MyRAKAN

31 Mac 2011

BASIKAL

Sesekali tengok orang berbasikal macam seronok beronok ronok...ada gak teringin nak beli basikal. pastu petang petang jalan jalan pusing putrajaya naik basikal. kalau ada kekawan yang join sekali lagi best. kita berbasikal reramai dah boleh buat le tour de putrajaya.

dulu masa sekolah ada gak bapak aku belikan basikal bmx. tapi haram aku nak bawak gi sekolah. udah le panas terik jalannya pulak tu berbukit bukau bergunung ganang. last last basikal bmx aku tu sempat berkhidmat selama 2-3 hari je.

mula mula dulu aku belajar bawa basikal pakai basikal tua. basikal arwah atuk. memang susah jugaklah nak bawak basikal tu pasal ada palang kat tengah tengah. pastu basikal tu pulak jenis jauh lebih besar dari aku...masa tu lah.


tapi sekarang ni kalau nak beli basikal cari yang boleh lipat tu. senang nak simpan.angkut masuk keter pun boleh.

macam nilah bentuk basikal yang telah dilipat lipat. agak agak leh lipat sampai boleh masuk poket pun lagi elok. takde risau risau mana nak letak. takde risau risau orang curi.

p/s; agak agak bape hinggit basikal ni ek...

SALAH SIAPA

Salam semua...
hari ni pagi pagi lagi dah hangin. kat penunggang penunggang motorlah. udahlah bawak motor macam siput. menonong je jalan kat tengah. sampai tak bagi ruang dan peluang kat aku nak potong. bayangkanlah keter aku yang power tu kena follow belakang dia bawak 40KM/J je. memang perabis petrol aku je.dah lah kerana dia jem kat belakang tu. orang lain masing masing sibuk nak memotong tukar line. nasib alhamdulillah takde berlaku apa2 malapetaka.

tapi memang tak patutlah. mereka mereka ini mementingkan diri sendiri. taulah kauorang pun bayar cukai jalan tapi kalau kemalangan diaorang jugak yang parah. orang lain setakat calar keter je.

satu lagi cukup hangin ngan orang melintas jalan dikala lampu aku dah hijau. pastu jalan pulak terhegeh hegeh tersengih sengih macam babun pun ada. "cepatlah jalan cik akak oi jap lagi lampu merah dah aku tak lepas" memang barua kan. kalau kita bawak kereta langgar lampu merah kena saman tapi orang jalan kaki tak kena saman pun TETAPI kalau belanggar mau MATI.

memanglah kalau jumpa golongan golongan macam ni, ikutkan rasa binasa memang nak langgar je. nanti padan dengan muka aku jugak. kuar masuk balai polis. naik turun mahkamah.

p/s: agak agak sape yang salah...

30 Mac 2011

APRIL

aprilfool aprilfool...aku memang tak suka aprilfool. tapi kalau swimming pool aku suka. apa lagi main air hahaha macam budak2 kan.

aku bukan nak citer pasla aprilfool ni...tapi nak cerita pasal rancangan2 realiti yang bakal ditayangkan di TV bulan april ni. memang akan mendapat sambutan hangat dari penonton2 setianya termasuklah aku kot. kot??WHY

ok harap korang tunggulah kemunculan rancangan2 ini kat astro pada bulan april ini. malas aku nak citer panjang lebar...

af9 di astro ria

im di astro oasis

rancangan baru ni tapi di astro warna

p/s: sape2 belum amik pakej mastika cepat2 maharaja lawak dah nak mula...

29 Mac 2011

HALAL TOYYIBAH


Pagi tadi aku hadiri satu ceramah atau taklimat mengenai isu2 halal kat malaysia ni. rasanya banyak perkara yang kita terlepas pandang berkaitan dengan status makanan ataupun produk yang kita beli.

zaman sekarang ni memanglah semua makanan yang kita beli dah siap. contoh karipap...kalau dulu kita uli sendiri tepung, inti dan cetak sendiri. tapi sekarang semua ada dijual siap, tinggal digoreng je kat umah. kita pun tak tau apa bahan2 yang digunakan.

kalau ayam pulak..sampai2 kat kita je dah jadi chicken chop. tidak diketahui dari mana sumber ayam tersebut, disembelih dengan sempurna atau tidak. itu tak diambil kira lagi bahan2 yang dicampurkan didalamnya.

penceramah ada menerangkan kandungan2 yang selalu disebut2 dalam makanan yang kebanyakannya dalam bahasa sains yang entah apa2, sampai aku pun tak paham. menurutnya sekarang banyaklah produk2 yang meragukan sumber2nya.

citer panjang2 pun tak guna kompom tak paham. tapi apa yang penting check ada tak logo halal dari jakim yang sah macam kat bawah ni.

  • bintang berbucu lapan di tengah2 bulatan
  • perkataan arab “حلآل” di tengah bintang
  • diikuti tulisan rumi "HALAL"
  • bulatan logo bertulis perkataan "MALAYSIA" dalam tulisan rumi dan " ماليزيا" dalam perkataan arab
  • dua bintang kecil berbucu lima diletakan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan arab tersebut
untuk merujuk status sesuatu produk bolehlah layari PORTAL RASMI HALAL MALAYSIA

p/s: kita sekarang banyak pilihan...jadi jauhkanlah dari produk2 yang meragukan

28 Mac 2011

UCAPAN KHAS




Salam semua...
ucapan ribuan terima kasih kepada MUHAMMAD SAFIQIN BIN SAFIAN (nak letak no ic sekali ke tak ekk) kerana telah membantu saya dalam kemelut KALAULAH MALANG BERBAU. terima kasih banyak banyak banyak...

dia lah telah membantu saya dikala ke'mooooody'an. membersihkan segala bukti dari sampai ke pihak2 yang tidak bertanggungjawab. sampaikan bersih sekilat2. sampaikan ke 3 pagi.

terima kasih safiqin...

terima kasih qi pyan...

terima kasih ahh kau...

p/s: Qi nanti tolong basuh keter aku pulak...

KITAR SEMULA

Kitar semula memang dah tak asing pada kita semua. masing2 pun dah paham dan dah tau cuma kadang2 tu buat2 tak tau sahaja. bagi aku cakap tu memang senang tapi kalau nak amalkan memang memang susah. biasalah nak buat benda baik. kalau tak syaitan datang menghasud..SETAN yang datang memperlekehh.

aku ni bukan tak nak amalkan kitar semula tu, tapi cuba korang pikir, tak kanlah aku nak gi hantar botol kicap seketul tu ke pusat kitar semula. rumah aku kicap sebotol boleh pakai sebulan setengah. surat khabar masa cuti je beli. majalah setahun 2-3 ketul je pun. minuman tin tu masa nak balik kampung je kadang2 beli. TAPI sebenarnya tu semua ALASAN je pun. nak seribu daya kalau taknak tu beribu2 dalil kita bagi. nah amik ko...

akhirnya sabtu lepas aku berjaya menjejakkan kaki jugak ke pusat kitar semula putrajaya. untuk mengitar semula surat khabar yang aku kumpul selama 2 tahun haha...dua tahun oke dua tahun...tu pun terbantut entah beberapa kali. biasalah kan nak buat benda baik...

tengok 2 tahun aku kumpul dapat RM7.30 aje. okeylah tu dari bersepah2 kat umah aku baik aku jual. dapat jugak 7 hinggit.

sebagai tambahan, bagi kawan kawan yang nak buang komputer tu bolehlah di Kitar Semula Komputer mereka sedia membeli dengan harga yang berpatutan.


p/s: saya sudah anda bila lagi...

25 Mac 2011

EARTH HOUR'11


Salam semua...
earth hour adalah satu program yang dianjurkan oleh WWF untuk menjaga alam sekitar terutama masalah pemanasan global. setahu akulah program ini akan diadakan pada bulan mac setiap tahun yang mana semua orang atau individi dikehendaki memadamkan semua suis penggunaan elektrik bagi tempoh satu jam.

tahun ni sekali lagi earth hour akan disambut oleh rakyat malaysia pada 26 MAC 2011 JAM 8.30 HINGGA 9.30 MALAM. marilah kita bersama2 menyokong heart hour dengan mematikan semua penggunaan lektrik pada hari berkenaan sebagai tanda sokongan. disamping dapat mengurangkan penggunaan elektrik selama sejam.

p/s: boleh ke nak bergelap ni..lainlah kalau letrik kena potong hehe

KALAULAH MALANG BERBAU

Kalau lah malang itu berbau kan best. kita boleh tau apa yang akan berlaku pada kita, famili kita dan harta benda kita. takdelah kita pegi kat tempat tu...

macam taik...kita leh bau. jadi bila kita dah bau betapa busuknya taik tu, takdelah kita nak pegi kat tempat taik tu. takdelah kita terpijak taik tu. takdelah taik tu terkena kat kita.

jadi kalau malang tu berbau, takdelah berlaku apa2 musibah kat aku. takdelah aku nak lalu tempat tu. takdelah aku pening kepala. takdelah pagi2 aku dah moody...aku pun tak tau kanapa ngan aku hari ni. selalu kalau aku lalu jalan sempit tu. berhati2 tengok kiri kanan depan belakang. tapi hari ni boleh aku lupa tengok belah kanan. ishh dah nasib kan...terima jelah.

TAPI kalau malang tu berbau sate, tak kan kita tak pegi. rugi ooo sedap tu bukan kena bayar pun free je. ishh tak boleh jadi ni.

takdelah cabaran dalam hidup ini kalau takde apa2 berlaku musibah ataupun masalah menimpa. kepala otak kita pun jadi bengap bebal beku sebab pikir enjoy je. anggaplah apa2 yang berlaku kat kita tu adalah ujian dari tuhan agak kita sentiasa ingat pada-NYA dan muhasabah diri kita. setiap apa2 musibah yang berlaku akan ada hikmah dan kebaikan pada kita.

p/s: Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS Al-Baqarah: 286)
 
 

24 Mac 2011

I-CITY SHAH ALAM


Korang dah sampai i-city shah alam. aku baru first time. selama ni dengar orang citer2 je. macam best. tengok gambar pun meriah...

macam biasalah kalau nak gi sana kena malam2. kalau datang siang2 nampak lampu je tapi cahaya lampu takde pasal dah ada cahaya keimanan...kalau ada. aku ngan famili aku bertolak dari rumah pukul 6 petang. sebab tak tau jalan. cari dalam gps pun tak jumpa. maka campur tolak darab bahagi sampai bajet2 dekat magriblah.

tapi hari tu memang bernasib baik. tak sesat pulak. jadi dalam masa setengah jam kami dah sampai. siang lagi kan. tapi takpelah boleh jalan2 dulu kat situ. masuk keluar kedai walaupun memang takde hati nak beli apa2. tapi hari tu memang cepat gelap. belum jam 7 lagi dah pasang lampu sedikit demi sedikit. makanya nampaklah ke'i-city'annya.

tadi aku ada cakap hari tu capat gelap kan. rupanya mendung nak ujan. dalam pukul 7.30 camtu ujan dah mula turun. orang masing2 bergegas mencari tempat berteduh. aku pun samalah. sempatlah jugak amik beberapa gambar tuk kenangan...

pemandangan i-city

umi ngan zaqwan

"mane aku nak pegi dulu ni"

"yah dapat pun tangkap"

"jom jom balik dah gelap"

kat depan bilik salji

bestnya dia naik kereta

kereta merah plak "vrooooom vroooom"

tiket parking
lebih kurang jam 8 malam kami pun balik..sebab ujan tak berhenti2.

p/s: i-city dah banyak berubah...indah khabar dari rupa

I LIKE

kak opis : ady makin slim nampak

aku : ye ke kak. kira berjayalah program diet saya

kak opis : ngee ngee nge...

aku suka bukan pasal aku kurus. aku ni dah memang kurus pun. dah baka keturunan macam ni. tak yah nak diet2 dah. tapi aku terharu pasal ada gak orang amik berat kat aku. dok perhati sampai dah nampak slim pun diorang perasan.

aku memang rasa gak berat aku dah turun. bukan apa aku ni kan jenis suka masuk bakul angkat sendiri. malas nak susahkan orang angkat bakul. sejak menjak ni memang terasalah keringanan nya tu. mungkin betul apa kak opis tu nampak.

baru nak mentain berat badan 50kg. dah turun balik. nak kata tak makan...boleh tahan gak aku makan tiap2 hari. lunch dinner hi-tea sekali sekala tu siap supper lagi.

teringat kembali cabaran beberapa orang kak opis lama aku spp 'walaupun dah kawen aku tetap mentain macam ni. memangkah pendapat diorang bahawa bila kawen nanti badan akan berisi, berat meningkat dan perut kedepan' tidak sama sekali.

p/s: aku tetap aku tettttt....

23 Mac 2011

BELON PANAS 2011


Pesta belon panas putrajaya kembali lagi. tahun ni aku dapat gak pegi. tahun lepas aku gi gak ngan mak abah aku. kebetulan diorang datang putrajaya. tahun ni aku ngan family aku je. tapi spesel skit. ape yang spesel tu baca sampai abis...jangan risau aku tak wat karangan panjang2 pun sampai 360 patah perkataan.

ahad lepas aku bawaklah si zaqwan jalan2 kat pesta belon tu. bukan ape asal nampak belon tu berlegar2 dia asyik tengok ngan kusyuk sekali. siap tunjuk2 lagi...

kesian tengok dia maka pagi ahad tu kami bawaklah zaqwan ke sana. takdelah pagi sangat dalam kul 11 lebih kot. orang pun dah ramai. parking pun dah penuh. pusing2 last2 parking kat masjid besi. so jalan jauh skitlah dalam matahari panas terik plak pagi tu.

tempat pertama kami bertepek adalah di pentas utama. sambil tengok2 persembahan layang2. pandai diorang kawal layang2 tu macam menari2 ikut rentak lagu yang dimainkan oleh kumpulan pancaragam. tengok cam budak2 sekolah. tapi tak tanya plak sekolah mane. aku bukan wartawan......

puas tengok layang2. penat berjalan pun dah ilang. gi kat gerai2 jualan plak tengok2 ape mainan tuk zaqwan. nak beli selipar tak lawa. tengok2 topi dia taknak pakai plak. last2 beli belon helikopter atas tu.

abis2 pusing. sampai ke monumen..jeti cruse tu tapi tak naik pun. badan pun letih. tekak pun dahaga. kaki pun penat. tangan pun lenguh2 dukung budak kecik tu. sampailah masa tuk aktiviti spesel kali ini...jeng jeng apakah dia????

berkelah tepi tasik dihadapan masjid besi...best jugak pemandangan kat situ. angin spoi2 bahasa walaupun panas terik tapi tetap terasa sejuk. maklumlah tepi masjid..amik berkat skit. sebenarnya memang dah rancang dari rumah lagi. masak2 kat umah pastu tapau makan kat tepi tasik. rasa macam bukan orang putrajaya. siap bawak bekal lagi.

zaqwan plak sukalah dia dapat pelepasan lari kehulu kehilir sana sini. ada plak orang tanya mane beli belon helikopter tu. nasib dia tak tanya "dari mane?" maklumlah siap berbekal lagi. kalau dia tanya aku pun jawab "dari jb datang semata2 nak makan kat putrajaya" hahaha

satu je aku terkilan skit...tahun ni tak nampak banyak pulak belon panas tu bertebaran kat udara putrajaya macam tahun lepas. cuma kelihatan 2-3 biji je. nape ekk. takde sponser lagikah? tak dapat sambutankah? atau sebab angin? aku pun tak tau...malam ahad tu ade bunga api aku tengok dari umah je

p/s; batri tipon aku kong plak masa kejadian..maka takdelah gambar huhu.....

SUPERMAMA

Isnin lepas aku cuti...jaga anak. pengasuh zaqwan cuti dua hari plak. jumaat ngan isnin. jadi terpaksalah cuti berganti2 dengan wife aku...hehe korang ingat ade lari berganti2 je cuti pun ade oke.

jaga zaqwan sekarang memang tak susah sangat. cuma kena rajin melayan dia je. layan layan dia penat tidorkan pastu bapak dia sekali ikut tidor. kan senang.

