MyRAKAN

12 Ogos 2013

JEM!!

Salam Aidilfitri,
Kebiasaan musim perayaan atau musim cuti ni, mana-mana jalan pun jem...higway yang takde ape-ape halangan macam trafiklight pun boleh jem tahap gile.
Mungkin salah satu punca ada pemandu yang mementingkan diri sendiri dengan cara pemanduan makan angin atau bahasa yang mudah membawa terlampau perlahan.
Kalau sekarang ni pihak berkuasa hanya menitikberatkan pemandu yang menandu laju...mungkin sudah tiba masanya pihak berkuasa menitikberatkan jugak pemandu yang bawak kereta sambil lewa.
Mereka ini patut juga dipersalahkan kerana mengganggu emosi pemandu lain yang membawa kepada berlakunya kemalangan...kalau agak-agak malas bawak keta suruh je naik teksi atau bas.

ps, patut ke bawak keta 40 km/j, brek tak tentu pasal..memang rasa nak langgar je

PESAN ATOK

Salam 5 Syawal,
Semalam adalah pegi beraya ke rumah sorang atuk ni, memang dah uzur sangat tapi still boleh berjalan walaupun dengan bantuan tongkat.
Satu yang sering dipesannya kepada kedua orang tua aku ialah selalu-selalulah bawa anak-anak datang melawat sedara, kalau tak nanti anak-anak tak kenal sedara mara dah...tapi tu biasalah kan, semua orang akan berkata begitu sebab budaya sekarang kita beraya di depan tv, pusat membeli belah, pusat bowling, wayang dan sebagainya.
Tapi akulah kan, kalau sedara setakat macam adik beradik mak ayah dengan anak-anak dia, in shaa allah kenal...kalau yang sedara mara jauh lagi-lagi yang duduk jauh, jumpa pun setahun sekali memang harapkan mak ayah je lah...silap-silap dia pun tak kenal kita, dah kena sebut nama semua sampai tujuh keturunan baru dia ingat...tu pun ooooo.
Kadang-kadang situasi remeh macam ini lah yang menyebabkan anak muda sekarang lebih suka hadap TV, main bowling dan sebagainya.
ps, aku pun tak tau motif gambar zaqwan ni hehe

11 Ogos 2013

TAYAR

Salam 4 Syawal,
Ape motif tayar ngan raya ni? Ape plak takde kaitan...yerlah raya-raya ni kan, kita mesti banyak berjalan..ronda-ronda satu malaysia menziarahi sedara mara.
Oleh itu pastikan tayar kenderaan anda dalam keadaan baik..aku just mengingatkan sahaja.
Bukan ape hari itu aku nyaris-nyaris kemalangan...yerlah kan, aku dah brek abis...mungkin sebab keadaan jalan yang basah lepas hujan. Aku pun hairan tayar silverstone pun tak cengkam..syukur alhamdulillah takde ape-ape, kalau tak kopaklah time-time raya ni.
ps; raya tahun ni meriah dengan mercun, penjualan pun macam dah takde penguatkuasaan