MyRAKAN
23 Februari 2011
MAULIDUR RASUL
berdirinya saya disini..............(ceh dah cam pidata kat sekolah sekolah dulu plak hehe)
bukan ini nak aku cite...
semalam aku gi lah dengar progaram ksa penerapan nilai2 murni sempena maulidur rasul anjuran opis aku. penceramah memang best ustad farid ravi.
sebagai pemulaan beliau ade bercakap 3 ciri sambutan maulud nabi di negara kita..
ciri pertama ; berzanji/selawat
ciri kedua ; ceramah
ciri ketiga ; MAKAN
ciri pertama dan kedua salah satu takde pun takpe masih LULUS...tapi ciri ketiga tu kalau takde memang TAK SAH majlis tersebut...betul ke?? lu pikir lah sendiri
rasa insaf dan sebak jugaklah bile mendengar caramah beliau. aku ni basic pasal nabi muhamad saw pun teragak2...debar2 jugak bile beliau nak tanya sorang2 tapi nasib baik tak jadi kalau tak dapat jawab malu ooooo...
aku bagi skitlah info pasal caramah beliau (ape yang terlekat skit2 kat taik telinga aku ni)
isteri nabi ade 12 orang
anak 7 orang (nama aku lupe....)
umur dilantik jadi nabi 40 tahun
kawin umur 25 tahun
lahir dan wafat pada 12 rabiulawal hari isnin
lima kewajipan kita
(1) mencintai nabi mengatasi sesuatu
(2) mengikuti nabi (sunnah)
(3) selawat ke atas nabi
(4) sampaikan sunnah kepada orang lain
(5) mempertahankan sunnah
ni jelah skit2 yang melekat kat kepala otak aku...nak kata amik nota JANGAN HARAP. kalau imam syafie takpe gak walaupun beliau tido masa belajar tapi hati dan telinga beliau tak tido.
p/s; rasa cam dah lama je tak dengar ceramah agama...
17 Februari 2011
PROGRAM AMAL PPEOC
Sempena sambutan bulan Maulidurrasul 1432H PPEOC CENTRAL akan Mengadakan Program Amal PPEOC Bersama Anak- Anak Pondok Penyayang Raudhah,Gombak.
Tarikh : 5 Mac 2011
Tempat Berkumpul : Petronas,Tesco Ampang
Masa Berkumpul : 7.00 A.M
Konvoi Bergerak : 7.30 A.M
Kami amat mengalu-alukan SUMBANGAN terutamanya berbentuk WANG RINGGIT untuk menjayakan lagi program ini.
Sila Fahami & ikuti Langkah² Berikut:-
1- Pastikan No Akaun Maybank 1642-2135-8617
2- Nama pemilik akaun MOHD SYAFIQ BIN ISMAIL @ Fiq Papadoom
3- Hantarkan maklumat sumbangan anda (Nama / Pe:ID / Masa Transaksi / Nama Bank / Jumlah) melalui sms ke 019-3532428 atau emelkan ke syafiq.i@felda.net.myThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
4- Sila simpan Bukti Transaksi sekiranya diperlukan
5- Rekod perolehan WANG sumbangan akan di '' Update'' dan di ''Paparkan'' di Forum PPEOC untuk lebih TERATUR dan TELUS..!!
6. Tarikh akhir membuat sumbangan ialah pada 1hb March 2011

PPEOC mengucapkan ribuan terima kasih atas segala sumbangan anda. Semoga kerja amal kita ini diberkati dan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka InsyaAllah.
Tentatif Program
0700 – Berkumpul di Petronas Tesco Ampang
0720 – Taklimat convoy dan program
0730 – Bergerak ke Pondok Penyayang Raudhah,Gombak
0800 – Tiba di Pondok Penyayang Raudhah
0815 – Sesi suai kenal
0845 – Gotong-royong
- Surau / Dewan
- Kawasan luar dan sekitar
- Kawasan dalam dan sekitar
- Asrama lelaki & perempuan
- Dapur
1200 – Persiapan Untuk Solat Zohor berjemaah
1400 – Makan tengah hari
1500 – Melawat kawasan sekitar Pondok Penyayang Raudhah
- Sesi ramah mesra bersama penghuni
1530 – Penutup
- Persembahan dari penghuni PPR
- Ucapan dari pihak PPEOC
- Ucapan dari penyelia PPR
- Ucapan dari wakil penghuni PPR
- Penyerahan Sumbangan
- Sesi bergambar
1630 - Bersurai
selamat beramal...
sumber dari laman web PPEOC.
14 Februari 2011
MENTOR 5

