MyRAKAN

01 April 2015

PERTANYAAN KADAR GST

 
"Berdasarkan jadual dari kastam:
cukai dari Pembekal = RM1.20
Cukai dari Pengilang = RM0.60
Cukai dari Pemborong = RM0.60
Cukai dari Peruncit= RM0.60
Tapi cukai utk Rakyat/Pengguna = RM3.00

Kastam kutip dari atas sampai bawah in total = RM6.00
Betulkah sistemnya macam ini?"

Salam bahgia,
Rasa lama dah terima pertanyaan ini dari post entry aku sebelum ini GST: SIAPA DAN BAGAIMANA.
Kadar GST adalah 6% dari jumlah harga sesuatu barang atau perkhidmatan. makin tinggi nilai harga produk tersebut semakin tinggilah nilai GSTnya. Bagi pengilang mereka akan "claim" semula bayaran GST yang dibuat kepada pembekal dari pemborong dan begitulah seterusnya. Dan akhirnya kepada kita sebagai pengguna memang lah tak dapat "claim" ngan mana-mana pihak sebab kita diperingkat terakhir dan kita menggunakan produk tersebut.

Melainkan kita sebagai PENGGUNA dan kita jual produk tu kepada PENGGUNA 2 yang lain. Contoh kita jual dengan harga RM60.00 kepada PENGGUNA 2. Jadi GST kena dalam RM3.60... RM3.00 tadi kita dah bayar kepada PERUNCIT tadi..jadi GST yang perlu kita bayar hanya RM0.60 sahaja.

Tapi perlu kita tahu...bukan semua peniaga/syarikat yang boleh mengenakan GST. kalau mereka kata kenaikan kerana GST...sila minta resit atau invois syarikat. Semak nama syarikat, nombor pendaftaran syarikat dan nombor GST di resit berkenaan dan buat semakan di SINI atau terus ke LAMAN WEB RASMI GST untuk maklumat lanjut.

p/s: semua penerangan tersebut adalah pendapat dan kefahaman saya sahaja. untuk lebih terperinci dan tepat sila menghubungi pihak berkaitan. Saya memohon maaf jika ada kesilapan dan sila terus menghubungi saya di email irrahady@gmail.com. Terima Kasih dan semoga ia memberi manfaat.

CARA MENYEMAK STATUS GST

Salam bahgia,
Hari ini meriah sungguh dengan status rakan-rakan di mukabuku...kebanyakkannya bercerita berkenaan GST. rasa ada bagus jugak kalau kerajaan umumkan hari ini sebagai HARI GST.

Sama ada kita faham apa itu GST atau tidak...yang penting kita perlu tahu..tidak semua peruncit atau syarikat yang boleh mengenakan GST kepada pengguna. Mereka perlu mendaftar di JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA.

Syarikat yang berdaftar dengan pihak Kastam DiRaja Malaysia boleh mengenakan GST kepada pelanggan untuk barangan yang dijual atau perkhidmatan yang diberikan, selagi barangan atau perkhidmatan tersebut tidak berkadar sifar, dikecualikan atau diberikan pelepasan GST. Sebagai pelanggan atau pengguna, kita boleh memastikan kita hanya membayar GST kepada syarikat yang berdaftar dan mempunyai kebenaran untuk mengenakan GST.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENYEMAK STATUS PENDAFTARAN GST SESEBUAH SYARIKAT?

Kita boleh melawat laman web Taxpayer Access Point (TAP) yang disediakan oleh Kastam DiRaja Malaysia di https://gst.customs.gov.my/TAP/
Untuk versi Bahasa Melayu, klik pada “Bahasa Melayu” di sebelah kanan:
Laman Web Taxpayer Access Point dalam Bahasa Melayu:
Klik pada “Carian Status GST” di sebelah bawah kanan untuk memulakan semakan.
Kita boleh menyemak status pendaftaran dengan memasukkan samada Nama Perniagaan, No. Pendaftaran Perniagaan atau No. GST.

Klik pada butang “Nama Perniagaan” dan masukkan nama syarikat tersebut.
Atau klik pada butang “No. Pendaftaran Perniagaan” dan masukkan nombor dalam ruang yang disediakan, tanpa simbol.
Atau klik pada butang “No. GST” dan masukkan nombor dalam ruang yang disediakan.
Apabila GST dilaksanakan, semua invois yang dikeluarkan oleh syarikat yang berdaftar dengan GST mestilah mempunyai Nombor GST syarikat tersebut. Untuk memastikan kesahihan nombor dan pendaftaran tersebut, kita boleh menyemak dengan memasukkan Nombor GST syarikat tersebut. Pastikan nombor GST dan Nama Syarikat yang ditunjukkan adalah sepadan dengan invois yang dikeluarkan.

Jika ada padanan, ini bermakna syarikat tersebut sudah mendaftar untuk GST dan boleh mengenakan GST.

Jika tiada padanan syarikat tersebut dalam sistem, ini bermakna syarikat tersebut tidak boleh mengenakan GST terhadap pelanggan. Sebagai pengguna, kita harus membuat aduan kepada pihak KPDNKK agar tindakan boleh diambil terhadap syarikat tersebut.  

Sila layari laman WEB RASMI GST untuk maklumat lanjut.