Baru-baru ni aku terima satu surat...kalau orang melayu cakap surat cinta. mane tidaknye memang bercintalah nak kena bayar. mula tu aku ingat surat syarikat insuran...almaklumlah bulan lima dah nak kena renew roadtax..tapi memang rasa macam tak logik plak sebab lama lagi. sekali bukak...nah hamik ko!
Saman pertama sona-ku...kesalahan pandu laju 83 km/j dengan had laju kat situ 60 km/j. tapi kalau dah bersalah tu tetap salah...jadi terimalah akibatnya...
Agak rasa terkilan jugak kan..kenapalah dia buat speedtrap kat tempat yang had laju cuma 60 km/j..padahal jalanraya sekarang dah lebar selebar lebarnya...cubalah buat speedtrap kat tempat yang had laju 110 km/j ke..memang patutlah kena saman yang bawak lebih dari tu.
Memang rasa ralat sangat...nampak macam tak berbaloi kena saman dengan had laju macam tu...sebab tu lah kemalangan maut kian menjadi-jadi kerana semua berpendapat alang-alang kena saman biar sampai mati...mati bersama-sama orang lain...puas hati!!!!
Korang setuju tak dengan pendapat aku tu...bukan nak marah anggota polis buat kerja..tapi rasanya biarlah lebih timbangrasa..dulu aku dengar kawan-kawan kena, dengar kawan-kawan mengeluh, dengar kawan-kawan gelakkan kawan-kawan wahahaha...tapi masa tu aku tak kena lagi, malaslah nak kata apa-apa.
p/s: AES pun sama...pasanglah kat tempat yang had laju lebih dari 100 km/j...Jom bayor saman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan