MyRAKAN

16 Mac 2011

JURUJUAL


Satu ketika pada hari sabtu lepas aku tengah rehat2 kat umah

ding dong..ding dong, bunyi loceng umah aku ler. aku pun buka pintu tengok awek..ehem

salegirl : bang tadi ade pegawai kita datang tak, check air

aku : takde..nape?

salegirl : saya dari ???. penah kena tak air kat umah abang nampak cam karat2. entah ape nama syarikat dia aku lupe...

check air. aku pun bagi masuklah.ingatkan mentenen ke...pastu dia bagi penerangan bla..bla..bla. ape2 entah dia citer bukan aku paham sangat pun. aku cuma nak tau ending dia je. sebab katanya dia bukan nak jual barang tapi dia datang atas permohonan. entah ape2 je. berbelit2. masa dia bagi penerangan tu memang best. aku pun terpengaruh lah skit2. cite punye cite, last2 amik barang dia tuk rawatan air macam ECPI tu bulan2 90 hinggit.

aku ni biasalah, bile dengar 90 hinggit je hilang semua pengaruh2 luar, hilang semua minat, memang hilanglah ape kebaikan2 dia cakap tadi. aku ingatkan kalau air umah kita kotor dapat benda alah tu FREE sebab dia kata dia tak jual barang. dia akan datang buat atas permohonan kita. pastu siap bagitau kerjasama ngan syabaslah, kerajaanlah. bile dengar tu kepala otak aku FREE je.

mula datang dengan senyum manis tapi bile aku tak amik keluar umah aku ngan muka menyampah. walaupun ko cube cover2 tapi ko wat muka camtu orang lain pun leh nampak. salah ko gak. cube awal2 ko cakap nak jual barang sah2 ko tak yah susah payah cakap banyak2 bagi penerangan...memang dah sah2 aku tak suruh masuk.

kesimpulannya...kepada penjual2 diluar sana cakap jelah yang sebenonye...jadi takdelah kecewa sangat. takdelah ko buang masa. buang air liur. buang air aku. buang masa aku.

p/s: agak2 kalau aku berjual ok gak tapi bukan main terjah2 umah tu

15 Mac 2011

I'M LOVIN' IT!


Pertama kali dalam hidup aku sarapan kat mcdonald tapi takdelah sampai tahap jakun. mulanya kuar dari umah tu plan nak makan roti canai je kat bangi tapi bila bincang2 balik dalam perjalanan tu teringin plak kat McD hehe..

kenapa kami pilih McD. sebab utamanye kerana dia ade playgroud pastu orang pun tak berapa ramai..agaknya lah kot. senang nak bagi anak aku zaqwan main2 lepas makan. dia plak makan skit je tapi main lebih. yang makan banyaknye ayah ngan umi dia haha...

makanan yang diorder
tengok dia makan skit je pun
sebenarnya inilah yang ditunggu2nye
p/s: ade lagi tau citer ari sabtu...tungguuu

14 Mac 2011

KEPAK PAK PONG

Sabtu lepas aku ngan myfamily telah pegi satu majlis perkahwinan sorang member kenarianz. mmg lum penah lagi sampai tempat tu. kira tempat baru port tuk orang kawen lah kat putrajaya ni iaitu dewan seroja presint 15 atau lebih dikenali sebagai diplomatik.

kat situ dewan agak sunyi dan keciklah berbanding dewan presint 8, 9 mahupun 16. ala yang biasa2 orang buat tu...tapi majlis nye tetap meriah...i liko gitu.

selamat pengantin baru gent...semoga berbahgia sepanjang hayat


lama lama dulu ada gak aku gi kenduri kawen member opis lama. lama dah 27 feb 2010..hehe sorry lambat post..nanti2 lah aku citer nape aku x update belog..

sekarang ni citer pasal gi kenduri kawen kepak pak pongg hehe...sebenarnya 27 februari tu aku gi dua kenduri kawen...mula gi kenduri shima kat kelang. memang perjalanan lancarlah takde sesat pusing2 bandar kelang tu macam pegi mane2 kenduri kawen yang tak penak jejak kaki. terima kasih pada gps kami (gerak pengikut shamsul) hehe..

selamat pengantin baru shima...semoga berbahagia sepanjang hayat


tadi aku ade kata 2 kenduri kan...okey pastu balik semula ke putrajaya tapi bukan nak balik umah. tapi menghala ke presint 16 untuk majlis perkahwinan kak saba, orang opis lama aku...tapi bukan kak saba tu kawen oke tapi anak dia bard. bard ni dulu pratikal kat spp jadi kenallah skit2.

selamat pengantin baru bard...semoga bahgia sepanjang hayat...dan tahniah kak saba dapat menantu

terima kasih pada kawan2 semua dan mintak maaf sebab aku ciplak gambar2 korang...aku malas amik gambar hehe..

p/s: sekali lagi selamat pengantin baru diucapkan...semoga kekal bahagia dan jangan nakal2 oke....