MyRAKAN

25 November 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU

Salam Bahagia...
Semalam 24 November 2012 ramai jugak yang kawen..biasalah musim cuti sekolah. Di sini saya mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MEMBER-MEMBER PPEOC YANG BERKAHWIN...SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT
Tn. HOR Northern, Amzari
Sapik Jawi, Central
Zam Kayang Merrah, Central
Razif Rk Jdt, Southern
Tahniah semua...dan mintak maaf banyak-banyak mane-mane majlis yang aku tak dapat pergi.

p/s: bulan sebelas ngan doblas memang sinonim dengan bulan orang kawen hehehe

20 Oktober 2012

KEMBARA AMAL MERISIK KHABAR

Salam semua...
Dipetik daripada majalah Kereta Bilangan 154 Bulan Oktober 2012.

Program Amal merupakan salah satu aktiviti kebajikan kebanyakan kelab kereta bagi merapatkan silaturahim antara ahli kelab dengan rumah kebajikan yang terdapat di malaysia.

Dengan niat bagi membantu golongan yang lebih memerlukan keperihatinan dari masyarakat luar, Central Livinian Association telah menganjurkan program amal pada hari ahad, 15.7.2012 yang diberi nama Kembara Amal Merisik Khabar ke Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas (ROTA), kg. Pulau Meranti Puchong dan mendapat kerjasama dari beberapa kelab kereta di malaysia dan juga syarikat korporat. Jumlah keseluruhan peserta program yang terlibat adalah seramai 350 orang.

Tujuan utama gabungan kelab kereta dalam program amal ini adalah bagi membantu pihak pengurusan ROTA yang diteraju oleh puan Muji Sulaiman serta bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim ahli kelab dengan masyarakat luar bersama rumah amal kebajikan, di samping itu juga bagi menerapkan nilai murni dan pentingkan kasih sayang kepada galongan warga emas.

Anatara kelab-kelab kereta dan pasukan Polis Diraja Malaysia yang telah menjayakan kembara amal ini adalah seperti berikut:

Penganjur Utama : Central Livinian Association (41 buah)
Dengan kerjasama dari:

1. Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) (50 buah)
2. MyStream Club (3 buah)
3. MyOdyssey (4 buah)
4. Marshall dari MMC (11 buah)
5. G14 Sport & Event (Rakan Komunikasi) dan
6. Hilux Club Malaysia (Convoy Lead) (7 buah)
7. Polis Diraja Malaysia dari IPK Shah Alam Selangor (4 buah)

Jumlah keseluruhan peserta konvoi adalah 120 buah kenderaan.

Program ini juga telah mendapat sumbangan dan perhatian dari syarikat korporat, syarikat milik individu, badan kerajaan/berkanun, serta sumbangan dari individu ahli kelab dan masyarakat sekitar kuala lumpur dan selangor.

Semoga amal kebajikan dan sumbangan kepada yang lebih memerlukan ini akan berterusan di masa akan datang.



p/s: semoga sumbangan yang sedikit ini dapat membahagiankan mereka

17 Oktober 2012

PPEOC SMD BROGA

Salam semua...
Pada ahad lepas PPEOC Putrajaya telah berjaya dalam misinya menawan puncak broga di semenyih. Aktiviti yang telah dirancang akhirnya kesampaian jugak walaupun berlaku sedikit kengkangan kerana masa bertolak itu di awal pagi...

Seawal jam 12 tengahmalam lagi kami telah mula berkumpul di restoran rimba klasik bangi..sehinggalah lebih kurang jam 4 pagi, kami bertolak ke bukit broga dengan melalui bangi lama. perjalanan yang melalui kawasan kampung amat menenangkan fikiran ditambah lagi dengan bunyi bunyian serangga. perjalanan lancar dengan kapasiti 14 biji jentera PPEOC.

Dalam jam 5.30 pagi kami singgah di sebuah surau berhampiran sambil menanti azan subuh dan seterusnya menunaikan solat subuh berjemaah dengan orang kampung di situ. sehinggalah jam 6.00 pagi konvoi kami sambung perjalanan terus ke bukit broga. Dalam jam 6.30 pagi kami memulakan pendakian sehinggalah ke puncak bukit. sehinggalah jam 8.30 pagi kami mula menuruni bukit tersebut.

Setelah perbincangan dibuat...dalam jam 9 pagi kami berangkat pula ke sungai tekala untuk sarapan pagi dan mandi manda setelah peluh membasahi badan.

Sehinggalah jam 12 tengahari kami berkonvoi semula ke putrajaya untuk sesi fotoshoot sebelum aktiviti bersurai setelah seharian bersama.

p/s; broga telah kami tawan...nantikan aktiviti PPEOC Putrajaya yang akan datang