MyRAKAN

29 Mac 2012

KENDURI KAWEN KHALIFAH

As salam semua...
Pada Ahad 25 Mac 2012 yang lalu..tahkala member-member PPEOC yang lain join TT Telu Batik, aku ngan beberapa member yang lain telah ke Majlis Perkahwinan Kha Lifah aka Syafirul di Seremban Negeri Sembilan.

Selamat Pengantin Baru kepada Kha Lifah dan isteri..semoga berbahagia sepanjang masa dan peroleh junior-junior ppeoc yang comel. Terima kasih jugak kepada ahli-ahli PPEOC yang hadir terutam krew negeri sembilan yang sudi membawa ke majlis tersebut..walaupun ade sesat skit hehe

Selesai je sesi gambar-gambar dengan pengantin, kami semua terus beransur ke iceroom senawang..pekena dessert pulak kat sana. macam biasa perkenalan ahli baru dari pedas bernama wan dan berborak berbagai topik..

Lebih kurang jam 3.30 petang semua beransur ke destinasi masing-masing...
Bergambar dengan pengantin
Antara krew yang hadir
Nak jugak tepek TT Teluk Batik TERBAEKK!
p/s;  N9 Terbaekk...semoga kita berjumpe lagi

28 Mac 2012

MISI GAGAL RM30 MELAYANG

Dah nasib..memang ditakdir terjadi macam tu, nak wat ape lagi...itu jelah ucapan yang dapat aku katakan tahkala motor aku pancit kat higway. kalau aku sorang mau aku lanyak je sampai kat kedai motor...

Dulu-dulu masa muda-muda (ceh dah tua ke aku sekarang haha) kalau motor pancit kat higway memang aku belasah je..aku bayar bulan-bulan bukan untuk di tolak atau memenatkan aku...tapi adalah supaya engkau boleh menyenang hidup aku, memudahkan aku nak ke hulu ke hilir.

Semalam dalam perjalanan nak ke serdang dengan naik motor..tiba-tiba tengah syok layan rempit tayar takde angin..mengejut. naik cuak gak masa tu memang tengah agak laju dalam 100 km/j (kira laju lah dengan moto lagenda 110cc tu hehe) nasib baik jugaklah tak jatuh kat tengah-tengah higway tu..kereta lori motor semua memang laju-laju..nak cepat sampai umah masing-masing kot..masa tu memang masa orang balik keje terutama yang keje gomeng tu...

Alhamdulillah semua selamat...call abag pomen. dia kata kejap lagi sampai..tapi tunggu punya tunggu dekat sejam baru dia sampai..memang dah berpeluh-peluh masa tu..dengan panas terik takde econ macam kat opis...last-last dia sampai lega skit walaupun masa tu tawakal je bape dia nak tekan aku.

Aku : bape bang...


AbgPomen : 35 (kalau tak silap aku dengarlah)


Aku : bape?? 35 hinggit


AbgPomen : 30 dah lah..

Aku pun kuarkan duit RM30 dan bagi kat dia..aku tak de pun mintak kurang tapi dia bagi kurang 5 inggit pun alhamdulillah.

p/s; lain kali tanya banyak kali...sekali tanya kurang 5 hinggit kalau 7 kali tanya mau free terus haha

26 Mac 2012

TT PUTRAJAYA 23MAC2012

 
Jumaat lepas, 23 Mac 2012 satu lagi tercipta lagi satu sejarah yang tidak disangka-sangka. pada mula hanya merancang satu mini tt di dataran masjid putra tetapi tanpa disangka sambutan yang amat amat menggalakkan terutama dari zon-zon lain sehinggakan kami terpaksa bertukar tempat ke jambatan di picc putrajaya. terima kasih ppeoc!!!

Malam tu jugak tanpa di duga-duga aku terserempak dengan kawan-kawan lama aku di kenarianz. mereka pun mengadakan nos di situ. tapi oleh kerana aku dan member-member ppeoc harus beredar ke tempat lain, maka tidak dapat nak berborak panjang, di tambah lagi masa tu kesesakan agak berlaku disebabkan tiada tempat nak parking kereta.

Antara gambar-gambar semasa TT itu berlangsung
Kegilaan
Pemasangan stiker depan
Makan minum di Desa pinggiran putra
Mari bang beli..tak kan tengok je

Lebih kurang jam 2.00 pagi masing-masing beredar ke destinasi masing-masing. mungkin ada yang sambung lagi ke tempat lain.

p/s; rasa teruja dan bersemangat kembali huhu...