MyRAKAN

18 Januari 2011

SKT...

Sekarang ni sibuklah masing2 buat kira2 pasal skt (sasaran kerja tahunan) tuk tahun ni. letaklah bape pun jumlahnye janji logik bukan betul2 target kita je...

aku pun nak buat sasaran gaklah tuk belog aku ni DUNIA ADY. saje suka2 tengok tercapai tak akhir tahun ini. sasaran aku "aku nak 300 entri tuk 2011 ini". banyak tak, rasa2 leh ke tercapai.

aku ni bukanlah full time berbelogging. kadang ade kadang takde, cam biskut. bak kata member aku sorang tu belog suam-suam kuku hehe...but i try my best lah. cewah speaking london plak dah, skit2 boleh lah ekkk

aku berbelogging pun kat opis je. sambil2 wat kerja sambil2 berfb sambil2 berchating. banyaknya sambil2 tak bleh bla..belog aku ni pun berkisar ape2 yang terjadi kat sekitar2 aku, saje suka suki...mungkin satu hari nanti bleh wat gelak2 plassback kisah lama.

p/s; 365 hari setahun...setahun 300 entri...300 entri setahun insyaallah tercapai YAKIN BOLEH

ULSER MULUT

Korang penah kena ulser mulut tak ataupun nama lain mata ikan. alah cam luka2 dalam mulut, berbentuk bulat kala putih ngan skit2 kuning dan kelilingnya kale merah.

aku sekarang ni memang tengah alaminya. dekat seminggu dah sakit tak henti2. nak makan bercakap semua ilang mood. kalau duk diam je plak bibir kering pastu mengelupas gelupas plak. isssh memang azab. pas satu baik ade tumbuh lain plak.

aku ade gak baca skit2 info pasal ulser ni nak kongsi skit ngan korang. antara penyebab2 nye adalah...

Stres-mungkin gak tapi pasal ape ekk

Perubahan hormon
-ade ke terjadi kat aku kah kah kah...

Jangkitan (infeksi)
-setahu aku ulser ni tak berjangkit, lain kot

Kekurangan zat makanan
-mungkin kot sebab aku ni jenis tak suka makan

Alahan
-aduhhh ade elegik ke

Radioterapi
-umah aku takde radio, harap maklum

Kimoterapi
-kimono aku tau lerzz hehe..

tapi semua tu BUKANLAH penyebab sebenar, kemungkinan kemungkinan je. walauapepun aku bagi skit info atau petualah camne nak legakan ulser mulut ni plak..

(1.) Gunakan bahan kumuran antiseptik (2.) Sapu gel atau krim penahan sakit (3.) Kekalkan kebersihan mulut yang baik (4.) Makan makanan lembut (5.) Elakkan makan makanan panas dan pedas (6.) Banyakkan minum air

p/s: semua ini aku amik dari laman web Info Sihat Kementerian Kesihatan. untuk ape2 masalah kesihatan ke ape2 ke leh lah korang rujuk2 kat situ.

17 Januari 2011

GILE HON


Pernah tak tengah2 sedap bawak keter sambil berangan2 cam bawak ferarri tiba2 orang hon dari belakang. takpun dia potong kita pastu bunyikan hon. poooon ponnnnn (bunyi cam idlan raja lawak)...mesti ade kan kan...

bagi aku plak, aku ni memang jenis tak suka bunyikan hon sebab aku memang tak suka kalau dihon. takut terkejut lain plak jadinya.

pernah tak korang terpikir bunyi2 hon ni rupanya ade makna. kadang orang selisih jalan pun berbalas2 hon.


1 x HON PENDEK
pemandu tu nak cakap “HAI”

2 x HON PENDEK
pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”

3 x HON PENDEK
pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit
(biasanya kat traffic light time dah hijau tak reti-reti nak jalan)

1 x HON PANJANG
pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan

2 x HON PANJANG
pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH TAKDE OTAK KE”

4 X atau lebih HON PENDEK
pemandu tu cakap...
.
.
.
.
.
.
.
.
.....
.
.
.
.
.
.
........
.
“TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

p/s ; hahahaha kelakar tak hahahahaaaa.....