MyRAKAN

14 Januari 2011

PPEOC DI AKBAR

Assalamualaikum dan salam 1 persona dan salam 1 malaysia
dan salam macam2 lagilah...lama dah rasanya aku stop update belog ni. bukan ape memang takde ape2 haha...

tentu korang ingat lagi entry pasal mega tt persona 1 januari lepas. hari ini dah masuk surat khabar. aku rasa memang gempak serhhh ppeoc selaku kelab baru berupaya mengajurkan aktiviti sebesar ini. memang tak dinafikan semangat dan auranya masih lagi terasa sehingga hari ini. dapat berjumpa kawan2 dari seluruh pelusuk negeri termasuk sarawak.

Berita Harian 14 Januari 2011


Sinar Harian 13 Januari 2011

p/s: belilah barangan buatan malaysia...

10 Januari 2011

TOLONG INGATKAN AKU

TOLONG INGATKAN AKU
ANA RAFFALI
JUARA LAGU AJL25

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

p/s: semua dia bolot...komposer penulis lirik penyanyi semua ana raffali

TAHNIAH

Malam tadi terjawablah sudah "siapakah juara lagu ke-25" memang banyak sekali kejutan yang berlaku, dari persembahan artis2 hinggalah keputusan anugerah juara lagu ke 25 ini.

walau apepun tahniah kepada ana raffali menerusi lagu tolong ingatkan aku. kemenangan yang memang tak disangka oleh kebanyakan peminat dan aku jugak.

keputusan ajl 25 malam tadi

Juara Lagu : Tolong Ingatkan Aku, Ana Raffali
Naib Juara : Drama King, Meet Uncle Hussain & Black
Tempat ketiga : Noktah Cinta, Hafiz
Persembahan terbaik : Hanyut, Faizal Tahir
Vokal terbaik : Noktah Cinta, Hafiz

tahniah juga kepada dato' lee chong wei kerana menjuarai super series di taiwan. beliau yang berjaya menundukkan pihak lawan dari denmark, peter gade dalam kejohanan final super series dengan membawa hadiah kemenangan berjumlah AS$40000.

tahniah dan terima kasih dato', malaysia boleh...

p/s; ade gak terdengar "bola menang dapat cuti, badminton takde ke"