MyRAKAN

09 Ogos 2013

MENU RAYA 2013

Salam 2 Syawal,
Hari ni macam tahun-tahun lepas juga adalah masa untuk beraya di rumah saudara mara di daerah batu pahat. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Kalau biasa hari raya kita disajikan dengan kuih-kuih tradisional mahupun moden, tetapi tahun ni ada jugak yang sajikan tetamu dengan durian dan buah salak. Kalau pulut periuk kera tu memang tak asing lagi bagi aku, tapi mungkin ada yang belum pernah rasa atau melihatnya.

ps; aku ni bukanlah kategori "hantu durian" tapi cukup sekadar rasa 3,4,5,6,7,8,9,10,11,12,13,14,15,16,17,18,19,20 ulas tu boleh lah

07 Ogos 2013

SALAM AIDILFITRI 2013

Salam 29 Ramadhan,
Kompom ke ari ni last puasa kita tahun ni..bukan petang ni baru nak gi tengok anak bulan..tapi kalau ikut kalendar macam tu lah kan hehehe

Zaman sekarang ni memang takde suprise dah pengumuman raya mahupun awal ramadhan..semua dah pakai pakar rujuk...kalendar. Ikutkan jarang sekali kalendar malaysia ni silap menetapkan tarikh 1 ramadhan dan 1 syawal ni..memang kompom-kompom betul lah kan..

Tapi walauapapun dikesempatan ini aku ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN
JIKA ADA BERLAKU KESILAPAN DALAM TUTUR KATA, KELAKUAN DAN SEBAGAINYA.

SEMOGA RAYA TAHUN KITA KITA SAMBUT DENGAN KECERIAAN

p/s; sebelum-sebelum ni ada cuba post guna handpone tapi tak boleh post..ape masalah agaknye ekkk

01 Ogos 2013

BLOGGER ANDROIT

Salam 23 Ramadhan,
Musim perayaan bakal tiba...masa tu mesti kita busy beraya atau melayan tetamu dan sedara mara yang datang ke rumah kita..jadi kompom-kompom dah takde masa nak mengadap laptop.

Jadi kat sini aku download blogger androit dekat handpone untuk memudahkan saya update blog..tu pun kalau sempat hehe...

Kalau kawan-kawan nak upload jugak, search je kat market handpone masing-masing.

ps: gambar hanyalah hiasan..takde kena mengena ngan post hehe