salam semua..
sedikit keterujaan nak join kontes RYO ni..huhuhu. kalau korang nak join gak klik je kat SINI atau kat nama RYO tu atau pun kat BANNER atas tu..macam-macam cara boleh hehe..
ok mule..
Saya toleh kanan,sambil membawa sebungkus nasi lemak.Kemudian saya toleh kiri pulak. sebungkus nasi lemak masih berada di tangan saya. bukan saya tak nak makan lagi tapi kerana jalan ni sesak sangat. kenderaan lalu tak putus-putus. kawan saya pulak dah tunggu kat seberang jalan sana kerana kami nak makan bersama. dia pulak katanya ada membawa sebucket kfc...emmmm memang tak sabar aku makan dengan sebungkus nasi lemak di tangan aku ni. memang aku ni hantu kfc..nasi lemak tu aku beli saje untuk dia. nanti aku datang lenggang kangkung kata kurang berbudi bahasa plak. "aku bawak sebacket kfc ko datang berlenggang plak" memang tak patut kan...lagipun nasi lemak ni umpan untuk dia..jadi bolehlah aku habiskan sebacket kfc tu sorang-sorang...
lupe nk tag hehe
1. Al-Kesahnya : Cheq Ana jomlah join sekali..asyik masak je
2. Relaks bersama Papa Macho.. jom join sekali
p/s; kalau tak cukup kira halal ekk ryo
MyRAKAN
11 Julai 2011
TORA DATANG LAGI
Hehe tajuk tu ade kena mengena pun dengan entry kali ini. saje letak tajuk tu sebab rasa lama dah tak update belog ni..terima kasih kat kawan-kawan dan pembaca setia belog ini kerana datang tengok-temgok kan dan buang sawang-sawang yang ade..hehe
minggu-minggu sudah ni agak bizi gaklah..tapi bukan kerana kerja kat opis..tapi kerana aktiviti kelab aku..PPEOC. cadangannya hari minggu lepas memang nak ke cameron bersama-sama dengan member-member dari utara..tapi tapi lagi hehe...
aktiviti tu terpaksa di tunda gara-gara kerana perhimpunan BERSIH..habis aktiviti pada hari berkenaan di sapu bersih. agak ralat jugaklah sebab dalam 70% persiapan dan di buat..persiapan penginapan semua dah setel..tiba-tiba kena cancel sebab BERSIH..banyak roadblock, ketidakselesaan peserta dan risiko kalau diteruskan juga..pasrah....
last-last duk umah je..tido sebab letih buat aktiviti yang tak jadi. ahad tu baru keluar umah jalan-jalan kat Flora Putrajaya 2011. agak menarik dan aku rasa agak biasa-biasa je. mungkin sebab dah terlalu selalu dibuat kot...
01 Julai 2011
MENIAGA
Kita sering dengar 9/10 sumber pendapatan adalah dengan berniaga..berniaga juga adalah sunnat nabi s.a.w..kadang tu bile tengok orang berniaga terdetik jugak aku nak berniaga. tapi tak tau nak meniaga ape. pakaian..makanan..minuman..pasar malam..online..facebook..belog dan macam-macam cara aku tengok orang sekarang berniaga.
paling popular berniaga air liur..MLM lah..dulu ramai gak kawan-kawan dan kenalan aku yang terjebak dengan perniagaan jenis ini..so diorang pun ada cuba untuk ajak-ajak aku..aku plak jenis baik dengar je ape diorang cerita..ada yang siap bawak bapak mentor..
bile dengar lama-lama menang kita akan terpengaruh..nak nak plak ade yang boleh dapat beli keter mahal-mahal..pegi melancong sana sini..free aje..tapi bila bab kena wat loan ngan bank tu semangat aku terus luntur..kompom..aku kalau boleh memang nak yang free je..modal free dan kalau dapat bisnes tu pun free time bile-bile aku boleh buat...
dulu ada gak member aku ajak meniaga ala-ala online ni..tak yah sewa kedai..just buat dekat belog ngan facebook je..modal kami share sama-sama. 50/50 kata orang..tapi tak kesampaian sebab dua-dua malas..ade yang nak mulakan..nak gi cari barang lagilah..akhirnya terpadam macam tu jelah niat kami..
p/s; agak-agak ape bisnes paling popular sekarang
Langgan:
Ulasan (Atom)