satu je perangai dia sekarang ni...suke makan roti. tapi masuk mulutnye skit je yang lain2 dibuang sepah2 kat lantai. pandai plak tu cubit kecik2 lagilah nampak bersepak umah aku. kalau tak bagi menangis meronta2. last2 bagi jelah jangan sok sok pegi kedai meronta2 mintak mainan atau jajan sudah. kalau murah2 tu mungkin boleh dipertimbangkan...

memang letih melayan kerenah zaqwan. kadang tu nak marah pun ade. TAPI kalau dia duk senyap je ataupun tido rasa boring pulak. takde cabaran orang kata. nanti takdelah nak marah2 karang aku marah tak tentu pasal "hai datang bulan ke"




p/s; alamak gambar pecah2lah mungkin sebab aku zoooooom kot

22 Mac 2011

PEMBAIKAN


Salam semua...
mungkin ade yang terperasan aku ni asyik tukar2 template je. bukan aku sengajakan pun. aku pun tak tau kenapa..aku tak boleh nak view belog...error...mungkin ade aplikasi yang tak boleh dibuka kat komputer opis aku ni. aku pun tak sure lagi. ni yang tengah dok kaji ape2 aplikasi yang error tu.

bile aku tukar template lain sekejap2 boleh pastu tak boleh terus...nak update belog pun malas sebab aku tak boleh nak tengok hasil air tangan aku sendiri...belog2 orang lain ade gak yang tak boleh aku tengok. tapi kadang2 boleh...TAK PAHAM AKU

untuk sementara ni terpaksalah aku guna template classic ni...

p/s: kena beli komputer sendiri ni..barulah boleh jadi belogger tegarrrrrrr.....

TIANG SERI


Salam semua...
tahukah anda kegunaan tiang2 seri kat parking shopping kompleks tu. kadang tu siap dihias dicat cantik2. ikut kretiviti dioranglah. tapi kegunaan sama je.

sebab utama tiang2 bernombor ataupun bergambar tu adalah untuk mengetahui kedudukan kereta kita. kalau korang malas nak tulis buat macam aku...amik gambar hehe. alah sekarang kan masing2 ade handpone yang canggih siap ngan kamera lagi. amiklah gambar tiang tu bukan abis pun kodak tu sekarang dah pakai digital pastu balik umah delete. kalau dah sayang sangat bergambarlah ramai2 kat tiang tu tapi jangan sampai terlindung plak label kat tiang tu...

citer pasal tiang tu...adelah gak aku wat skit survey kat mamat2 skuriti yang jaga kat parking tu. ape yang aku dapat...diorang ni mengambil kesempatan didalam kesempitan orang2 yang tak tau nak gunakan tiang seri tu. memang ramailah orang lupe parking kat mane. yang salah tingkat pun ade. mane taknye kuar2 tempat parking semua nampak macam sama je.

menurut kawan aku...kalau hari minggu tu lagi2 minggu2 gaji diorang leh dapat RM300-400 tuk cari kereta kat parking tu. mane taknye kalau sorang diorang amik dalam RM30-50 dan masuk dalam poket sendiri. last2 aku yang tau ni...akulah yang paw diorang balik hahaha belanja makan. sape untung???lu pikirlah sendiri.

sejak tu aku kalau pegi mane2 shopping kompleks mesti amik gambar tiang tu. paling kurang pun kalau lupe parking kat mane..leh tanya je kat pak guard tu. lagi2 kalau gi mines ataupun midvalley. tapi setakat alamanda tu takyah lah...memang dah selalu sangat hehe

p/s; cuak gile kalau tengok2 keter takde...rupanya tersalah tingkat parking hahaha fuhh lega

18 Mac 2011

TERIMA KASIHHH...


Terharu aku ramai yang wish aku kat fb...terharu sesangat. terima kasihlah pada semua sebab ingat birthday aku walaupun yang sebenarnya facebook yang ingatkan kan...

yang terjerit2 menyanyi tuk aku tu. hentikanlah...bagi aku hadiah ke walaupun sehelai tiket penerbangan ke paris sudah memadai. aku bukan nak lebih2 pun.

aku ni pulak rasa dah bertahun2 tak sambut befday. tak ingat berapa lama dah...tapi lamalah. maka dengan itu umur aku pun tak berganjak2 dari dulu. alasan sebab tak sambut befday hahha leh pakai tak???

p/s: geli aku org ber'abang2 ni...aku masih 22 oke masih muda remaja hehe..panggil ady je dah ler

17 Mac 2011

CINTA SEMPURNA


salam semua...
korang tengok tak citer bersiri "cinta sempurna" kat astro oasis jam 6.30 petang. aku dulu tak layan gak tapi sejak tiga menjak ni hari2 tertengok. kadang tu tension gak udah ler bersiri setengah jam plak tu. sebab tulah aku malas nak layan citer2 bersiri ni. kadang tu berhantu pun ade aku rasa. bile dah tengok sekali sok lusa nak tengok lagi. nak gak tau pasni ape jadi pastu ape jadi.

cite ni mengisahkan ustad nazir dipertanggungjawabkan oleh seoarang ibu dan bapa untuk membetulkan aqidah anak mereka, shila dan najib yang telah menyimpang jauh jauh kerana lama tinggal di luar negara. kalau nak tau kisah selanjutnya tengoklah di astro oasis jam 6.30 petang. tiap2 harilah kot hehe aku malas nak amik tau nanti tertunggu2 je citer tu.

macam cite awan dania ngan dia atilia...memang kemaruk gila dah aku. walaupun citernye sekarang memang dah macam merapu2 tapi aku still tengok tiap2 minggu. spa qistina pun camtu..nak je tengok tapi aku tak layan sangat pasal lewat sangat dah kot citernye.

p/s; jangan ajak aku tengok citer bersiri siri ni...tapi dengar2 asmara 2 best jugak. ohh tidak!!

BOTOL SUSU BAYI

Baru2 ni kita semua dikejutkan dengan berita pembahayaan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi bahan bisphenol A (BPA) kerana dikuatiri boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus menganggu sistem fungsi tubuh.

sebagai langkah berjaga2 kementerian kesihatan telah mengeluarkan panduan penggunaan botol susu jenis polikarbonat ini. kat sini aku nak kongsilah skit2 info yang aku dapat.

KENALPASTI BOTOL POLIKARBONAT

botol susu polikarbonat ini bersifat keras dan lutsinar dimana ianya mengandungi BPA. ia boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati dibawah botol susu.

PENGENDALIAN BOTOL POLIKARBONAT
  • steril botol susu mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberi oleh pengeluar sekiranya ada. jika tiada, rendam botol susu bayi dalam air mendidih selama 5-10 minit.
  • elakkan guna air panas secara terus dalam botol susu untuk bancuh susu.
  • guna peralatan mencuci botol yang sesuai macam span atau berus lembut bagi mengelakkan permukaan rosak dan calar.
  • sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan kalau calar atau rosak, kena ganti. kalau tak rosak atau calar perlu ganti setiap 6 bulan.
botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan 'BPA free' atau 'bebas BPA'

namun kita boleh membuat pilihan awal dengan menukar penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA. terdapat juga pelbagai altenatif botol susu di pasaran seperti diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain2.

p/s; sumber adalah dari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maklumat lanjut bolehlah refer kat situ. terima kasih

16 Mac 2011

FIESTA BELON PANAS

Smart kan belon panas kat atas tu...kalau dapat naik pastu terbang tinggi2 mesti best. mau aku tido je kat dalam tu. tapi tu angan2 je nak kata mat jenin pun boleh.

esok buat kali ketiganya putrajaya akan mengadakan fiesta belon panas ni. cam tahun2 lepas banyaklah aktiviti2 yang diadakan dan yang sentiasa mendapat que panjang adalah naik belon panas yang naik sekangkang aku. tapi bak orang kata takpelah janji dapat merasa naik belon dan post2 tuk gambar kenangan.

fiesta ini akan berlangsung sehingga 20 mac 2011 di monumen alaf baru presint 2 putrajaya. kalau nak tau kehangatannya datanglah jangan tak datang...

untuk maklumat lanjut klik sini

p/s: jangan tanya aku ape2 aku pun tak naik lagi hehe...

JURUJUAL


Satu ketika pada hari sabtu lepas aku tengah rehat2 kat umah

ding dong..ding dong, bunyi loceng umah aku ler. aku pun buka pintu tengok awek..ehem

salegirl : bang tadi ade pegawai kita datang tak, check air

aku : takde..nape?

salegirl : saya dari ???. penah kena tak air kat umah abang nampak cam karat2. entah ape nama syarikat dia aku lupe...

check air. aku pun bagi masuklah.ingatkan mentenen ke...pastu dia bagi penerangan bla..bla..bla. ape2 entah dia citer bukan aku paham sangat pun. aku cuma nak tau ending dia je. sebab katanya dia bukan nak jual barang tapi dia datang atas permohonan. entah ape2 je. berbelit2. masa dia bagi penerangan tu memang best. aku pun terpengaruh lah skit2. cite punye cite, last2 amik barang dia tuk rawatan air macam ECPI tu bulan2 90 hinggit.

aku ni biasalah, bile dengar 90 hinggit je hilang semua pengaruh2 luar, hilang semua minat, memang hilanglah ape kebaikan2 dia cakap tadi. aku ingatkan kalau air umah kita kotor dapat benda alah tu FREE sebab dia kata dia tak jual barang. dia akan datang buat atas permohonan kita. pastu siap bagitau kerjasama ngan syabaslah, kerajaanlah. bile dengar tu kepala otak aku FREE je.

mula datang dengan senyum manis tapi bile aku tak amik keluar umah aku ngan muka menyampah. walaupun ko cube cover2 tapi ko wat muka camtu orang lain pun leh nampak. salah ko gak. cube awal2 ko cakap nak jual barang sah2 ko tak yah susah payah cakap banyak2 bagi penerangan...memang dah sah2 aku tak suruh masuk.

kesimpulannya...kepada penjual2 diluar sana cakap jelah yang sebenonye...jadi takdelah kecewa sangat. takdelah ko buang masa. buang air liur. buang air aku. buang masa aku.

p/s: agak2 kalau aku berjual ok gak tapi bukan main terjah2 umah tu

15 Mac 2011

I'M LOVIN' IT!


Pertama kali dalam hidup aku sarapan kat mcdonald tapi takdelah sampai tahap jakun. mulanya kuar dari umah tu plan nak makan roti canai je kat bangi tapi bila bincang2 balik dalam perjalanan tu teringin plak kat McD hehe..

kenapa kami pilih McD. sebab utamanye kerana dia ade playgroud pastu orang pun tak berapa ramai..agaknya lah kot. senang nak bagi anak aku zaqwan main2 lepas makan. dia plak makan skit je tapi main lebih. yang makan banyaknye ayah ngan umi dia haha...

makanan yang diorder
tengok dia makan skit je pun
sebenarnya inilah yang ditunggu2nye
p/s: ade lagi tau citer ari sabtu...tungguuu

14 Mac 2011

KEPAK PAK PONG

Sabtu lepas aku ngan myfamily telah pegi satu majlis perkahwinan sorang member kenarianz. mmg lum penah lagi sampai tempat tu. kira tempat baru port tuk orang kawen lah kat putrajaya ni iaitu dewan seroja presint 15 atau lebih dikenali sebagai diplomatik.

kat situ dewan agak sunyi dan keciklah berbanding dewan presint 8, 9 mahupun 16. ala yang biasa2 orang buat tu...tapi majlis nye tetap meriah...i liko gitu.

selamat pengantin baru gent...semoga berbahgia sepanjang hayat


lama lama dulu ada gak aku gi kenduri kawen member opis lama. lama dah 27 feb 2010..hehe sorry lambat post..nanti2 lah aku citer nape aku x update belog..

sekarang ni citer pasal gi kenduri kawen kepak pak pongg hehe...sebenarnya 27 februari tu aku gi dua kenduri kawen...mula gi kenduri shima kat kelang. memang perjalanan lancarlah takde sesat pusing2 bandar kelang tu macam pegi mane2 kenduri kawen yang tak penak jejak kaki. terima kasih pada gps kami (gerak pengikut shamsul) hehe..

selamat pengantin baru shima...semoga berbahagia sepanjang hayat


tadi aku ade kata 2 kenduri kan...okey pastu balik semula ke putrajaya tapi bukan nak balik umah. tapi menghala ke presint 16 untuk majlis perkahwinan kak saba, orang opis lama aku...tapi bukan kak saba tu kawen oke tapi anak dia bard. bard ni dulu pratikal kat spp jadi kenallah skit2.

selamat pengantin baru bard...semoga bahgia sepanjang hayat...dan tahniah kak saba dapat menantu

terima kasih pada kawan2 semua dan mintak maaf sebab aku ciplak gambar2 korang...aku malas amik gambar hehe..

p/s: sekali lagi selamat pengantin baru diucapkan...semoga kekal bahagia dan jangan nakal2 oke....

