MyRAKAN

15 Disember 2010

SEKSA

Tengahari tadi aku ngan member aku lunch kat alamanda. walaupun sekarang ni bukan minggu2 gaji namun agak ramai gak lah orang berlegar2 kat situ terutama destinasi lunch kami kali ini. punyalah ramai orang sampaikan beratur adelah agak2 setengah jam sampai lapar gile2 dah perut aku ni menunggu.

padahal ini je yang aku order...

kalau kat negara2 lain yang berperang, terkena bencana alam susah nak dapat makanan sebab takde benda nak dimakan tapi kat malaysia ni susah dapat makanan pasal kena que panjang tapi still dapat makan walaupun tension sebab perut lapar...rasa nak marah pun ade tapi masih terkawal lagi

masa tunggu member aku amik makanan, adelah satu situasi yang menarik perhatian aku...adelah mamat sebelah meja aku, chop meja kot cam aku kawan dia mesti beratur order makanan cam member aku.

tapi sayang seribu kali sayang, sangkaan ku meleset belaka. setiba kawannya hanya membawa makanan tuk dirinya sahaja. member yang menanti terpaksa bangun dan beratur pula untuk meng'order makanan.

udah ler ko tak belikan makanan kawan, boleh plak suruh member tu sebelum bangun amik gambar dia bersama2 set cam gambar di atas. ade ke patut.

bile member tu sampai kat meje, pinggan member dia tu pun dah licin. kan dah membuang masa terpaksa tunggu orang makan. padahal kalau dia belikan sekali tadi bolehlah makan sama2 pastu licin pinggan sama2.

jadi moral op story, belilah barangan buatan malaysia...tak payah que panjang2.

p/s: ape yang penting...kerjasama

14 Disember 2010

HARI KELUARGA 2010


Tahun ini sekali lagi keluarga sebelah mak aku menganjurkan Hari Keluarga yang mane tuan umah kali ini adalah mak aku. maka majlis ini pun dibuat dirumah aku Felda Pemanis pada 12 Disember 2010.

seperti perti biasanya majlis akan dimulakan jam 5 petang dengan ketibaan ahli keluarga dan jamuan petang. lepas minum2 petang sambil beramah mesra, solat magrib berjemaah, bacaan yasin, tahlil, solat isyak dan makan....

dari kanan tu chik mail (adik mak), abah aku
memang biasa dia lah yang menjadi imam tuk sembahyang ngan yasin dan tahlil

antara adik beradik mak aku
dari kanan wak yam(kakak), chik nah(adik), mak long(kakak ipar)
yang pegang bola tu zaqwan anak aku, dia pun sibuk cam orang lain

baju putih tu ijal adik aku, dia memang dah ikat kontrak bakar sate ngan kepak ayam
sebelah tu chik najib jiran sebelah


tengah sibuk fikir nak makan ape

antara mereka2 yang hadir

acara2 selingan sambil2 makan beramah mesra gelak menggelak adalah tukar2 hadiah. setiap orang dimestikan bawa satu hadiah masing2, hatta baby setahun 10 tahun pun bawa jugak, bukan ape untuk suka suki memeriahkan majlis.

banyak lagi hadiah kat bawah meja, belakang meja tu pun ade lagi

disamping tu gak ade cenderahati dari tuan umah, cabutan nama bertuah dari tuan umah dan teka kacang dari chik mail yang dimenangi oleh sapiah anak buah aku berumur lagi 4 bulan nak 2 tahun.

lepas settel acara hadiah2, satu lagi acara selingan....

HARI LAHIR ZAQWAN....sebenarnya semua orang tak tau pasal ni, saje buat sepprisss skit kat zaqwan ngan umi dia hehehe...oh ya sebenarnya birhday zaqwan pada 2 disember lepas yang pertama, lewat skit tapi takpe lah nak sambut sampai 2 disember 2011 pun boleh...

sebenarnya satu kelainan sambutan hari keluarga kali ini adalah...........

dekolasi majlis dalam taman hahaha...dengan percikan air pancut yang memancut2. tukang dekonya adalah chik mail...

p/s: tak sempat nak snap banyak gambar kerana aku kena jadi mc...


10 Disember 2010

LALANG

LALANG adalah sejenis tumbuhan yang menyemakkan, merimaskan tapi kadang2 mensayukan (eh betul ke ejaannya, hantam je lah labu...) dulu duk kampung kalau ade tumbuh lalang skit je kompom mak dah terjerit2 suruh bersihkan...cabut, racun, ape2 lah ikut suka nak buat ape janji bersih.

ikut resmi lalang? tapi orang tua2 kata ikutlah resmi padi "makin lama makin berisi dan makin tunduk". resmi lalang macam orang tak berpendirian, kena tiub angin kekanan dia pun kekanan, angin kekiri dia pun kekiri. itu dari segi tak baiknya

kalau dari segi baik plak lalang ni kat mane2 pun leh idup. kat tanah, longkang, sawah kadang tu atas batu pun ia idup. walaupun kita cantas, potong lalang tu sok lusa tumbuh lagi. cube kalau padi kita tabur benih atas tanah, boleh idup ke?

terpulanglah kat kita nak ikut mane, ape yang baik kita jadikan tauladan, yang tak baik jadikan sempadan, kalau nak lepas jugak sempadan tu kena buat paspot takut2 nanti kantoi sendiri jugak susah.

kalau ikut lalang kita bebas ke masa sahaja ditiub angin. kalau ikut padi makin lama makin berisi makin berat terbaring je kat katil, hehehe renung2 kan....

p/s; camnelah aku leh dapat tajuk lalang ni