MyRAKAN

28 April 2011

KERJA AKU

Salam semua...
lama dah rasanya aku tak update belog ini. akibat dari kebizian yang melampau lampau. dengan kerja hakiki aku ditambah lagi kerja kerja tambahan tambah lagi kerja-kerja luar hehe...

korang nak tau ape aku buat....haa amik ko

tu dia gunting menggunting adalah kerja aku. kusyuk kan...ni adalah persiapan untuk majlis perhimpunan setia dan mesra semalam. kalut malut tu memang biasalah. masing masing nak buat yang terbaik sampai terbalik balik. macam nak gaduh pun ade jugak cuma nasib tak sampai tahap tarik tarik rambut.

memanglah kebiasaan mana mana majlis pun lagi lagi yang protokol lah sangat tu, belakang tabirnya mesti ada suka duka tension mension. tapi motif semua nak yang terbaik. dapat pujian dari semua pihak terutama orang atasan kita. kalau tak elok kelak akan jadi bualan dari orang atasan sampailah ke orang bawahan, tukang sapu tukang cuci semua gelak kan kita.

"akhir kata, apa yang baik tu datang dari Allah SWT. apa yang tidak baik atau tidak elok tu dari kelemahan dan keaipan saya"...kalau dulu dulu adalah dengan diakhir ucapan tu macam ni. tapi sekarang lama dah tak kedengaran atau ustad ustad kampung je kot yang cakap camtu...

p/s; best jugak kan kerja gunting menggunting ni...korang bile lagi

22 April 2011

KEKALUTAN

Minggu ni tak taulah ape jadi dengan aku. kalut semacam. macamlah aku ni banyak bebeno keje. dah mengalahkan PM. buat buat kerja lebih kurang tengok tengok dah pukul 12 tengahari...kuar lunch, perut krak krukk minta diisi. masuk keje keje keje kejap je dah pukul 5 petang...time to go back.

nak terjah belog member member jauh sekali nak update belog aku ni haa. story tu ada nak kongsi dengan kawan kawan semua tapi idea nak mengarang tu takde...blurrrrr. tapi facebook ngan email aku still buka tuk terus berhubung dengan kawan kawan.

semua ni terjadi apabila aku bercuti dua hari minggu lepas. isnin ngan selasa...pastu masuk masuk opis rabu tu ada meeting plak ngan timbalan. udah ler teman ni tinggalkan keroje dua hari, time time. berlarutanlah sampai jumaat aku kena pegi KL pulak. memang tertangguh keje aku minggu tu. sempat buat mane yang penting penting jelah.

ingatkan isnin nak sambunglah mane mane yang tak setel tu. tup tup terpaksa cuti pulak sebab zaqwan deman panas. tertangguh lagi. kalau dah tertangguh tangguh tu bertimbun timbunlah kerja.

memanglah aku tak banyak kerja, tapi tu sebab hari hari aku buat...skit skit so bila sampai masa takdelah banyak benda kena buat. jadi sempatlah aku nak berbelogging, berfacebook, berchating atau berforum...

p/s; walaupun tak banyak tapi sekali tertangguh tangguh...hah hambikk kau!

20 April 2011

DISKRIMINASI

Semalam datanglah beberapa orang ke tempat aku. biasalah tempat aku ni dah macam konter pertanyaan. padahal dia datang pun dari arah kaunter..ceh..situ pun dah nampak kesombongannya. berhenti kat tempat aku pun pasal terpaksa sebab dah sesat terpinga pinga. BODOH SOMBONG...dah bodoh sombong plak tu.

orang sombong (OS) : dato' H ade?

aku : tempat dia blah sana. tak pasti plak saya ada ke tidak.
tempat dato' H tu nun memang jauh banget dengan tempat aku.

os : ermmm...sini penilaian? pengarah sape???
tengok tu...penilaian tu cawangan. bos besaunya cuma TIMBALAN PENGARAH

aku : tuan J. tapi dia takde outstasen...

os : sape lagi pegawai ade?

aku : peganti dia tuan M lah. encik nak jumpe dia ke

os : sape tu? tak kenal....

nak jugak jumpe orang yang dia kenal. kalau camtu apsal tak call dulu sebelum datang. MANGKUK HANYUN betul..malas aku nak layan. nasib ade cc sebelah aku ni, dia yang sambung layan. aku plak sambung layan belog.

p/s; OS tu adalah orang opis ni jugak cuma dari stesen mane2 entah...BERLAGAK

19 April 2011

CUTI MINGGU

Cuti sabtu ahad isnin lepas memang aku takde kemana mana. sebabnya budak kecik tu demam. suhu badan panas sampai ke 39 darjah celcius. memang kesianlah tengok dia. nak main pun macam tak bermaya...

semalam pegi klinik doktor check suhu masih tetap 39 darjah. memang panas sangat. doktor pun naik terkejut, sebab risau dia terkena sawan sebab panas sangat. "ya allah harap dijauhkanlah dan berilah kesihatan kepada anakku itu.....amin".

oleh kerana panas tak surut jugak, semalam aku cuti untuk menjaga dia. duduk rumah je pun. mandikan dia. bagi makan minum. teman dia main. kalau penat tidorkan dia. pastu jangan lupa bagi makan ubat.

bab bab bagi makan ubat ni aku berat skit. sebabnya aku ni elegik ubat. selalunya umi dia yang urus bab bab ubat ni. dia pun sama. mane idak tumpah kuah kalau tak ke nasi...

budak demam yang keletihan

muka budak demam

p/s; ade sape sape tau petua nak kurangkan demam panas ni...

15 April 2011

DURIAN RUNTUH

Gedebak gedebuk...bunyi durian runtuh.

tengah tengah dengar khutbah kat masjid, tiba tiba tipon aku berbunyi "tot tot tottttt" sms masuk biarlah dulu....pas pas abis doa semua kuar masjid terus baca masej yang masuk tadi...
"TAHNIAH" Simcard Anda B'jaya Menangi Cabutan B'tuah RM30,000.00 Dari Peraduan "SHELL" M.BHD No PIN:CB2547 Sila Call Office 011bla.bla.bla..."ORIGINAL"
hahaha memang dapat durian runtuh aku hari ni. macam rrezeki jatuh dari langit. kat masjid pulak tu time khutbah jumaat. hohoho aku kaya...

entah bile aku masuk Peraduan SHELL entah. pakai minyak shell pun aku jauh sekali. tau tau je dapat hadiah 30k. perggg memang pemurah ko SHELL. bagilah kat kawan kawan aku lain yang setia pakai minyak ko tu. aku ni pakai minyak PETRONAS je pun. sebab dekat ngan rumah aku. tak kisah lah orang cakap petronas tak baguslah, tak powerlah tapi aku tetap pakai. sebab dekat ngan rumah aku. itu je

Simcard pulak...entah bile aku serah simkad aku kat depa. hatta beli top-up pun kat petronas. selain dari kedai ataupun m2u lah. memang takdelah aku pegi ke shell tu semata mata nak beli top-up.

ORIGINAL...setakat tulis original tu ko ingat boleh jadi ori ke. DVD cetak rompak pun ade yang tulis dvd original. tapi jual kat pasar malam. siap main sorok sorok lagi.

sebenarnya banyak kali dah dapat mesej camni. dari power root lah. macam macam dunia sekarang ni. tapi bukan DUNIA ADY hehe...korang pun mesti penah dapat kan. abaikan je. kalau betul dia ikhlas nak bagi dan memang kita pemenang mesti dia call balik kita. teringat iklan power root
saya menang moto

p/s: nasib baik aku tak menjerit kat masjid tadi...aku kaya! aku kaya!

SENYUM PANDANG PANDANG

Salam semua...
aku nak wat entry pun rasa cam nak gelak jugak. korang kalau nak gelak pun gelak lah dulu. gambar lisa suriani kat atas tu sekadar hiasan sahaja takde kena mengenapun dalam ini cerita. tapi ada gaklah mengharap jumpe dia pastu dia senyum senyum kat aku. aummmm!

sebenarnya macam ni...pagi tadi aku pegilah ke MOF macam biasalah. dalam jalan jalan tu ada plak sekumpulan awek senyum senyum pandang pandang arah aku (aweklah kot sebab muda lagi). mula tu watlah tak tau, pandang ke lain. karang aku senyum gak ada plak orang kat belakang...bukankah terkemaluan macam tu.

dah dekat dia senyum senyum lagi. aku pun menjadi tidak karuan. resah satu badan. dia nak ngorat aku ke..hensem sangat kot aku pakai baju kastam ni hehhe mula dah perasan...tapi tu semua ayat penyedap hati orang kata. kat awek awek tu aku wat tak tau je, biarkan ia berlalu begitu sahaja

dah lepas dari group tu aku pandang belakang tapi bukan nak tengok awek awek tu okey. tapi nak pastikan belakang aku tadi ada orang tak. KOMPOM! takde orang lain dah. diaorang semua tu senyum senyum pandang pandang kat aku. kalau bukan aku takkan kat tiang tiang yang besar tu kot...mustahil

dan dan plak aku terpikir...ada apa apa ke terjadi kat aku ni...mulalah aku check

kaki kasut stokin seluar baju semua okey

lap lap muka mata hidung mulut semua okey kot takde taik idung ke taik mata atau air liur basi

kepala rambut semua okey sambil sambil sapu sapu kepala tengok cermin gelap kat tepi tu

KOMPOM aku hensem pagi ni hehe...

p/s; bukan perasan tapi kenyataan...jadi belajar belajarlah terima kenyataan

14 April 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI


mau kasi GEGAR lagi...klik GEGAR

BERJAGA JAGA

Bapak aku ada pesan "kalau gi kenduri kawen jangan tinggal selipar sepah sepah, nanti orang pakai". dengar macam tak logik. takkanlah selipar jepun pun orang nak curi. tapi cuba dengar betul betul. bukan orang curi tapi orang pakai.

kalau bangsa yang pakai tu berbudi bahasa bertimbang rasa dan sedar diri takpe jugak. dah sudah pakai tu letak semula kat tempat asalnya. ini dia buatnya macam harta sendiri. pakai ikut suka. tinggal mana suka. akai ada ka....

tu baru selipar yang tak sampai 10 hinggit harganya. barang barang lain pun sama. beg tangan walaupun isi kosong, telepon bimbit, dompet, duit lagilah memang tak boleh letak sepah sepah walaupun dalam bilik. walaupun bilik tu sedara mara je leh access.

takkanlah aku nak buat macam ni plak...


memang nampak sangat tahap kedekutannya.

p/s; kalau kasut emas ada tak orang nak pakai...

MAHER ZAIN

Aku pun saje nak jawab balik dari sorang member aku, zaidi  ingat dia seorang je ke 'bile bangun tidor terdengar lagu mendayu dayu'. aku pun ada...

kenalkan mamat ni. lagu dialah yang selalu aku dengar tekkala pagi menyingsing. bukan aku nyanyi. bukan jugak aku pasang radio ke cd vcd dvd semua aku tak pasang. tapi sekolah belakang umah aku tu. tiap pagi dah memekak pasang lagu insya allah insya allah insya allah...entah bape kali insya allah pun aku tak tau.

entah ape motif sekolah pasang lagu tu pun aku tak tau. mungkin dalam lagu tu ada unsur unsur nasihat. aku pun tak tau pasal tak paham lirik lirik lagu tu. yang aku paham insya allah insya allah insya allah. tu je.

budak budak sekolah tu pun silap silap sama cam aku. entah bape kerat agaknya yang paham keseluruhan kata kata dalam lagu itu.

kalau sebelum sebelum sebelum ini sekolah tu selalu pagi pagi putar bacaan ayat ayat al-quran. alhamdulillah sejuk telinga aku mendengar. pagi pagi dapat gak pahala dengar ayat ayat al-quran dibacakan. mudah mudahan diberkatilah orang orang yang mendengar pagi tu.

tapi sejak dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh menjak ni, dia putar lagu mahir zain plak. aku pun tak paham...

p/s; camne kira sama tak...

13 April 2011

KAWEN LAGI

Bukan aku kawen oke..tapi sepupu aku. andrey...kat kota tinggi johor.

kenduri dia hari ahad. sabtu umah belah pompuan. aku dua dua belasah pegi. nasib sempat sampai hari sabtu tu. orang umah dia kota tinggi gak tapi bukan satu kampung tapi satu malaysia.

akad nikah jumaat petang tu. taktau plak berapa kali akad sebab aku pun tak gi dengar, tanya pun tak plak sebab pada aku tak penting sangat kot. nanti walaupun dia cakap sekali akad padahal dua tiga kali dah tambah dosa dia pasal nak cover malu. tak pelah walau seratus kali akad pun janji sekarang dah sah sebagai suami isteri.

aku bukan nak komen pasal majlis dialah, baju, mekap, pelamin tapi sekadar ucapan

SELAMAT PENGANTIN BARU
semoga bahagia sepanjang hayat dan dikurnikan zuriat yang soleh dan solehah.
amin.....


majlis bersanding belah perempuan

majlis sanding belah lelaki

gelagat peng'karaoke

antara tetamu yang datang

 
budak budak ni pun nak amik berkat pengantin hehe..

p/s; walaupun aku cuti sampai selasa tapi keletihan tetap masih terasa

07 April 2011

QUE PLIZZ



Macam ni lah keadaannya klinik putrajaya persint 9. bukak bukak je klinik, tak sempat duduk kot budak kuanter pendaftaran tu terus kena serbu. helo semua kan ade nombor, ikut que lah...

mane tak kena serbu...dah ada tertulis terang lagi nyata. klinik blah malam dibuka dari 5.00 petang hingga 9.30 malam. jam 7.30 malam hingga 8.00 malam rehat untuk makan dan sembahyang. tapi malam tadi jam 8.30 malam baru bukak. mane orang semua tak hangin. dia jugak yang buat masa tu. kalau dah tau tulis siap siap waktu rehat tu satu jam. takdelah orang tunggu lama lama. orang sakit pun kena sembahyang jugak. kena makan jugak macam kau!

kalau nak sangka baik tu boleh aje...kuar rehat lambat tadi. orang ramai sebab tu masuk lambat. tapi bukan semua orang boleh pikir macam tu. lebih lebih 2-3 orang je. jadi ko sebagai orang di kauter depan tak bolehlah macam tu. kenalah bagi tau kat semua pelanggan pelanggan ko

"mintak maap yer tuan tuan, puan puan, tadi doktor keluar rehat lambat jadi kul 8.30 baru masuk"

takkan itupun nak diajar....huh

p/s; satu lagi pasal que no. memang tak puas hati...

06 April 2011

DUIT KECIK

"bang ade duit kecik tak"

bile aku kata takde..."abang beli air dululah"

ataupun

"bang 50 sen ada" kira ayat sopan skit padahal sama maknanya dengan dialog kat atas tu.

inilah antara delima para pelanggan bila nak bayar terutama kat kedai MELAYU. tak abis abis mintak duit. ape ko ingat aku nak makan free ape...

besok lusa minggu depan tahun depan aku datang pun dialog yang sama. agak tak reti reti ke cari duit syiling. pegi tukar kat bank ke. kat ahlong ke kalau ade. money changer pun boleh kalau nak kena penyepak...

kalau ikut hati mau je aku cancel makanan tu pastu balik umah masak megi. puas hati aku. ni kita plak susah susah pikir mane nak cari duit kecik...susah susah genapkan je harga tu 2 hinggit, 5 hinggit kan senang. tak pun

bagi je MAKAN FREE kat semua pelanggan ko

berlainan kalau kat kedai mamak. harga RM1.10 kita bayar RM5 pun dia amik. jarang sekali dia mintak duit kecik ataupun seposen kat kita.

berubah lah weiiii....

p/s; tanya lagi aku tunjuk kat kredit...

I LOVE DAD

Baju ni bukan untuk dijual...tapi ini adalah baju baru zaqwan. yang aku suka pasal kat baju tu tertulis 'i love dad' hehe "love u to zaqwan". baju ni pun bukan aku yang belikan, umi dia. aku tompang amik nama je haha...

catwalk...

bergaya dgn kasut baru sekali

sekarang baju macam ni memang dah melambak lambak. macam macam perkataan kat baju tu. kalau nak yang mengarut ngarut pun ade. korang pilih je dan yang penting pulu$$$$. tapi baju camtu bukan mahal sangat pun.

p/s; nak lepaskan marah kat ayah "kita bakoor baju tu...bakoor"

05 April 2011

BATU API

"kita bakooor je...bakooor"
tau kan skrip tu datang dari mane? kat mane mane pun sekarang ni mesti ade terdengar bunyi bunyi macam tu.

tu pun salah satu bentuk batu api gak. atau kalau berlapis skit orang sekarang panggil fire stone. jangan nak cakap lah "saya tak penah jadi batu api ni, ishhh simpangkanlah dari saya".

takkan lah sekali pun ko takde meng'api apikan orang lain. membesar besarkan perkara yang kecik kecik. mesti ada kan. kadang tu takde pun niat nak membesar besarkan, just gurau gurau. tapi kadang tu ade yang tersalah anggap kegurauan kita tu.

kalaulah batu api tu jadi cam satu kerjaya, ala ala wartawan bergaji lumayan...aku pun nak apply. keje cuma memerlukan skill komunikasi, idea yang kretif dan bernas. korang nak jugak ke?

p/s; korang penah kena tak baling ngan batu berapi...

04 April 2011

PENGETUA AF9


Aku tau ramai dah tau sape pengetua af9. kat tv, akbar, fb, twitter semua dah citer pasal pengetua af ni.



Tahniah Amy Search
Pengetua Akademik Fantasia 9

diharapkan dengan pelantikan beliau terlerailah sudah spekulasi tentang pengetua af9. semoga beliau akan membimbing kesemua pelajar pelajar af9 untuk menjadi bintang yang berkelip kelip dan bersinar di arena pengartisan.

p/s; suka gimik masa nak umum SIAPA PENGETUA AF9. semua dok senyap sampailah lagu PAWANA dinyanyikan oleh Amy Search sendiri

PALING POPULAR


Akhirnya terjawab lah sudah bintang paling popular tahun 2010 ni. memang seperti dah di duka oleh aku artis artis yang menang tu. cuma ada beberapa kategori jelah yang salah hehe. macam penyanyi wanita popular, tak target pun yuna memang. tapi memang tak disangka sangka kann...tahniah yuna

macam fasha sandha, lisa surirumah, fbi, fafau dah lain lain lagi memang dah aku target menang. ceh macamlah aku hantar undian hehe...kalau aku hantar kompom kompom grand livina tu aku yang punya haha...

senarai keputusan abpbh 2010

Artis Berkumpulan/Duo Popular: 6TH SEN

Pelakon TV Wanita Popular: FASHA SANDHA

Penyampai Radio Lelaki Popular: FBI

Artis Komedi Wanita Popular: NOORKHAIRIAH

Artis Nasyid Popular: RABBANI

Pengacara TV Lelaki Popular: PAK NIL

Artis Baru Lelaki Popular: SHAHIR

Penyampai Radio Wanita Popular: FAFAU

 Pelakon TV Lelaki Popular: REMY ISHAK

 Pengacara TV Wanita Popular: FAFAU lagi...

 Artis Komedi Lelaki Popular: ZIZAN
 
Penyanyi Lelaki Popular: FAIZAL TAHIR

Pelakon Filem Wanita Popular: LISA SURIANI

Artis Baru Wanita Popular: ANA RAFFALI

Pelakon Filem Lelaki Popular: SHAHEIZY SAM

Penyanyi Wanita Popular: YUNA

bintang paling popular abpbh 2010: SHAMEIZY SAM
  
tahniah!!

p/s: walau apapun persembahan SITI tetap the BEST..

01 April 2011

I'M ON TWITTER

aku sekarang dah ada akaun 
jadi sapa sapa ada twitter tu boleh lah add aku
sama ada klik kat perkataan twitter tu atau search aku
irrahady
 

p/s: mari mari kita ber tweet hehe