kini mentor kembali lagi dengan banyak kejutan dan kelainan. harap2 lah kannn...
malam tadi bermulalah episod baru rancangan rialiti di tv3, mentor 5. ia adalah episod bermacam2 kerenah dan gelagat manusia2 yang teringin menceburkan diri dalam dunia artis. sampai ade yang sanggup datang dari jauh, keluarkan belanja yang banyak semata2 untuk menghadiri ujibakat mentor. kalau betul2 layak dan bersedia takpelah jugak, ini nan ado...
aku rasa banyak sangat telatah2 yang aku rasa memalukan diri sendiri. takkanlah diorang semua tak tau telatah diorang tu dirakam dan akan disiarkan di tv? tak mungkin sebab terang2 nampak kemera keliling diorang.
lebih sedih lagi, dah lah ko tu hidup susah. rumah kesian aku tengok. mak ayah dah tua. sanggup abiskan duit semata2 nak ujibakat. bila tak dapat merayu rayu sebab orang susah, datang dari jauh, masuk ni pun nak tolong keluarga.
sedih aku bile tengok orang2 macam ni. dulu masa aku jadi urusetia temuduga keje gomeng pun sama. bile tanya keje ape, keje kat kedai handpone gaji 3-4ratus. kwsp takde. sokso takde. sebab tu sangat2 mengharap dapat keje gomeng.
pada akulah baik korang2 semua keje KFC ke McD ke lagi terjamin. kwsp ade sokso ade silap2 bakso pun leh dapat hehe...penginapan kesihatan cuti dan macam2 lagilah beniffik korang leh dapat.
p/s; bukan nak mengeji tapi pendapat aku je..tapi kalau betul2 berkelayakkan ape salahnye kan
11 Februari 2011
WOW PUTRAJAYA 2011

hot air balloon
F1 simulator
F1 power boat
Harley Davidson
Upin Ipin
auto saloon show
Tatoo ATM
Gerai jualan dan makanan
dan banyak lagilah
kalau nak tau datang sendiri
KONSERT adalah pada 12 feb malam.
p/s; memang aku tak tau dah 10 tahun rupanya wilayah persekutuan putrajaya
10 Februari 2011
SANTAI
fuhh entry ketiga aku hari ini...memang sangat2 takde keje. sampai dah bosan aku nak bermuka buku.
semalam aku ngan kawan2 opis lama bersantai2 lah lepak2 kat kelab tasik putrajaya. lama dah rasanya tak ke sana. hi-tea katanya tapi aku tengok masing2 melantak cam dah lapan hari tak makan.
sebenarnya agenda utama adalah menyebarkan kad jemputan kawen member sorang tu. perjumpaan kali ni kira ala2 "barcelor party" gitu hahaha.
makanan kat sama kira ok lah. takde tahap sampai hampeh, tahap biasa2 je lah. dari segi harga memang boleh tahan tapi kalau nak murah kenalah register jadi ahli. bayarannya tak penah plak aku nak amik tau jadi tolonglah jangan tanya aku.
sambil2 makan tu borak2 lah cerita pasal opis lama opis baru, perasaan dapat tukar, story pasal anak2 perhhh cam anak ramai gitu hehe. dan borak2 kosong mengusik si bakal penantin baru.
agak2 jam 7.15 malam baru masing2 sibuk nak balik pasal ade anak2 kecik kena balik sebelum magrib. itu pesan orang2 tua. jadi kalau dah terbabas sampai ke magrib tu teruskanlah terbabas sampai ke isya' ataupun ke subuh.
p/s; xtvt kali ni takde gambar pasal mmg takde sape pun amik gambar...tukang gambar pencen
REKOD

aku bukan nak citer pasal timbang kat atas tu ataupun aku beli timbang cam kat gambar tu. tapi just nak simpan rekod berat badan aku semalam 9 februari 2011.
semalam cam biasa aku hantar zaqwan ke klinik. sambil2 tu aku pun amik kesempatan itu untuk menimbang berat aku sendiri. naik2 je atas timbang tu tgk2 berat aku dah 51kg. biar betul...aku turun dari timbang tu kot2 jarum tak betul2 kat kosong. timbang ni betul...aku naik sekali lagi. memang kompom berat aku dah bertambah 51kg semalam. macam tak percaya...
nampaknya misi aku selama ini telah berjaya. alhamdulillah. patutlah time aku masuk bakul angkat sendiri tu dah cam tak larat je hehe...
p/s; dah ade lemak berlipat2 dah kat pinggang aku huhu...
SURAT KHABAR

kat malaysia ni memang macam2 surat khabar ade. kecik besar tebal nipis NST Utusan Berita Metro Kosmo dan macam2 lagilah. dari berita2 ape yang terjadi sampailah yang belum jadi semua ade kat surat khabar.
baru2 ni berlaku banjir kat 3 negeri Johor Melaka Negeri Sembilan. semua info pasal banjir kampung itu kampung ini, bandar itu bandar ini, rumah kedai ditenggelam air masuk surat khabar.
orang datang membantu mangsa banjir, bagi sumbangan itu ini, puji satu pihak keji pihak lain pun masuk surat khabar.
orang mati orang eksiden, orang lemas sedih pilu, orang tengah duk dalam perahu, kereta tersadai semua masuk surat khabar.
TAPI jalan2 yang ditutup dek kerana banjir TAKDE plak masuk surat khabar. kalau ade peristiwa2 orang2 vip nak lalu atau datang baru masuk surat khabar JALAN DITUTUP dari semua jenis kenderaan kerana banjir.
TAKDE ke orang surat khabar ni nak update TIAP2 HARI maklumat jalan2 yang ditutup kerana banjir. dah nama pun nak memberi maklumat kepada orang ramai. jadi takdelah orang2 yang nak balik kampung ke, bercuti ke terlalu jalan tu sampai tersadai 5 6 jam dalam keter. terpusing2 mencari jalan2 alternatif.
kalau pasal BOLA boleh plak siap letak kat muka depan keputusan2 perlawanan bola sepak tiap2 hari walaupun takde kena mengena pun ngan negara kita.
p/s; macamlah ade orang surat khabar baca belog aku ni kan hehe...
09 Februari 2011
AUDI Q7
walaupun dan masuk bulan dua namun ade gak dapat kalendar lagi. mungkin disebabkan kesibukkan diakhir dan awal tahun tu. tutup akaun katanye hehe. ditambah lagi dengan cuti tahun baru cina. apepun terima kasih audi ingat gak korang kat kami...
kalau dah syarikat keter kompom2 kalendar pun gambar keter. cantik memang cantik. lawa memang lawa. kalau hari2 ngadap gambar ni mau berkenan terus antar hantaran meminang.
aku suka keter atas tu. pacuan 4 roda. sebab tu aku amik gambar. nampak gagah tegap garang semua ade walaupun orangnya lemah lembut baik hati budi bicara...eh eh merepek sudah
tapi hantarannya sendiri mau ingat lah rm5750 ratus. hamik ko. keje setahun lom tentu leh kumpul.




Technical Data
Engine
V6 diesel engine with turbocharging &
common rail technology
Displacement (cc)
2,967
Max output (bhp/rpm)
240/4,000-4,400
Max torque (Nm/rpm)
550/2,000-2,250
Transmission
6 speed tiptronic
Wheels & tires
Cast alumunium wheels, 5-arm
structured design, 265/50 R19
Acceleration (0-100 km/h)
8.5 sec
Top speed (km/h)
218
Fuel consumption (combined)
8.4 litre/100km
CO² emissions (combined)
219 g/km
untuk lebih lanjut layari www.audi.com.my
p/s; kalau ade sape2 nak sedekah keter tu kat aku, leh lah hantar resume kat email.
terima kasih...


