MyRAKAN

08 Jun 2015

STREET KING COMPETITION

Salam bahgia,
Ganas kan tajuk entry kali ni wahahaha...sebenarnya tu salah satu slot aktiviti untuk kelab kereta dan motosikal sempena Karnival Syok Fiesta di Stadium Shah Alam. Karnival berlansung selama tiga dengan berbagai aktiviti dan jualan yang sesuai sebagai salah satu riadah bersama ahli keluarga.

Sabtu lepas, 6 Jun 2015...aku berkesempatan jugak join untuk mewakili PPEOC dalam Autoshow dan Perhimpunan Kelab Kereta yang berlansung pada hari berkenaan. Berbagai aktiviti dirancang bagi memeriahkan lagi karnival tersebut. Antaranya autoshow (memang tak sah lah kalau takde acara ini), sukaneka untuk ahli-ahli kelab yang hadir, jualan t-shirt event, penyampaian hadiah dan sijil penyertaan kepada semua yang hadir.

Seawal jam 8 pagi lagi aku dah bergegas keluar rumah untuk ke meetpoint yang kelab tentukan iaitu Dataran Bawah Shah Alam. Ikutkan kumpul 8 pagi...tapi 8 pagi baru nak kuar tumah, memang harulah kan hehehe. Sampai-sampai situ kelihatan adalah beberapa ahli yang sedang menunggu dengan penuh kesabaran.

Setelah semua ada, kami pun bergerak ke Stadium Shah Alam secara berkonvoi. Takdelah panjang sangat..cuma dalam 10 biji persona je. tapi alhamdulillah dapat juga meluangkan masa support event tersebut. Sampai je di sana terus kami masuk ke parking yang telah ditetapkan dan setelah semua bersiap, kami pun jalan pusing-pusing karnival sementara menanti event bermula pada sebelah petangnya. mak bapak punya lama..tunggu dari jam 8 pagi lagi. Tapi atas dasar semangat setia kawan dan minat kami menanti sehingga kecundang hehehe

Jom layan gambar dulu
Senarai Kelab dan Penaja Event
Sorrylah kali ini tak sempat nak amik gambar autoshow. Lebih kurang jam 2.30 petang aku dah balik sebab petang tu dah janji ngan wife untuk amik barang dia kat desa vista. lagipun hari pun nak hujan.

Tiada ulasan: