MyRAKAN

15 Mei 2012

PPEOC TT AYOYOO RAWANG

TT atau perjumpaan bagi central ppeoc kembali menggile dan pada kali ini ppeoc telah ke batang kali bagi menjayakan TT Ayoyoo Rawang anjuran crew-crew rawang. Dengan kehadiran hampir 100 orang yang terdiri dari ahli dan keluarga serta rakan-rakan yang lain membanjiri sungai pinang batang kali.

Aku bermula dengan meetpoint pertama di hentian serdang ke kuala lumpur bagi menunggu crew-crew dari putrajaya, bangi, kajang dan dengkil seawal jam 7.30 pagi. selepas semua crew hadir kami bergerak secara konvoi ke shell jalan duta bagi menjemput ahli dari cheras dan kuala lumpur yang hendak gerak bersama. Dan seterusnye ke RnR Rawang menanti konvoi dari Shah Alam sebelum ke meetpoint terakhir di plaza tol bukit beruntung.

Dari tol bukit beruntung konvoi di ketuai dan di handle oleh marshall-marshall yang dipilih. alhamdulillah walaupun mengambil masa selama sejam tuk sampai ke destinasi tapi aku rasa sungguh teruja atas kerjasama dan semangat dari ahli konvoi terutama marshall-marshall yang dipilih. TAHNIAH!

Konvoi PPEOC dari Tol Bukit Beruntung

Pendaftaran Ahli

Aktiviti : Super Spontan dan Tresure Hunt
 
Makan-makan dan Cabutan Bertuah serta Mandi manda
 
Antara asam garam ahli di TT Ayoyoo

Rasa puas dengan event kali ini walaupun satu hari perjalanan..mana tidaknye keluar umah kul 7 pagi sampai umah balik kul 7 malam...satu perjalanan yang jauh...

p/s; walaupun keletihan, sengal-sengal tapi aku tetap puas dan puas dan puas...berbaloi-baloi (13 Mei 2012)

Tiada ulasan: