D.I.Y DAY merupakan mini perjumpaan yang mana aktiviti utama adalah untuk servis kenderaan ahli sambil beramah mesra dengan ahli-ahli Verv-X dari kelab lain. Pada hari tersebut juga, ahli-ahli yang datang boleh mendapatkan produk dari BOSCH yang sesuai untuk model kereta mereka pada harga ahli. Kos perkhidmatan (labour charges) servis adalah PERCUMA pada hari tersebut. Ahli-ahli hanya perlu mendaftar dan membeli minyak enjin Verv Lubricants pada harga ahli. Contoh untuk kereta Proton Persona yang menggunakan Semi-Synthetik 10W40, harga untuk ahli cuma RM88 beserta Oil Filter Bosch diberi secara PERCUMA. Kami yakin ia sangat menjimatkan untuk produk dan jenama yang berkualiti.
Pada 31 Mac lalu, bertempat di HQ Verv di Ara Damansara untuk kali pertamanya PPEOC telah menyertai event ini yang pada hari berkenaan PPEOC telah bersama dengan Kelab Viva. berbagai aktiviti yang telah disediakan oleh pihak verv bagi mengisi masa semasa event ini berlansung dari jam 10.00 pagi itu. Antaranya
Servis kereta-5 kereta bagi satu kelab |
Cabutan bertuah |
Ucapan wakil PPEOC |
Ucapan wakil VIVAC |
Minyak Verv |
Antara jentera PE yang di servis |
Gambar kenangan PPEOC |
p/s; untuk melihat lebih banyak gambar...klik SINI okey hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan