Rasa macam dalam mode rumah baru..jadi aku rasa nak sambung post aku semalam. kalau semalam aku ceritakan ape yang patut kita buat dan check sebelum kita pindah ke rumah baru..jadi hari ni aku nak share skit lagi berkaitan tip-tip dari segi agama..Tip-tip ni pun aku dapat dari seorang rakan dan aku huraikan sikit untuk panduan kita semua.
1. Boleh baca doa yang biasa
"Bismillahi walajnaa wa bismillahi kharajnaa wa-alallaahi rabbina tawakkalnaa"
Dengan nama Allah kami masuk rumah, dengan nama Allah kami keluar rumah, serta kepada-Nya kami berserah diri.
2. Baca Bismillah dan beri salam ketika masuk
3. Niat masuk rumah untuk berlindung/beribadah kerana Allah
4. Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal id rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.
5. Baca Surah Al-Baqarah: ayat 1 hingga habis
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al-Baqarah".
6. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran". (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
7. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam
pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah
sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7
kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7
kali.
8. Sebelum masuk ke dalam rumah bolehlah dibuat solat jemaah atau solat hajat mohon perlindungan Allah.
9. Buat kenduri kesyukuran dan menjamu fakir miskin dan anak yatim
10. Bila keluar rumah, semasa mengunci pintu bacalah "Bismillahi tawakal 'alallah" dan minta Allah melindungi harta kita.
p/s: artikel ni aku amik dari internet dan belog2 rakan-rakan yang lain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan