MyRAKAN

18 Ogos 2013

PPEOC RAI ANAK YATIM

Seramai 70 ahli Kelab Pemilik Proton Persona Elegance Malaysia (PPEOC) membabitkan 40 kereta mengunjungi Rumah Bakti Al-Kausar, Bandar Baru Bangi, Selangor baru-baru ini.

Presidennya, Muhamad Fakri Muniri berkata, ahli kelab itu meraikan 30 anak yatim sempena program amal 'Jalinan Kasih Al-Kausar'.

"Program ini inisiatif PPEOC bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik disamping memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat. Ia juga bagi mengumpul dana bagi kegunaan Rumah Bakti Al-Kausar," katanya.

Beliau berkata, kelab itu yang memiliki 2,800 ahli turut merancang program bersama kakitangan Pusat Serenti Sungai Besi, Kuala Lumpur membuat dodol dan solat tarawih.

"Selain program kebajikan, kami mengadakan hari keluarga bagi mengukuhkan perpaduan di kalangan ahli," katanya.

Setakat ini, keahlian PPEOC menbabitkan Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), Zon Timur (Kelantan, Terengganu dan Pahang), Zon Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Putrajaya), Zon Selatan (Johor dan Melaka) serta Zon Borneo (Sabah dan Sarawak).

Layari laman web: http://www.ppeoc.my/ untuk maklumat lanjut.

SUMBER: Metro Ahad, 18 Ogos 2013

p/s; klik SINI tuk cerita penuh...

Tiada ulasan: