MyRAKAN

09 November 2010

KFC

Lunch tadi aku ngan member aku gi lah KFC alamanda. tengok cam tak ramai orang lagi sebab masih awal. sampai situ lebih kurang kul 12.50 so memang awal lah kan...

patut tak ramai pasai ramai yang dok beratur lagi, nak order makanan. "lunch time dua konter je bukak" memang akan dapat maki hamun sumpah seranah percuma je ni. betul tekaan aku, dalam que panjang2 tu datang minah kat belakang aku cakap "b**i dua konter je bukak" kan aku dah cakap...

kul 12.50 aku beratur pukul 1.20 baru aku dapat makanan. nasib tak kena tunggu ape2 lagi. kalau tak....(aihh nak mencarut je ni). setengah jam ok aku beratur, hati memang panas tapi pasal kawan aku nak makan kfc aku turutkan jua...

dari pengalaman akulah, aku rasa diorang ni kekurangan staff. sebab tengok masing2 muka monyok je semacam, lepas tu orang order tak mau ingat, barrel family snack plate 20 pax...aku nak request tanpa ais pun takut. pastu ade ke patut member aku suruh tanya "nape bukak dua konter je" karang tak pasal2 aku dapat maki hamun free

akibat daripada kelaparan dan kebarisan yang lama jadi inilah hasilnya...

fehhh tak penah dalam sejarah aku rasa makan licin camni. biasa mesti coleslow ngan patato tu aku tak abis (sebenarnya aku tak suka sangat, lagi2 sayur tu)

p/s; sebenarnya ade hikmah aku kena beratur lama sampai lapar tahap gaban...

08 November 2010

JEM


Orang kata jem tu sedap, nak nak pulak jem nanas ermmmm kecut2 manis. dibuat plak tat nanas kompom jadi rebutan terutama masa raya...aku pun tak tau mane sedapnya hehehe. korang penah rasa ke?

tapi ade satu jem yang kebanyakan orang tak suka, lagi tambah tension ado...KESESAKAN LALULINTAS. kalau kat bandar2 besar macam kuala lumpur ataupun johor bahru memang biasa walaupun berbagai2 usaha telah dilaksanankan

bagi putrajaya pula kesesakan memang ade berlaku terutama waktu pergi dan balik pejabat tetapi tidaklah seserius di bandar2 besar. ini mungkin disebabkan ramai telah mampu memiliki kereta sendiri dan penyumbang kepada pertambahan bilangan kenderaan di jalanraya.

pagi tadi kesesakan luar biasa pada aku yang menyebabkan aku lewat sampai ke opis. kalau sebelum2 ini setengan jam aku boleh sampai ke opis selepas menghantar anak dan isteri aku, tapi pagi ini sejam baru sampai. aku tengok takde pun eksiden ataupun keter rosak tengah jalan.

diwaktu puncak inilah polis trafik sepatutnya memainkan peranannya walaupun ia bukan jalan penyelesaian terbaik. tetapi sekarang ini entah mengapa tiada lagi abang2 polis ditempatkan dipersimpangan2 seperti dulu2. adakah mungkin kerana komplain dari sebilangan kecil pengguna yang sering menyalahkan polis2 ini penyebab kesesakan?

semalam kat higway plus ke arah utara pun jem dari pedas sampai seremban. biasalah sempena cuti panjang orang ramai mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung termasuklah aku. sebab2nya hanyalah kerana sebuah lori membawa bajak (JCB). memang patut larangan kenderaan berat di higway diteruskan pada publik holiday.

kepada penguna jalanraya, berhati2lah semasa memandu dan rancanglah perjalanan anda dengan sebaik2nya.

p/s; aku lambat pasal jalan jem...hahaha ada gak alasan kan kan

04 November 2010

DEEPAVALI

Orang lain buat entry khas deepavali aku pun nak buat...orang lain balik kampung aku pun nak balik kampung gak...orang lain nak terjun lombang aku pun lari tak nak terjun sama sebab aku tak pandai berenang.

tapi walaupun aku tak pandai berenang, aku pandai buat2 tenang walaupun dalam hati dup dap dup boleh ke aku selamat ni...

korang penah naik banana (ke pensil ke ape2 nama entah) tu tak kat PD...tak tau minatang ape, tengok ni

aku memang mula tak nak naik, udah ler mahal takut jatuh tengah laut mau tak naya...tapi member2 aku semua dok mujuk2 akhirnya cair gak aku...ada tu siap cakap takpe aku leh berenang ape2 nanti aku selamat kan ko "ha ah yer lah tu, kalau ade jerung ke pirana ko nak selamatkan aku" tapi kawan2 punya pasal aku follow gak...

orang tu bawak sampai ke tengah laut, hati dah mula berdebar2, dah pikir macam2 pastu tiba2 time dia wat U turn dummmmmb hamik ko semua terjun tengah laut...

"tolong bang tolong"...orang yang bawak tu pulak tadi bukan main bagi garenty, kalau jatuh abg tulung. last2 bile semua jatuh pastu semua memekak, tulung tengok je bang...hampehhh

yang kata pandai berenang pun satu hal...mintak tolong kat aku yang tak pandai berenang. kawan punya hal tolonglah ape yang termampu, nak dokong kompom2 aku tenggelam sekali...tarik skit2 sampai kat banana tu...

jadi kesimpulannya jangan cakap ape2 kalau belum merasa...selamat menyambut deepavali kepada orang2 yang menyambutnya dan pada orang yang tak sambut tu jom pakat ramai2 penuhkan higway kayakan plus...

p/s; tobat aku tak naik lagi minatang tu...tolong jangan ajak aku!!!