MyRAKAN

27 Oktober 2010

NASI ARAB


Lunch tadi semua warga penilaian telah dijamu nasi arab kat cyberjaya. oklah sedap sebab free. boss belanja sebab dia naik pangkat dan bertukar opis. restoran saba cyberjaya telah terpilih dan kami semua ditempatkan di tingkat 2 kedai tersebut yang suasananya aku pun tak suka. lagi best makan kat kedai mamak

oleh kerana ramai dan masa yang suntuk maka seorang telah dihantar awal kesana untuk order makanan dengan harapan apabila kami semua sampai terus je makan. harapkan cerah hingga kepetang tapi hujan ditengahari, aku sampai dalam kul 1.00 petang hanya separuh order yang sampai...memang lembab kedai ni

ditambah lembab lagi minumam jus oren ngan jus epal sampai tahkala kami semua habis makan. "sian sape yang order" aku tumpang simpati. memang kalut lah staff situ. order on call tak mau kena order on duduk pastu kalut order tak sampai2. tu bodoh sombong namanya...


lepas kenyang makan nasi arab "kek time pulok" sempena befday salah sorang pegawai penilaian yang kebetulan jatuh hari ini. yang keberapa tanya sendiri kat orangnya sebab aku pun tak tau hehehe...beliau adalah seorang pegawai yang mesra rakyat, selalu mengambil berat kebajikan staf2 bawahan serta baik hati. semoga beliau diberi keberkatan dan dimurahkan rezeki...amin

p/s; rupanya banyak dahh kedai makan kat deret2 tu...jom lepak

26 Oktober 2010

IENOVO THINK VISION


Aku pun tak tau ape ke bendanya ni. yang aku tahu ia adalah komputer yang baru aku dapat seminggu lepas.

mungkin ade yang bercakap "ala opis aku lama dah dapat pc flat skrin ni" itu opis ko tapi bagi kami inilah yang dinanti2kan sekian lamanya. sebelum ni kami hanya dibekalkan dengan komputer putih besar kedabak tu yang entah bape kali masuk icu.

kalau dulu sebelum bertukar ke sini aku sempatlah jugak melanyak pc baru flat skrin 80 inchi. opis lama akulah tapi takdelah skrin sampai 80 inchi tapi besar lagilah dari yang ini.

kadang tu aku pun hairan sebagai salah satu agensi kerajaan yang memungut hasil kerajaan yang berbilian2 setiap tahun tapi dari segi kemudahan jauh ketinggalan dibandingkan opis2 yang memang takde hasil aku rasa, menghabiskan duit lagi ade. dimanekah silapnya??

benarlah kata pujangga "bukan senang nak puaskan hati semua orang" dapat berbunyi tak dapat lagilah. sana sini kedengaran keluhan penerima2 komputer baru...susahlah lecehlah setting tak betul lah tak boleh itu tak boleh ini dan macam2 lagi. benda baru kan ramai lagi yang tak biasa, masih janggal kekok dan jakunn.

p/s; aku kalau nak citer pasal komputer memang tak tau, tau pakai jekk

25 Oktober 2010

PPEOC DI PUTRAJAYA


Setelah sekian lama hanya berkomunikasi di alam maya (forum dan facebook) maka pada sabtu lepas buat pertama kalinya aku join ppeoc dalam TT session kali ini di dataran masjid putrajaya.

kalau dah pertama kali join kompon2 aku tak kenal depa2 semua ni. jadi untuk memudahkan diri aku yang pemalas dan pemalu ini aku gerak dari umah kul 5.30 petang. sesampai je aku di dataran kelihatan deretan keter2 persona elegance menarik perhatian aku dan ditambah lagi beberapa member berbaju ppeoc maka tidak perlulah bertanya "ppeoc ke??"

sampai2 je matikan enjin kuar keter dan berjalan ala2 model menuju kearah mereka, ceh cam bagus jekk. pas salam2 dan perkenalkan diri acara biasa semasa tt, berdiri berborak bergurau2 skit dan bertukar2 cerita.

antara topik2 yang dibualkan pasal keter, stiker, keahlian, forum, facebook dan sesekali tu terkuar gak pasal awek2 dan keter2 yang buat litas langsung kat situ. perbualan kami tidak berakhir disitu saja dan disambung pulak kat ali bistro presint 15 entah sampai ke pukul bape sebab pukul 9.30 malam tu aku bergegas balik dulu.

member2 yang hadir kali ini sepakat untuk menampal stiker cermin depan bagi membakar line member2 lain di facebook dan forum. stiker ini akan ditampal pada sesi tt yang akan datang.

orang masuk kelab ini ade berbagai2 tujuan...ade yang nak cari jodoh, modifed keter, suka berkonvoi, bergaya dengan stiker kelab dan macam2 lagi. tapi bagi aku, aku cuma nak tambah kawan2 dan bertukar2 cerita pasal2 keter kita. dan tak lengkap rasanya kalau setakat tampal stiker kat keter dan berforum tanpa kenal member kelab, member2 lalu sebelah pun tak kenal.

lupe plak member2 yang hadir qi pyan, aku best, k-rol, din, fakri, yuzrin dan irrahady. walaupun tak ramai tapi yang penting dapat mengeratkan silaturahim dan kekeluargaan dikalangan ahli.

p/s: aduhh napelah kepala otak aku ni makin bengappp