MyRAKAN

23 Julai 2013

MELINTAS JALAN

Salam Ramadhan semua...
Diam tak diam dah 14 ramadhan rupanye...korang tengok tak wajah baru Dunia Ady ni..haha bukan ape saje gatal-gatal tangan sebab tak kuar lunch kan hehehe...

Korang penah tak hadapi masalah dengan budak-budak sekolah yang melintas jalan..aku tak heranlah kalau dia melintas dekat tempat yang sepatutnya..ini tidak melintas jalan ikut suka hati mak bapak dia je...

Aku memang selalu jumpa situasi macam ni...budak sekolah ni melintas betul-betul kat simpang yang kereta orang termasuk aku ni nak keluar simpang...memang rasa nak langgar tu ada lah..tapi nanti mesti jadi kes lain pulak kan..kadang tu aku saje jalan slow-slow, tak bagi budak-budak tu jalan depan aku...geram tau!!!

Kami ni penunggang kereta punyalah tunggu kereta clear nak masuk simpang...bila clear je budak-budak ni pulak sibok nak melintas..bukan tak ada tempat melintas yang disediakan..tapi biasalah manusia pemalas ni..tak mau jalan jauh skit walaupun untuk keselamatan sendiri.

Dah lah cerita panjang-panjang pun wat kurang pahala puasa je..Cuma nak tau betul ke kalau kita langgar budak sekolah ni..kompom-kompom kita salah..mandotori macam kita langgar belakang keta orang..kalau ada web atau undang-undang bolehlah share sekali..

p/s: kempen rasa sekolah macam-macam dah buat, tapi........................

21 Julai 2013

SIJIL WAKAF TANAH

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah Hasil dari kutipan dan sumbangan dari ahli-ahli PPEOC sempena Program Amal Jalinan Kasih Al Kausar yang dianjurkan oleh Putrajaya Crew dengan kerjasama penuh dari PPEOC Central di dalam bentuk Sijil Wakaf Tanah.


Jadi sesiapa yang berminat bolehlah terus ke Rumah Bakti Al Kausar Bandar Baru Bangi untuk urusan tersebut. Semoga sumbangan kita yang sedikit ini diberkati dan dapat membantu mereka yang memerlukan.

Maklumat lanjut mengenai Rumah Bakti Al Kausar boleh klik DISINI.

17 Julai 2013

JALINAN KASIH AL KAUSAR

Pada 6 Julai lalu, Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) Central telah menganjurkan satu program amal yang dinamakan Jalinan Kasih Al Kausar di Rumah Bakti Al Kausar Bandar Baru Bangi. Ini adalah susulan daripada survey yang telah dibuat sebelum ini.

Seawal jam 7.00 pagi para peserta yang terdiri dari ahli PPEOC serta keluarga telah berkumpul di Jambatan Putra Putrajaya sebagai tempat berkumpul sebelum memulakan pergerakan secara berkonvoi dengan di bantu oleh anggota trafik Polis Diraja Malaysia Kontijen Selangor.

Alhamdulillah berkat usaha penganjur dan ahli kelab sendiri sejumlah besar sumbangan dari ahli PPEOC, keluarga, sanak sedara serta NGO dan syarikat-syarikat korporat berjaya dikumpulkan bagi meringan sedikit bebanan sempena ramadhan dan syawal yang bakal tiba.

Berbagai aktiviti dijalankan sepanjang sehari bersama adik-adik kausar seperti senamrobik, sukaneka, makan tengahari bersama dan lain-lain acara yang dirancang. Apa yang istimewanya, hari lahir salah seorang penghuni rumah kausar itu jatuh pada hari berkenaan. Jadi sedikit kejutan dari kami PPEOC bagi memberi sedikit kecerian kepada penghuni berkenaan dan yang lain-lain.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dan bukan hanya tertumpu pada satu-satu musim seperti bulan ramadhan sahaja. Terima Kasih tak terhingga kepada Ahli-Ahli PPEOC yang tak jemu-jemu memberi sokongan dan sumbangan. Terima Kasih kepada semua prihatin!!

Layan gambar pulak ekk..
Gambar kenang-kenangan bersama penghuni kausar
Antara wajah2 ahli ppeoc
Gambar bersama anggota trafik yang bertugas
Pengerusi Rumah Bakti Al Kausar Bangi
SenamRobik
Sukaneka
Acara mengejut khas utk ahli ppeoc yang terpilih
Hamper sukaneka
Banner Central yang baharu
Untuk lebih banyak gambar boleh tengok di album mukabuku saya.