MyRAKAN

02 April 2013

DIY DAY BERSAMA VERV-X


D.I.Y DAY merupakan mini perjumpaan yang mana aktiviti utama adalah untuk servis kenderaan ahli sambil beramah mesra dengan ahli-ahli Verv-X dari kelab lain. Pada hari tersebut juga, ahli-ahli yang datang boleh mendapatkan produk dari BOSCH yang sesuai untuk model kereta mereka pada harga ahli. Kos perkhidmatan (labour charges) servis adalah PERCUMA pada hari tersebut. Ahli-ahli hanya perlu mendaftar dan membeli minyak enjin Verv Lubricants pada harga ahli. Contoh untuk kereta Proton Persona yang menggunakan Semi-Synthetik 10W40, harga untuk ahli cuma RM88 beserta Oil Filter Bosch diberi secara PERCUMA. Kami yakin ia sangat menjimatkan untuk produk dan jenama yang berkualiti. 

Pada 31 Mac lalu, bertempat di HQ Verv di Ara Damansara untuk kali pertamanya PPEOC telah menyertai event ini yang pada hari berkenaan PPEOC telah bersama dengan Kelab Viva. berbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak verv bagi mengisi masa semasa event ini berlansung dari jam 10.00 pagi itu. Antaranya
Servis kereta-5 kereta bagi satu kelab
Cabutan bertuah
Ucapan wakil PPEOC
Ucapan wakil VIVAC
 Disamping makan minum yang telah disediakan.
Minyak Verv
Antara jentera PE yang di servis
Gambar kenangan PPEOC
Aktiviti tamat dalam jam 2.00 petang. Terima kasih tak terhingga kepada yang hadir terutama pihak verv dan VIVAC

p/s; untuk melihat lebih banyak gambar...klik SINI okey hehehe

04 Mac 2013

MENGANTUK SELEPAS LUNCH

Sejak tiga menjak ni aku terasa amat mengantuk sangat terutama lepas makan tengahari...ada sekali tu aku tertidur sampai bos aku kejut hehehe tapi ape nak buat mata dah mengatukkan layan jelah walaupun terpaksa tidur sambil duduk.

Mengantuk selepas makan adalah masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan orang terutama selepas makan tengahari. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengetahui, masalah ini merupakan satu petanda penting badan kita kekurangan air. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan jumlah oksigen untuk sampai ke otak berkurangan dan inilah puncanya kita berasa mengantuk sehingga sukar untuk memberi tumpuan selepas makan.

FUNGSI AIR UNTUK BADAN

Air merupakan bahan kedua terpenting di dalam badan kita selepas oksigen. Setiap saat kita kehilangan air melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus.

Badan manusia mempunyai 70% air yang berfungsi untuk mengawal suhu badan, menghantar nutrien kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen, perkumuhan serta melindungi sendi dan organ.

Kita digalakkan minum air 2 liter atau 8 gelas setiap hari. Kekurangan air dalam badan akan mencetus pelbagai implikasi. Antaranya:

✔ Badan cepat letih
✔ Dahaga
✔ Ketegangan otot
✔ Mulut kering
✔ Mengantuk
✔ Air kencing sedikit dan pekat
✔ Sakit kepala/migrain
✔ Kulit menjadi kurang kenyal
✔ Sembelit
✔ Masalah buah pinggang

Pastikan anda minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air mineral atau air yang ditapis. Air yang bersih membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko mendapat penyakit.

p/s: rasa mengantuk ni menjadi-jadi bila ada banyak kerja...waduh macam tau-tau je mata ni

17 Februari 2013

YASSIN & TAHLIL PUTRAJAYA CREW

Baru-baru ini, Jumaat 15 Februari 2013...PPEOC Putrajaya Crew telah selamat mengadakan satu majlis keagamaan iaitu Majlis Yassin dan Tahlil di rumah salah seorang ahlinya di Taman Dahlia Bandar Baru Salak Tinggi.

Tujuan diadakan program seperti ini adalah sebagai memperingati pemergian orang-orang yang kita sayangi dan mengingatkan kita jugak akan pergi meninggalkan dunia ini disamping mengeratkan hubungan diantara ahli.Program seumpama ini adalah pertama kali diadakan dan semoga ia bukanlah program pertama dan terakhir.

Seperti biasa Jambatan Putra Putrajaya dijadikan tempat untuk berkumpul sebelum bergerak ke lokasi majlis secara konvoi. Terima Kasih pada crew-crew yang terlibat dan memberi kerjasama yang terbaekk.
Bacaan Yassin & Tahlil
Sedikit Jamuan selepas Tahlil secara Pokluck
Tuan Rumah
p/s: Gambar dari Kak Mas Yt...tunggu yang lain-lain mane entah, tahun depan baru nak upload kot wahahaha