Sejak tiga menjak ni aku terasa amat mengantuk sangat terutama lepas makan tengahari...ada sekali tu aku tertidur sampai bos aku kejut hehehe tapi ape nak buat mata dah mengatukkan layan jelah walaupun terpaksa tidur sambil duduk.
Mengantuk selepas makan adalah masalah biasa yang dialami oleh kebanyakan orang terutama selepas makan tengahari. Akan tetapi masih ramai yang tidak mengetahui, masalah ini merupakan satu petanda penting badan kita kekurangan air. Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan jumlah oksigen untuk sampai
ke otak berkurangan dan inilah puncanya kita berasa mengantuk sehingga
sukar untuk memberi tumpuan selepas makan.
FUNGSI AIR UNTUK BADAN
Air merupakan bahan kedua terpenting di
dalam badan kita selepas oksigen. Setiap saat kita kehilangan air
melalui pernafasan, peluh, air kencing dan pergerakan usus.
Badan
manusia mempunyai 70% air yang berfungsi untuk mengawal suhu badan,
menghantar nutrien kepada organ dan tisu badan, membawa oksigen,
perkumuhan serta melindungi sendi dan organ.
Kita digalakkan
minum air 2 liter atau 8 gelas setiap hari. Kekurangan air dalam badan
akan mencetus pelbagai implikasi. Antaranya:
✔ Badan cepat letih
✔ Dahaga
✔ Ketegangan otot
✔ Mulut kering
✔ Mengantuk
✔ Air kencing sedikit dan pekat
✔ Sakit kepala/migrain
✔ Kulit menjadi kurang kenyal
✔ Sembelit
✔ Masalah buah pinggang
Pastikan
anda minum air yang bersih, selamat dan berkhasiat seperti air mineral
atau air yang ditapis. Air yang bersih membantu meningkatkan sistem
imunisasi badan, menghalang penyebaran toksin dan mengurangkan risiko
mendapat penyakit.
p/s: rasa mengantuk ni menjadi-jadi bila ada banyak kerja...waduh macam tau-tau je mata ni
Tiada ulasan:
Catat Ulasan