11 Mac 2011

PAYUNG

Salam semua...
korang penah makan payung tak?? kompom2 tak penah kan..kalau penah tu baik pegi sepital terus bedah kuarkan takut2 nnti kena sambar petir susah...

sebenarnya aku nak citer skitlah pasal eksiden jap tadi kat masjid...masa tu mmg ujan renyai2 ala2 gerimis mengundang gitu. adelah satu couple mamat tu ngan awek dia kot berpayung..takut demam kena ujan nanti. pastu elok aku lalu sebelah dia wat dek jek. udah le jalan situ sedikit sempit..karang tak pasal2 muka aku cacat kena payung ko nak tanggungjawab...tanggung semua pembedahan muka aku!!!

ape salah ko tinggikan skit payung tu nampak orang lalu..ini tak! awek dia dah le rendang..balak tu plak pegang payung terbongkok2 dah macam nenek tua..agak tak sakit pinggang ke bang...

pasal payung ni gak ade kisah...lama dah dulu. 6-7 tahun lepas kot. kadang2 ingat2 kisah lama ni lawak jugak. benda tu kecik saje tapi saje kitaorang besar2 kan...ahh lain kali je lah aku citer.

p/s: wahai pembawa2 payung...ingatlah sama orang2 yang lalu lalang disekitar anda

08 Mac 2011

PONDOK PENYAYANG RAUDHAH



Pada sabtu lepas 5 mac 2011 Proton Persona Elegance Onwer Club (PPEOC) telah mengadakan satu program amal bersama anak-anak yatim pondok raudhah gombak. 
banyaklah program program yang di jalankan di sana seperti gotong royong membersihkan kawasan, ramah mesra dengan penghuni raudah, makan tengahari yang telah disediakan oleh ahli2 PPEOC sendiri dan sukaneka yang dikelola oleh student KLMU.

secara keseluruhannya semua peserta yang mengambil bahagian enjoy dan berpuas hati dengan penganjuran program seumapama ini.

masa berkumpul di petronas tesco ampang
antara sumbangan dari ahli2 ppeoc
keadaan di pintu masuk
signboard arah
keadaan di raudah
tempat anak2 raudah bermain
pengasas raudah
tarik tali
penunjuk arah

untuk lebih banyak gambar aktiviti dan persekitaran pondok raudah boleh lah klik ke facebook saya facebook.com/irrahady. saya akan cube linkkan terus album2 member2 ppeoc yang lain.
















 untuk menyumbang :

Pengasas               :  Ustaz Mokhtaruddin Bin Hj.Mohd
Pengerusi              :  En.Hadip Harun
                                 013-2266649
Hal Ehwal Pelajar :  En.Wan Ramzie Wan Othman
                                 017-3441116
Kem Motivasi        :  En.Bismi Mokhtaruddin
                                 016-2469444

Alamat : Pondok Penyayang Raudhah,
               Batu 11,
               Gombak,
               53100 Selangor Darul Ehsan.

No.Pertubuhan : 0216-05-5

No. Tel : 03-6185 2068
No. Fax : -

No. Akaun :  564221610787 (MAYBANK)
                    PERTUBUHAN PENYAYANG RAUDHAH
Pondok Penyayang Raudhah (PPR) ini tidak menerima sumbangan-sumbangan tetap dari mana-mana pihak kerajaan mahupun dari pihak NGO. PPR masih lagi dalam rangka untuk mencari pihak-pihak yang sudi memberikan sumbangan tetap / berperingkat.

semoga dengan sumbangan kita semua dapat memberi sedikit kegembiraan dan sinar buat penghuni2 pondok raudah.

p/s: kredit kepada member2 ppeoc diatas gambar2 tersebut. terima kasih.