MyRAKAN

07 Disember 2011

PPEOC TT BALAKONG

Salam semua...

Sempena kemunculan kembali tuan timbalan presiden PPEOC yang telah sekian lama menghilangkan diri, central crew telah mengadakan satu TT khas untuk beliau pada 3 disember yang lepas. tapi bukan belanja open table ok..saje lepak-lepak, duduk berbual berborak beramah mesra dan paling utama bahan membahan Hehe. kali ini CRK tomyam balakong telah menjadi pilihan.

Macam biasalah jam 9.00 malam aku keluar umah dan terus menuju ke petronas presint 9 tu menunggu sorang member yang katanya nak gerak bersama. tunggu punya tunggu 9.10 aku sms beliau..dapat reply "aku xg la.ada hal ni.sory". aduh nape ko tak habaq awal-awal bro...Takpelah takde kawan bukan bermakna aku tak leh pegi kan..aku redah je walaupun tak tau jalan. dengan berpandukan gps yang aku set ke 'batu 11 cheras' dan signboard yang berlambak-lambak kat malaysia ni akhirnya sampai tanpa ape-ape masalah...

Sampai-sampai je tengok dah ade beberapa orang member yang sampai awal tapi tuan umahnye tak sampai lagi..tunggu kat petronas mines katanye. takpelah kami pun duduk tunggu member-member yang lain...makin malam makin ramai member-member yang datang membanjiri balakong. walaupun suasana agak bising kerana ada tempat karaoke di situ..tapi tidak mematahkan semangat kami untuk berborak dan bertukar-tukar cerita serta bergelak tawa membahan kawan-kawan.

Antara aktiviti semasa TT kali ini

sesi makan minum sambil gelak tawa
Sesi suai kenal dan pengumuman dari admin
 Lepas kekenyangan kat CRK balakong tu kami bergerak secara konvoi ke dataran putrajaya untuk sesi fotoshoot dan lepak sampai pagi hehe

 
Dan inilah mukanye orang yang dirai Hehe...


p/s: terima kasih pada yang hadir...hampir 40 biji kereta lah jugak

Tiada ulasan: