Salam semua...
korang penah makan payung tak?? kompom2 tak penah kan..kalau penah tu baik pegi sepital terus bedah kuarkan takut2 nnti kena sambar petir susah...
sebenarnya aku nak citer skitlah pasal eksiden jap tadi kat masjid...masa tu mmg ujan renyai2 ala2 gerimis mengundang gitu. adelah satu couple mamat tu ngan awek dia kot berpayung..takut demam kena ujan nanti. pastu elok aku lalu sebelah dia wat dek jek. udah le jalan situ sedikit sempit..karang tak pasal2 muka aku cacat kena payung ko nak tanggungjawab...tanggung semua pembedahan muka aku!!!
ape salah ko tinggikan skit payung tu nampak orang lalu..ini tak! awek dia dah le rendang..balak tu plak pegang payung terbongkok2 dah macam nenek tua..agak tak sakit pinggang ke bang...
pasal payung ni gak ade kisah...lama dah dulu. 6-7 tahun lepas kot. kadang2 ingat2 kisah lama ni lawak jugak. benda tu kecik saje tapi saje kitaorang besar2 kan...ahh lain kali je lah aku citer.
p/s: wahai pembawa2 payung...ingatlah sama orang2 yang lalu lalang disekitar anda
MyRAKAN
11 Mac 2011
08 Mac 2011
PONDOK PENYAYANG RAUDHAH
Pada sabtu lepas 5 mac 2011 Proton Persona Elegance Onwer Club (PPEOC) telah mengadakan satu program amal bersama anak-anak yatim pondok raudhah gombak.
banyaklah program program yang di jalankan di sana seperti gotong royong membersihkan kawasan, ramah mesra dengan penghuni raudah, makan tengahari yang telah disediakan oleh ahli2 PPEOC sendiri dan sukaneka yang dikelola oleh student KLMU.
secara keseluruhannya semua peserta yang mengambil bahagian enjoy dan berpuas hati dengan penganjuran program seumapama ini.
![]() |
| masa berkumpul di petronas tesco ampang |
![]() |
| antara sumbangan dari ahli2 ppeoc |
![]() |
| keadaan di pintu masuk |
![]() |
| signboard arah |
![]() |
| keadaan di raudah |
![]() |
| tempat anak2 raudah bermain |
![]() |
| pengasas raudah |
![]() |
| tarik tali |
![]() | |||
| penunjuk arah |
| untuk lebih banyak gambar aktiviti dan persekitaran pondok raudah boleh lah klik ke facebook saya facebook.com/irrahady. saya akan cube linkkan terus album2 member2 ppeoc yang lain. |
untuk menyumbang :
Pengasas : Ustaz Mokhtaruddin Bin Hj.Mohd Pengerusi : En.Hadip Harun 013-2266649 Hal Ehwal Pelajar : En.Wan Ramzie Wan Othman 017-3441116 Kem Motivasi : En.Bismi Mokhtaruddin 016-2469444 Alamat : Pondok Penyayang Raudhah, Batu 11, Gombak, 53100 Selangor Darul Ehsan. No.Pertubuhan : 0216-05-5 No. Tel : 03-6185 2068 No. Fax : - No. Akaun : 564221610787 (MAYBANK) PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH |
Pondok Penyayang Raudhah (PPR) ini tidak menerima sumbangan-sumbangan tetap dari mana-mana pihak kerajaan mahupun dari pihak NGO. PPR masih lagi dalam rangka untuk mencari pihak-pihak yang sudi memberikan sumbangan tetap / berperingkat. |
semoga dengan sumbangan kita semua dapat memberi sedikit kegembiraan dan sinar buat penghuni2 pondok raudah.
p/s: kredit kepada member2 ppeoc diatas gambar2 tersebut. terima kasih.
01 Mac 2011
TANPA BEG PLASTIK
"minta maaf encik hari ini adalah hari tanpa beg plastik"sebenarnya aku tak tanya pun. dah juruwang tu cakap camtu. aku pun takde masalah sebenarnya. setakat ni yang aku tau kebanyakan supermaket besar besar ngan kedai mesra petronas dah buat...
satu je kemuskilan aku "adakah kejayaan nya satu hari tanpa beg plastik manakala 6 hari lagi beg plastik melambak lambak". di manakah kejayaan nye...sama macam 1 orang berlawan dengan sekumpulan 6 orang. ikut logik sape menang...
kalau kat shoping kompleks kena bayar 20sen plak untuk dapat satu beg plastik. "kalau saya taknak beg takde plak ape ape kelebihan saya dapat". mengayakan lagi taukey tauke yang dah sedia kaya.
tapi orang sekarang bukan bodoh. dah tau sabtu takde beg plastik datang hari ahad isnin selasa rabu khamis atau jumaat. katakan tidak kepada hari sabtu. dimanakah kejayaannya kalau macam itu???
nape tak hari hari adalah hari tanpa beg plastik. bagi diskaun dalam 5-10 peratus ke kepada pelanggan pelanggan yang tak nak beg plastik atau bawak beg sendiri. barulah sedikit demi sedikit kita akan terdidik untuk membawa beg sendiri apabila membeli barang barang.
p/s; kalau taknak bagi diskaun pun pikir pikirlah "ape kami dapat tanpa beg plastik"
Langgan:
Catatan (Atom)

\