08 Februari 2011
SELAMAT PENGANTIN BARU
Salam semua
walaupun dah agak lama tapi rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat penantin baru kepada abby, ex-opismate aku. jangan2 sekarang ni dah ade isi hehe...
tanggal 29 januari 2011 yang lalu aku sekeluarga berjaya gak sampai ke rumah abby di seremban sempena majlis walimatulurus dia. walaupun agak2 sesat lah jugak walaupun ade bantuan abam gps. mungkin silap aku gak salah setting nama jalan kot. kalau tau awal2 dah set institut perguruan raja melewar.
oleh kerana aku sampai pun dah lepas bersanding maka orang pun agak suam2 kuku. tak sempat berjumpe kawan2 opis lama. tapi sempat gak lah jumpe beberapa orang yang datang lewat. mungkin sesat gak cam aku.
KEPADA ABBY DAN SUAMI
SEMOGA KEKAL HINGGA HAYAT DI KANDUNG BADAN
p/s; memang tak sah kalau pegi kenduri kawen kawan2 TAK SESAT...
07 Februari 2011
NASI AYAM GEMAS

Salam semua...
pada khamis lepas 3 februari aku sekeluarga telah menjamu selera sampai ke gemas. menunya mestilah nasi ayam gemas yang disebut2 sedap katanya. ini semua adalah gara2 kerana jalan nak ke segamat telah ditutup kerana banjir. jalan tu adalah jalan buluh kasap dan jalan segamat-muar.
bermula dengan runtuhan jambatan di berhampiran persimpangan felda jelai. aku gagah jugak mengikut jalan lain untuk ke gemas berpandukan abam gps. alhamdulillah akhirnya selamat jugak sampai ke gemas dan perjalanan di teruskan lagi dengan lancarnya.
sampai2 buluh kasap je jalan di tutup dari semua jenis kenderaan kerana banjir. sekali lagi tanpa berputus asa aku melalui jalan kampung jugak dengan bantuan abam gps untuk melalui jalan muar. tapi memang hampa bin hampeh sekali lagi kekecewaan di situ.
panggilan telefon kepada emak aku pun di buat menceritakan perkara sebenar dan penarikan diri dalam sevivor ini. tak kanlah aku nak keluar tol pastu lalu tol yong peng. mak ai jauh gile...
kemudian kami mengambil keputusan untuk balik semula ke melaka melalui tol tangkak. sekali lagi kami telah terperangkap dek banjir dan barulah kami tahu bahawa kami di kelilingi air seperti terperangkap di sebuah pulau. dan jalan yang ade hanyalah jalan yang kami lalui tadi.
matahari dah tinggi, perut dah lapar, anak aku dah gelisah mane taknya terpusing2 tapi tak sampai jugak. di gemas jalan2 cari makan akhirnya terjumpe restoran nasi ayam gemas dan paling penting terletaknya di atas bukit. tengok2 gak kedainya takut mangsa banjir kebersihan tidak terjaga.
ok, berbalik kepada nasi ayam gemas. sedap memang sedap dari nasinya ayamnya sampailah ke sop memang sedap. rasa sok2 kalau terperangkap kat banjir lagi nak singgah lah hehe...keadaan kedainya pun menarik deko ala2 moden, bersih dan hargapun murah rm5 satu set.
p/s; camne dah bertahun aku lalu situ tak perasan restoran NAG ni..mungkin atas sebab kelaparan kot
BEN 10
berbalik pada gambar atas sekali tu ek...aku memang beli kasut ben 10 tapi cube korang tengok kotak kasut tu...spiderman ok. di manakah kotak kasut ben 10 ini sebenarnya. agak mengelirukan di situ. rasa2 kalau aku beli kasut spiderman dapat tak kotak ben 10.
tambah musykil lagi kat situ takde pun jual kasut spiderman. adakah ini kasut curi. ishh janganlah plak sok lusa rumah aku kena rush dek polis kerana menyimpan barang2 curi padahal sepasang kasut yang aku beli di pasar tani huhuhu simpangkan lah...
kes2 macam ni leh ke repot kat kpdnkk tu. kira mengelirukan pengguna. kalau cam aku memang tak tengok kotak matak semua tu. sampai2 umah baru perasan kotak lain tapi nasib baik isi dia betul KASUT BEN 10 BERLAMPU LIP LAP LIP LAP...
p/s; dapat kasut spiderman best gak. senang nak panjat2 dinding