MyRAKAN

08 Februari 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU


Salam semua
walaupun dah agak lama tapi rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat penantin baru kepada abby, ex-opismate aku. jangan2 sekarang ni dah ade isi hehe...

tanggal 29 januari 2011 yang lalu aku sekeluarga berjaya gak sampai ke rumah abby di seremban sempena majlis walimatulurus dia. walaupun agak2 sesat lah jugak walaupun ade bantuan abam gps. mungkin silap aku gak salah setting nama jalan kot. kalau tau awal2 dah set institut perguruan raja melewar.

oleh kerana aku sampai pun dah lepas bersanding maka orang pun agak suam2 kuku. tak sempat berjumpe kawan2 opis lama. tapi sempat gak lah jumpe beberapa orang yang datang lewat. mungkin sesat gak cam aku.

SELAMAT PENGANTIN BARU
KEPADA ABBY DAN SUAMI
SEMOGA KEKAL HINGGA HAYAT DI KANDUNG BADAN

p/s; memang tak sah kalau pegi kenduri kawen kawan2 TAK SESAT...

07 Februari 2011

NASI AYAM GEMAS


Salam semua...
pada khamis lepas 3 februari aku sekeluarga telah menjamu selera sampai ke gemas. menunya mestilah nasi ayam gemas yang disebut2 sedap katanya. ini semua adalah gara2 kerana jalan nak ke segamat telah ditutup kerana banjir. jalan tu adalah jalan buluh kasap dan jalan segamat-muar.

bermula dengan runtuhan jambatan di berhampiran persimpangan felda jelai. aku gagah jugak mengikut jalan lain untuk ke gemas berpandukan abam gps. alhamdulillah akhirnya selamat jugak sampai ke gemas dan perjalanan di teruskan lagi dengan lancarnya.

sampai2 buluh kasap je jalan di tutup dari semua jenis kenderaan kerana banjir. sekali lagi tanpa berputus asa aku melalui jalan kampung jugak dengan bantuan abam gps untuk melalui jalan muar. tapi memang hampa bin hampeh sekali lagi kekecewaan di situ.

panggilan telefon kepada emak aku pun di buat menceritakan perkara sebenar dan penarikan diri dalam sevivor ini. tak kanlah aku nak keluar tol pastu lalu tol yong peng. mak ai jauh gile...

kemudian kami mengambil keputusan untuk balik semula ke melaka melalui tol tangkak. sekali lagi kami telah terperangkap dek banjir dan barulah kami tahu bahawa kami di kelilingi air seperti terperangkap di sebuah pulau. dan jalan yang ade hanyalah jalan yang kami lalui tadi.

matahari dah tinggi, perut dah lapar, anak aku dah gelisah mane taknya terpusing2 tapi tak sampai jugak. di gemas jalan2 cari makan akhirnya terjumpe restoran nasi ayam gemas dan paling penting terletaknya di atas bukit. tengok2 gak kedainya takut mangsa banjir kebersihan tidak terjaga.

ok, berbalik kepada nasi ayam gemas. sedap memang sedap dari nasinya ayamnya sampailah ke sop memang sedap. rasa sok2 kalau terperangkap kat banjir lagi nak singgah lah hehe...keadaan kedainya pun menarik deko ala2 moden, bersih dan hargapun murah rm5 satu set.

p/s; camne dah bertahun aku lalu situ tak perasan restoran NAG ni..mungkin atas sebab kelaparan kot

BEN 10

Inilah kasut baru zaqwan...ben 10 siap ade lampu2 lagi berkelip2 bile berjalan. harga kasut ni takdelah mahal sangat pun rm25 je. tawar2 dapat kurang gula jadi rm23 je.

cantik bergaya segak gitu. pasni tambah jauhlah perjalanan budak tu...

berbalik pada gambar atas sekali tu ek...aku memang beli kasut ben 10 tapi cube korang tengok kotak kasut tu...spiderman ok. di manakah kotak kasut ben 10 ini sebenarnya. agak mengelirukan di situ. rasa2 kalau aku beli kasut spiderman dapat tak kotak ben 10.

tambah musykil lagi kat situ takde pun jual kasut spiderman. adakah ini kasut curi. ishh janganlah plak sok lusa rumah aku kena rush dek polis kerana menyimpan barang2 curi padahal sepasang kasut yang aku beli di pasar tani huhuhu simpangkan lah...

kes2 macam ni leh ke repot kat kpdnkk tu. kira mengelirukan pengguna. kalau cam aku memang tak tengok kotak matak semua tu. sampai2 umah baru perasan kotak lain tapi nasib baik isi dia betul KASUT BEN 10 BERLAMPU LIP LAP LIP LAP...

p/s; dapat kasut spiderman best gak. senang nak panjat2 dinding