kedai dan lain-lain lah..kalau boleh lah ko tu perihatin sangat dengan orang lain..bagi tau alamat tempat tu terus...contoh jangan pergi ke kedai mak kiah kat tepi simpang trafiklight tu...sebab dia jual bla bla bla...kan senang..takdelah orang lain tertanya-tanya mane tempatnya dan satu lagi takdelah kita sentiasa didalam kerisauan yang berganda.

Banyak lagi lah mesej-mesej seumpama ini yang aku terima terutama daripada group watsapp..memang bersepah-sepah..termasuklah hadis-hadis yang kadang-kadang aku yang jahil ni pun terasa macam sesuatu gitu...tapi korang dengan gembira telah memforwednya kepada orang ramai..kena pulak yang terima itu terlebih jahil dari aku...mereka pun percaya silap-silap terus amalkan...ingatlah wahai kawan-kawan semua, kita dah dapat share kerana terpesongnya akidah orang itu.

Macam tu jugaklah bab makanan halal tak halal ni..tapi bila aku check kat e-HALAL ok je produk tu diiktiraf pihak JAKIM. bab-bab halal haram ni memang boleh buat gaduh..aku rasa dah pun aku bagi pendapat aku kat ENTRY sebelum ini. bukanlah aku ni tak amik berat pasal hal ini..tapi bagi aku cukuplah ada logo halal kat makanan atau barangan itu..lagi pun kita kat malaysiakan..in shaa allah semua ok tak perlulah kita nak bersusah payah sampai check kod itu kod ini yang entah kita paham entah tidak..tapi bila ada timbul perasaan was-was tu wajib kita tinggalkan.

Aku haraplah korang pahamkan dan selidik dulu ape-ape yang korang nak forwed kan tu...tengok jugak..adakah ia mesej sampah, cobaan untuk menjatuhkan seseorang atau kumpulan, palsu dan lain-lain yang seumpama...panduan dia sama je..kalau ada rasa was-was tu delete je..cukuplah setakat kita..selamatkan kawan kita yang forwed tu dari terus mendapat share kejahilannya.

HELLO

Salam 9 Ramadhan,
Hai semua..moga kita semua diberi keberkatan dan kesihatan yang berpanjangan..pejam celik dah 8 hari kita berpuasa..rasa macam tak menang tangan ni..banyak yang perlu diuruskan..terutama RUMAH baru aku tu huhuhu...kebetulan dapat kunci memang ngam-ngam bulan puasa.

Sabtu lepas memang ada pegi tengok...diorang tengah buat di bahagian ruang tamu..tapi tu lah tak sempat nak amik gambar...maklumlah agak terkejar-kejar sikit sebab nak balik ke kampung...tapi takpelah aku serahkan aje pada kontraktor tu.

Dekat opis pulak rasa macam boring je...mungkin kekurangan beban kerja..yerlah orang baru kan hehehe..tunggu nanti dah jadi otai, semua kerja kena buat sampai tak cukup tangan...masa tu lah baru terasa nak kembali jadi orang baru hehehe

Seperti semua sedia maklum..opis aku ni tak lama lagi akan dikorporatkan...ikutkan kata-kata bos tahun depan sebelum GST berkuatkuasa. aku pulak tak tau lagi macam mana statusnya..kadang rasa macam nak on sebab gaji pun fuhhhh alhamdulillah meningkat skit..tapi tuk pencen takde lah..semua dah masuk ke skim KWSP semula.

Kalau fikir dari segi gaji dan bonus tu memang terbaekk lah...kebiasaannya akan dapat lebih dari skim kerajaan..tapi kalau pikir bab pangkat atau tukar tempat bertugas tu tak tau lagi macam mana..sebab dia totally dah terkeluar dari skim kerajaan..jadi memang kita tiada ikatan dengan kerajaan lagi...masing-masing ada buruk dan baiknya kan..pro and contra.

Apapun kita tunggu surat tawaran nanti macam mana..baru kita buat keputusan..tungguuuuuuuuuuuuuu...

03 Julai 2014

PROGRESS RUMAH

Salam bahgia,
Selasa lepas pegi lah tengok rumah kat taman bunga raya tu....umak ai dah tabur batu kat depan rumah...pantas betul...baru ahad lepas kompomkan dengan pemaju apa nak dibuat...memang terbaekk lah...tak disangka begitu pantas sekali.

Bile tengok rumah dah dalam progress ni, ada risau jugaklah,...kena sediakan ongkosnya, lampu kipas dan beberapa peralatan elektrik dah nak kena standby untuk pemasangan terus oleh kontraktor.

Mesti ada yang nak tau berapa kos dan apa aku buatkan hehe...takdelah buat banyak...just tambah-tambah bahagian dalam je..tapi ini pun belum keseluruhan..nantilah aku maklumkan kemudian.