MyRAKAN

12 November 2013

LIGA FUTSAL PPEOC CENTRAL 2013

10 perlawanan dengan 6 pasukan, akhirnya liga futsal central 2013 melabuhkan tirainya pada ahad lepas di u-one klang. liga futsal ini telah dimulakan pada bulan mac 2013 dan berhenti seketika setelah tamat pusingan pertama kerana memberi laluan kepada bulan ramadhan dan syawal.

Senarai keputusan liga:

JOHAN: PUTRA KIDS (19mata 6M 1S 3K)
NAIB JOHAN: SAG (17mata 5M 2S 3K beza jaringan)
KETIGA: KLANG ROVERS (17 5M 2S 3K mata beza jaringan 5)
KEEMPAT: PETALING JAYA (16mata 5M 1S 4K)
KELIMA: AMPOC FC (10mata 3M 1S 6K)
KEENAM: SB LANUN (7mata 2M 1S 7S)

PENJARING TERBANYAK:
AWAL (PETALING JAYA) 31 GOL
NABIL (PUTRA KIDS) 28 GOL
KUPAK FILDAUS (KLANG ROVERS) 24 GOL

PEMAIN TERBAIK: NABIL (PUTRA KIDS)
PENJAGA GOL TERBAIK: JAMIL (SAG)

OWN GOAL TERBANYAK:
NORIZAD (KLANG ROVERS)
HAMIM (SB LANUN)
ACIK PADIL (PETALING JAYA)

PLAYER FAIRPLAY@COOL:
AZMAN MOHAMAD aka MANBROGA (AMPOC FC)
ADAM AMAT (KLANG ROVERS)

TEAM FAIRPLAY: KLANG ROVERS

PEMAIN PALING LUCU: FAHMI ISMAIL (AMPOC FC)

TEAM JARINGAN TERBESAR: PUTRA KIDS (63 gol)
TEAM JARINGAN TERKECIL: SB LANUN (29 gol)

TEAM BOLOS TERBESAR: AMPOC FC (61 gol)
TEAM BOLOS TERKECIL: SAG (32 gol)

BEST SUPPORTER: KAK MAS YT (PUTRA KIDS)
BEST TEAM SUPPORTER: PUTRA KIDS

GAME PENONTON PALING RAMAI: U-ONE KLANG
GAME PENONTON PALING SEDIKIT: AMPANG

TUAN RUMAH TERBAIK: PUTRA KIDS (KSL)

GAME JARINGAN TERBESAR: KLANG ROVERS 9-7 PETALING JAYA (16 gol)
GAME JARINGAN PALING SEDIKIT: SAG 3-0 SB LANUN (menang percuma, team lawan xdatang – 3gol)
GAME KEMENANGAN TERBESAR: PUTRA KIDS 13-2 AMPOC di U-ONE KLANG (GAME 5)

PENGADIL TERBAIK: NORSAM (dari SB LANUN)

PENGHARGAAN KEPADA PENGADIL TERLIBAT:
SB LANUN: NORSAM, ADIENA
AMPOC: FAHMI ISMAIL
PUTRA KIDS: PAAN FARHAN, NABIL, IJAL
SAG: IWAN, DIN
KLANG ROVERS: NORIZAD, KUPAK FILDAUS
PETALING JAYA: AWAL PUIH, ACIK PADIL

Juara: PutraKids
Penjaga gol, Penjaring terbanyak & Pemain Terbaek
Antara pengadil liga
Hadiah & Trofi
Tahniah kepada semua AJK, pemain dan penyokong-penyokong pasukan yang terlibat. tak dilupakan juga kepada penaja hadiah BETTY GLOBAL.

10 November 2013

PPEOC LIGA FUTSAL 2013

Alhamdulillah hari ini dapat jugak aku join liga futsal ppeoc walaupun sebagai penonton je hehehe...ini pun dah final hehehe tumpang gembira pada team yang menang hahaha...mane lagikan kalau bukan putrakids.

Chaiyooo Putrakids....Tahniah!!!!

Liga futsal dah berlansung dari sebelum puasa hari tu..tp terhenti kerana bulan puasa dan seterusnya sambutan hari raya...kemudian lepas tu baru sambung balik untuk pusingan kedua sampailah perlawanan kesepuluh hari ini yang diadakan di klang.

Liga futsal ini terdiri dari 6 team tak silap aku yang mewakili setiap crew ahli dikawasan central ppeoc...walaupun dalam suasana sederhana tapi meriah sekali dengan kehadiran penyokong dan penonton paling ramai katanya sejak liga futsal ini diadakan...Tahniah sekali lagi kepada ahli jawatankuasa, pemain dan penyokong-penyokong pasukan.

Tujuannya satu je, untuk eratkan silaturahim melalui sukan..bukan untuk kita bermusuh-musuh tunjuk sape hebat...yang menang tahniah diucapkan, dan yang kalah tu jangan rasa rendah diri...semua hebat-hebat belaka cuma mungkin nasib tidak menyebelahi anda. In shaa allah kita jumpa dalam siri yang lain hehehe

Satu lagi gambar bajet cute dari penyokong putrakids hehehe





ps; walaupun tak main..tapi semangat kesukanan tetap ada hehehe :)

04 November 2013

PPEOC MEGA TT SOUTHERN

Salam semua,
Pada hari minggu yang lepas, PPEOC Southern (Johor & Melaka) telah mengadakan Mega TT Southern PPEOC di gunung ledang yang berlansung selama dua hari iaitu dari 2 hingga 3 November 2013. Ia adalah salah satu acara tahunan yang dianjurkan bagi mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ahli dan memupuk semangat kerjasama serta setia kawan sebagai satu keluarga yang besar.

Alhamdulillah aku dan keluarga dapat juga join walaupun hanya hari ahad. Seronok rasanye bila dapat bersama beramai-ramai...berjumpa dengan rakan-rakan sekelab yang lama tak jumpa disamping mendapat kenalan baru walaupun hanya sebentar.

Aku sampai pagi tu memang dah agak lambat..dalam jam 10.30 pagi..memang frust jugaklah tak dapat mandi air terjun..setakat dapat celup-celup kaki je..tapi jadilah sebagai melepaskan rindu kepada puteri gunung ledang. walaupun agak lewat bergerak ke destinasi berikutnya kerana hujan, tapi alhamdulillah sampai juga akhirnya aku sampai ke marina tanjung emas buat pertama kalinya walaupun aku ni lahir di johor hehehe.

Di tanjung emas sekali lagi sesi merehatkan badan selepas lebih kurang 2 jam berkonvoi dan seterusnya sesi ucapan penutup oleh state leader johor serta begambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan sebelum semua bersurai untuk makan tengahari dan bersurai.

Mari kita layan beberapa gambar aktivi dan gelagat peserta Mega TT yang aku amik dari rakan-rakan media crew...Terima Kasih semua, anda sememangnya trampil!
 ps; Antara event terbaekk walaupun aku tak dapat join dari mula