MyRAKAN

02 Disember 2013

SELAMAT HARI LAHIR ZAQWAN

Salam Monday,
Hehehe campur mat saleh aku hari ni...hari ni agak istimewa sebenarnya...2 Disember 2009. Empat tahun dah berlalu...rasa macam sekejap je...kalau dah besar tu, biasalah macam-macam permintaan dia..sampai boleh mintak nak sambut befday ngan kawan-kawan..kek pulak nak kek ultraman...mula tu agak pening jugak nak tunaikan permintaan dia...tapi sikit-sikit, slow-slow kita minta tolong kat pakcik gooogle.

Alhamdulillah...pagi tadi terlepas semuanye setelah lebih satu bulan buat persiapan. dah macam nak sambut menantu haha...Layan dulu serba sedikit apa zaqwan dapat tahun ini
Kek Ultraman
Sambutan bersama kawan-kawan di taska
Antara koleksi ultraman zaqwan
 Walauapapun;
SELAMAT HARI LAHIR 
ZAQWAN
SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEH

29 November 2013

MARI MEWARNA

Salam Jumaat...Penghulu segala hari,
Hari rest skitlah ekk, cerita pasal mengala plak...dulu aku kecik-kecik memang takde pulang sangan nak mengala-ngala ni..kecuali bila dah masuk tadika 6 tahun...sebelum-sebelum tu jangan haraplah nak dapat pensel kale ngan gambar nak di kale hehehe

Dulu masa sekolah pensel kale luna ni memang femes...kat sekolah aku lah kan, sekolah lain aku tak tau. sebab warna dia pekat, terang tang tang...tak perlu nak tekan lebih-lebih. jadi gambar yang kita kale tu macam timbul lah...macam cantekkk je...macam comel je..hehe

Baru-baru ni adalah belikan buku mewarna untuk anak aku zaqwan...tp last-last mak ayah jugak yang kena kale huhuhu...
Ini ayah yang kale
Ini Umi yang kale
Haaa yang ini baru zaqwan yang kale
 Tapi kira okey lah tu kan...cuma semua satu kale hehehe.Tapi ini bukan guna pensel kale luna maya tau...pensel warna ape entah "kampung boy" beli kat mydin

28 November 2013

ISU GST

Salam 1Malaysia,
Alhamdulillah ada juga yang bagi feedback pasal post aku semalam pasal GST.  ada jugak yang masih konfius mengenai apa itu GST. ini adalah kerana sudah ada beberapa premis atau peniaga yang menyatakan "GST" pada resit atau invois mereka. contoh seperti diatas.

Dibawah ini adalah memo pendek dari jabatan kastam mengenai perkara ini:
http://www.customs.gov.my/documents/Bahagian%20CD/Penjelasan%20Penggunaan%20GST%20Dalam%20Invois%20Dan%20Resit.pdf

Boleh klik DISINI atau gambar diatas untuk paparan dari jabatan kastam.

Pandangan akulah kan....ni cuma pandangan aku je hehehe...GST yang dimaksudkan kat resit tu mungkin membawa makna "Govement Services Tax" jadi kat resit tu korang dah kena double tax lah kan. sbb kat resit tu tercatat "6% GST TAX  4.08" maknanya "6% Goverment Services Tax Tax  4.08". Haaha..tak taulah kalau ada maksud lain ataupun diorg dah standby untuk GST (Goods & Services Tax) yang bakal dikuatkuasakan kelak.

Kalau mengikut pengumuman yang dibuat oleh jabatan kastam yang bertarikh 3 Julai 2013 tu dan dalam pembentangan bajet 2014 yang lalu, memang sahihlah GST yang dimaksudkan oleh resit bertarikh 30 Ogos 2013 itu bukan GST yang bakal dikuatkuasakan oleh kerajaan malaysia.

Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan ke talian telefon 1300-888-500 atau 03-88822111 atau email: gst@customs.gov.my