MyRAKAN

09 Julai 2015

PPEOC TT BERBUKA PUASA

Salam 22 Ramadhan,
Alhamdulillah dah 22 hari rupanye kita berpuasa..terasa sekejap je kan. Dan tak lama lagi nak raya dah...macam mana persiapan korang hehehe

Ahad lepas bersamaan 5 Julai 2015 bersamaan jugak 18 Ramadhan 1436h, aku dan family telah berbuka puasa bersama-sama PPEOC Putrajaya Crew terutamanya. Kali ni perbadanan putrajaya telah dipilih sebagai lokasi pilihan tahun ini. kat situ memang meriah...ramai yang potluck je dari rumah dan makan di situ bersama kawan-kawan.

Bagi Putrajaya Crew, ini memang sudah menjadi aktiviti tetap sempena ramadhan. masing-masing membawa makanan sendiri dan kita makan bersama-sama bertukar-tukar menu. memang meriah sekali...kalau kat rumah kompom-kompom makanan tak meriah macam ini. walaupun banyak menu terhidang..yang pentingnya semua habis dan tidak berlaku pembaziran.

Meh layan beberapa foto pilihan yang dicekup dari lensa kawan-kawan
 Ohhh lupe nak bagitau tentang gambar atas sekali tu...gambar itu diambil dari page perbadanan putrajaya. lokasi kami berbuka adalah berhampiran pentas sebelah kanan anda. tengok betul-betul ada nampak baju warna hijau...itu adalah AKU

Tiada ulasan: