MyRAKAN

22 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PPEOC-WANIJA

Alhamdulillah..pada 18 Ogos yang lalu sekali lagi PPEOC menerima jemputan dari pihak Wanija Group untuk majlis berbuka puasa. kali ini sambutan yang agak menggalakan dari member-member ppeoc terutama di central amat-amat menggalakan. tetapi kekangan penghadkan penyertaan dari pihak penganjur menyebabkan sape cepat dia dapat.

Diberitahu seawal jam 6 petang lagi ada antara ahli yang telah samapi di plaza tol senawang tempat kami berkumpul dan berjumpa sebelum bergerak secara konvoi ke wisma wanija. kira-kira jam 5.30 petang lagi aku bersama kawan-kawan dari area putrajaya dan puchong berkumpul di petronas putrajaya untuk bergerak bersama-sama. laluan sedikit jem di jalan berhampiran hospital serdang hingga ke susur keluar ke tol kajang. memandangkan ramai yang terpusu-pusu balik ke rumah untuk berbuka.

Antara aktiviti-aktiviti semasa majlis itu adalah berbuka puasa beramai-ramai, tazkirah pendek, solat taraweh dan penyampaian sumbangan kepada fakir miskin di sekitar senawang.

Di Plaza Tol Senawang

Berbuka Puasa

Tazkirah Pendek

Penyampaian Sumbangan kepada fakir miskin
Terima kasih kepada member-member yang turut serta menjaya program ini terutama kepada bro shahrul dari cameron dan bro ahmad dari melaka.

p/s; tak sangka aku terlepak kat ijan burger sampai pagi huhu....

Tiada ulasan: