MyRAKAN

15 Jun 2015

SUKAN CENDEKIAWAN

Salam bahgia,
Pada 30 Mei 2015 bersamaan hari sabtu yang lepas, sempat jugak join hari sukan cendekiawan, tadika zaqwan anak aku yang sulung. Ia berlansung di padang bersebelah tadika tu kat presint 9 putrajaya. Semua cawangan dia termasuk presint 18 dan taman exora telah berkumpul di sini. bermula dalam jam 8.30 pagi hingga 12 tengahari lah kot. Aku tak dapat join sampai habis sebab sibuk nak balik melaka hari tu jugak.

Tahun ni agak kurang menyengat skitlah..tak macam tahun-tahun yang lepas tapi tetap memberi makna kepada budak-budak ni. Dan hadiah kali ini semua sama je..tak kiralah ko dapat nombor berapa..yerlah budak-budak kan..nanti gaduh pulak..ini pun aku tengok masing-masing dok pilih sendiri nak beg macam mana
Berbagai acara diadakan dengan acara perbarisan sebagai pembukaan. kebanyakan acara bertemakan lari berhalangan dan acara mengikut tempat belajar dan tahun. macam-macam telatah lah tengok masa tu termasuklah telatah anak kita sendiri. Ibubapa pulak tak putus-putus memberi sorakan apabila anak mereka beraksi.
Ni salah satu acara untuk kanak-kanak 6 tahun presint 9..mula-mula kena merangkak macam askar pastu lompat satu kaki, susun selipar dan akhir sekali baling botol dengan kelapa. kalau nak tengok video boleh tengok kat FB saya(KLIK).

Last sebelum balik meh layan beberapa gambar Zaheera plak hehe
Dan jugak beberapa gambar zaqwan
Lepas habis semua acara untuk kanak-kanak, sebenarnya ada jugak acara untuk ibubapa dan cikgu-cikgu...tapi tak dapat nak tengok sebab bergegas nak balik melaka. Kalau nak sekodeng banyak lagi gambar, boleh sekodeng kat album SUKAN CENDEKIAWAN di FB saya...tapi kena add friend dulu kot hehehe...peace

08 Jun 2015

STREET KING COMPETITION

Salam bahgia,
Ganas kan tajuk entry kali ni wahahaha...sebenarnya tu salah satu slot aktiviti untuk kelab kereta dan motosikal sempena Karnival Syok Fiesta di Stadium Shah Alam. Karnival berlansung selama tiga dengan berbagai aktiviti dan jualan yang sesuai sebagai salah satu riadah bersama ahli keluarga.

Sabtu lepas, 6 Jun 2015...aku berkesempatan jugak join untuk mewakili PPEOC dalam Autoshow dan Perhimpunan Kelab Kereta yang berlansung pada hari berkenaan. Berbagai aktiviti dirancang bagi memeriahkan lagi karnival tersebut. Antaranya autoshow (memang tak sah lah kalau takde acara ini), sukaneka untuk ahli-ahli kelab yang hadir, jualan t-shirt event, penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada semua yang hadir.

Seawal jam 8 pagi lagi aku dah bergegas keluar rumah untuk ke meetpoint yang kelab tentukan iaitu Dataran Bawah Shah Alam. Ikutkan kumpul 8 pagi...tapi 8 pagi baru nak kuar tumah, memang harulah kan hehehe. Sampai-sampai situ kelihatan adalah beberapa ahli yang sedang menunggu dengan penuh kesabaran.

Setelah semua ada, kami pun bergerak ke Stadium Shah Alam secara berkonvoi. Takdelah panjang sangat..cuma dalam 10 biji persona je. tapi alhamdulillah dapat juga meluangkan masa support event tersebut. Sampai je di sana terus kami masuk ke parking yang telah ditetapkan dan setelah semua bersiap, kami pun jalan pusing-pusing karnival sementara menanti event bermula pada sebelah petangnya. mak bapak punya lama..tunggu dari jam 8 pagi lagi. Tapi atas dasar semangat setia kawan dan minat kami menanti sehingga kecundang hehehe

Jom layan gambar dulu
Senarai Kelab dan Penaja Event
Sorrylah kali ini tak sempat nak amik gambar autoshow. Lebih kurang jam 2.30 petang aku dah balik sebab petang tu dah janji ngan wife untuk amik barang dia kat desa vista. lagipun hari pun nak hujan.

05 Jun 2015

PRODUK VERVX

Salam Bahgia,
Sejak dari setahun yang lalu..aku telah gunakan produk verv ini untuk persona aku. Alhamdulillah memang berbaloi...walaupun ada sesetengah pihak yang mengatakan ia tidaklah setanding minyak lain...tapi bagi aku amat berpuas hati.

Sebab utama aku terus menggunakannya adalah kerana harganya yang jauh lebih murah. Dari segi kualiti..setakat ini alhamdulillah, tidak ada ape yang berlaku keatas kereta aku tu. Prestasi kenderaan juga ok lah bagi aku yang memang drive biasa-biasa je...bukan kaki lenjan walau kadang tu kasi lenjan jugak hehehe.

Saje nak share ngan korang, kalau ada yang nak try cuba test minyak ni..boleh roger aku kt irrahady@gmail.com untuk sebutharga. Setiap minyak enjin akan dapat oil filter (penapis minyak) jenama bosch secara percuma, penghantaran juga percuma untuk semenanjung malaysia.