LOKASI: TAMAN BOTANI NEGARA, SHAH ALAM
TARIKH: 04 NOVEMBER 2012
Proton Persona Elegance Owner Club (PPEOC) Central telah berjaya menganjurkan Mega TT Central 2012 pada 4 November 2012 (Ahad) bertempat di Taman Botani Negara Shah Alam. Event terbesar ini telah berjaya mengumpulkan sebanyak 230 buah kereta yang mula berkonvoi dari Stadium Shah Alam ke Taman Botani Negara.
Kehadiran ahli dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan seluruh Selangor turut memeriahkan lagi acara ini. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan antaranya autoshow, tarik tali, super spontan, dan pertandingan mewarna.
FAKTA MEGA TT CENTRAL 2012
-238 orang yang hadir ke acara Mega TT Central 2012, 4 anggota polis dari IPD Shah Alam menganggotai konvoi.
-Negeri Sembilan merupakan crew paling ramai hadir.
-Acara tarik tali dimenangi oleh Putrajaya Crew.
-136 buah kereta terlibat dalam konvoi, tidak termasuk lebih 30 buah kereta marshal dan 40 buah kereta event crew.
-Majlis penyampaian sijil penghargaan buat crew Johor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Putrajaya.
-Acara berakhir pada jam 5.00 petang.
Layan gambar2 dari majalah...
Sumber: Majalah KERETA keluaran 156 Dis'12
p/s: dapatkan dipasaran sekarang
2 ulasan:
assalam... bro sy brminat la nak join team pe ni.. nak daftar kat mne yer? skarng sy dok nilai kota seriemas..:)
afadz, boleh je join xtvt2 yg dianjurkan...sblm tu sila join group Central PPEOC tuk info pasal event
Catat Ulasan