MyRAKAN

23 Disember 2014

SMD ULU BENDUL

Salam bahgia,
Sunday Morning Drive (SMD) ke Ulu Bendul pada 21 Disember 2014 berakhir dengan jayanya. Ia mungkin sebagai satu acara penutup bagi ahli di bawah putrajaya crew..kalau takde ape event lagi lepas ni hehehe maklumlah ada lebih satu minggu lagi kan nak ke tahun 2015.

Event yang dirancang pada awal bulan disember ini berkonsepkan potluck iaitu masing-masing datang dengan membawa menu juadah masing-masing dan dikumpulkan dan kita makan bersama. kalau dah mana bawak juadah sendiri kan..kompom kuantiti makanan akan melambak..ye tak...masing-masing berfikir, bawak sikit macam tak cukup je..maklumlah juadah aku lah yang paling sedap wahahaha ayat perasan...tapi itulah kenyataannya.
Ini baru sebahagian menu yang disaji..banyak lagi macam nasi lemak, nasi impit, nasi goreng, bihun goreng, laksa, spegeti, kopok lekor, karipap, roti telur, dan macam-macam lagi makanan sampingan sampai tak tau nak makan ape kan..dan yang utama BBQ
Berbagai aktiviti bagi memriahkan program ini...yerlah kalau tak mau boringkan.. tapi paling tak boleh tinggal aktiviti makan hahaha
 Disamping tu jugak aktiviti utama BBQ dan mandi manda..yang ni wajib hehe
Dan yang terakhir adalah aktiviti yang memang aku tak berkesempatan untuk join kerana terpaksa balik awal kerana anak-anak dah naik minyak wahahaha meragam lah kepenatan kot hari cuti pun dikejutkan untuk bangun awal pagi hehehe
Tak sangka kan kat sungai macam ada jugak ikan masage-masage tu...rugi tak join sama tapi rasa-rasa kaki aku ni sihat hehehe...vollyball pun aku tak dapat join huhuhuhu takpelah janji semua enjoy dan tak jemu utk join lain-lain aktiviti.
Tiba-tiba plak tertepek gambar ni kan hehehe...ini gambar sambil-sambil menunggu rakan-rakan yang lain sebelum bertolak di samping media crew test power kamera dia wahahaha...ok yang ni nanti aku cerita lain ekkk. Kalau nak tengok gambar lagi...boleh klik kat FB saya. facebook.com/irrahady

Terima Kasih pada yang sudi membaca :-)

Tiada ulasan: