MyRAKAN

25 September 2014

PPEOC TT MINGGUAN PUTRAJAYA

Salam bahgia,
Malam tadi...24 September 2014 berlansung sudah TT Mingguan PPEOC bagi kawasan Putrajaya yang kebiasaannya diadakan setiap dua minggu...ini adalah bertujuan untuk memberi ruang kepada aktiviti lain seperti sukan dan rekreasi...

Aktiviti semasa TT seperti biasa...berdiri sampai bengkak, borak-borak sama ada kosong takde apa-apa atau tentang kereta dan lain-lain isu. Disamping aktiviti lain seperti pendaftaran ahli baru, pembaharuan keahlian dan sesi tampal stiker.
Selepas semua selesai...boleh dikatakan jugak sebagai acara penutup iaitu sesi isi perut dan Darussalam Presint 16 menjadi pilihan kali ini. Sesampai di sana secara konvoi...duduk, order makanan dan minuman dan sambung balik borak-borak berbagai isu termasuk bahan membahan sebagai pemecah kesunyian hehehe
Terima Kasih kepada semua yang hadir...dan minta maaf banyak-banyak atas kelewatan aku sampai ke destinasi...kalau bagi alasan rumah jauh boleh ke hahahaha

Jumpa lagi kita untuk NEXT TT....

Tiada ulasan: