Dah lama berlalu..tapi nak share jugak sambil-sambil wat rekod tuk diri sendiri hehe. Pada 9 Mei lepas bersamaan hari sabtu, saya sempat jugaklah join event Putrajaya Autoshow Convoy & Gathering Car Club (PACG V8.5) anjuran Perbadanan Putrajaya dan KW Motorsport.
Menurut penganjur, event ini hanya dilakukan secara kecil-kecilan je dan lebih kepada autoshow...event terbesar akan dibuat dalam bulan september nanti. Walau bagaimanapun ia tetap meriah. Antara program lain yang dianjurkan adalah wawancara bersama jpj seperti sesi penerangan, soaljawab dan pendaftaran skuad muda jpj. aku pun tak lepas peluang mendaftarkan diri.
Kali ini hanya lebih kurang 20 biji kenderaan dapat dikumpulkan dari ppeoc. Tapi ia tidaklah mematahkan semangat kami demi untuk menaikkan nama PPEOC. LEbih kurang jam 10 pagi kami berkumpul di meetpoint yang ditetapkan iaitu Jambatan PICC. Sambil menunggu bolehlah agih-agihkan tshirt dan stiker bagi yang membeli dan ada yang terus memakainya...memang bersemangatlah kalau macam tu.
Lebih kurang jam 5.00 petang kami semua bersurai dengan program masing-masing. ada yang sambung lepak kat bangi, shah alam dan macam aku balik rumah terus hehehe.
Mari layan serba sedikit gambar yang sempat diambil
PPEOC dapat PArking di KOTAK A |
ANTARA YANG JOIN |
SEMASA DI MEETPOINT |
STIKER EVENT |
AKU |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan