MyRAKAN

03 November 2010

1TAHUN DAH BERLALU


Hari ini 3 november 2010 bermakna genap setahun dah aku bertugas di sini. kalau dah setahun tu kompom2 lah rasa dah expert sangat buat keje. petik jari je siap. tapi memanglah siap petik jari hahah

aku target 4 ke 5 tahun kat sini, blah lah...bagilah orang lain merasa kerja aku ni. tengok cam senang tapi memang senang pun takde bos nak kacau janji siap pada masa yang ditetapkan...

satu lagi aku suka kat sini kerani tak payah layan pelanggan yang datang, setakat antar atau ambil surat je, nak tanya lebih2 serah pada pegawai...jadi tak perlu pening2 kepala ape nak klentong

kadang tu rindu gak kat opis lama, keje tak abis2 sampai tak sempat nak bertenet...telipon berdering2 tak henti, orang datang berduyun2 nak dilayan, bos tak kering2 gusi memekak, kerani tak ilang stressssssssssssssssssssss

tapi semua tu satu pengalaman yang sangat2 berharga, yang mungkin takde kat tempat lain...jadi kerani ptd par pro gro dimarahi dimaki hamuni dimalui semua tu telah aku lalui

orang selalu cakap keje kerajaan ni senang...boleh lepak2 minta kuar pegi bank baya bil dan macam2 lagi. tapi semua tu ikut opis mane ko dapat lah. kalau ko dapat cam opis aku sekarang memang yesss (sape2 nak apply keje kat opis aku leh lah hantar seguni taik nyamuk ngan selaut darah sendiri) tapi kalau boss yang streeeeeet mau streeeeeeees dibuatnya

jadi kesimpulanya ingatlah KERANI TETAP KERANI....

p/s; baru setahun rasa cam dah 10 tahun jekk

02 November 2010

DEMAM

Dah seminggu aku rasa tak sedap badan, batuk plus sejuk2 seluruh badan. rasanya dah lama aku tak kena batuk bertahun2 ni. last aku rasa sebelum kawen maknanya hampir 2 tahun lahh.

dulu kecik2 kalau batuk tak elok2 bapak aku terus bawak gi urut. bab2 ngurut ni aku takut bukan ape geli siot. blah belakang ok lagi tapi bile time urut dada tu kompom2 aku tergelak2 tak henti sampai kena marah2lah baru aku tahan skit2....

nak kata aku tak gi klinik...pegi dahh. dulu ade gak bape2 kali doktor x-ray dada kepala otak semua tapi semunya ok jer takde tanda2 penyakit lain. rimas aku kalau orang tanya tak pegi klinik ke amik ubat, tak cube ke ubat itu ubat ini, madu sabun mandi segalanya...

tapi aku tau diorang tu semua sayang kat aku, amik berat risau kalau2 aku jatuh sakit terlentang kat katil sepital. nanti diorang gak susah kena datang melawat bawak buah tangan...

kali ni aku batuk2 sampai tak kuar suara dah. dah sekarang ni aku dok diam ngadap komputer je kat opis. takdelah bertekak ngan budak2 opis aku ni sampai kan diaorang tertanya2 hehehe...aku tau korang sunyi ekk aku dok senyap je hehe

dua minggu dah aku rasa malas nak wat keje. buat pun mane penting jekk urgent. yang leh tangguh tunggu last minit nanti aku buat. melambak2 dah keje atas meja aku ni tak setel...heh apelah nak jadi ngan diriku

ADY WAKE UP!!!! JANGAN SAMPAI SETAN MENGUASAI DIRIMU...

p/s: tak kan lah aku jadi camni pasal berjauhan dengan si dia...issssh bahaya ni KATAKAN TAKNAK PADA ROKOK

01 November 2010

TT EDISI STIKER


Sabtu lepas 30 oktober 2010 sekali lagi putrajaya telah dipilih sebagai lokasi 'TEH TARIK SESSION' PPEOC edisi tampal stiker. sebanyak 15 biji persona elegance telah berkumpul dengan satu harapan dan satu semangat maka terciptalah satu malaysia (ceh wahhh)

kalau dah ramai tu kompom2 lah banyak perkara2 yang dibualkan dan sekali sekala kedengaran jugak gelak tawa dan sesi kena mengena. TT session kali ini agak istimewa kerana slot yang dinanti2kan iaitu tampal stiker cermin depan ppeoc. ha sape2 yang sudah tempah dah bayar sahaja akan dilayan


selepas tampal menampal kami semua berkonvoi meninggalkan jambatan putra menuju ke taman di presint 18 untuk sesi bergambar untuk diupload ke facebook ppeoc bikin panas pada sape2 yang tak datang...selepas sesi bergambar konvoi sekali lagi ke masjid putra bagi menunaikan solat fardu magrib sebelum bergegas ke mamak presint 15.

sampai2 je kedai mamak sesi borak2, kena mengena dimulakan semula disamping sesi perkenalan member2 baru. dalam kul 9 malam aku pun bergegas balik...kalau nak ikutkan diorang ni sampai ke subuh tak balik2

p/s: harap TT yang akan datang ni bertambah ramailah yang datang...